Thursday, August 13, 2015

JJNM - Kafe Krave Ambassador berkumpul

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
Kafe Krave @ Bali Lane Singapura.

Lama rasanya tak kemas kini blog RA nie.Tapi hari ini RA nak berkongsi satu lagi tempat makan yang menarik tetapi bukan di Malaysia ianya di Kota Singa.Hari ini ada perjumpaan dengan bekas pekerja-pekerja The Ambassador Tours & Travel tempat RA bekerja dahulu.Jam 830malam adalah temujanjinya dan RA tiba tepat pada masanya kerana tiada kesesakkan di Tambak Johor.

Sampai juga RA di sini.Letak kereta RA di Golden Landmark kemudian jalan kaki ke sini.Tak jauh pun dalam 500meter je.Memandangkan kami ramai Elgiees telah pun menempah meja makan di tingkat atas.Sampai terus pilih menu yang di sediakan , tulis menu apa yang nak lepas turun ke bawah buat pembayaran. 

 Antara menu yang kami pilih.RA pilih "Arabiatta Seafood" , yang udang tu namanya "Shrimp O nauts". Basnet makan "Salmon grill'.  

Badoni pulak makan pizza.Nie kalau RA makan sorang pun belum tentu cukup hehe.

 Yance masih dengan dietnya , makan salad udang je.Ermm patutlah badan kamu tak naik-naik dari dulu Yance.Burger tu nampak menarik pulak.Burger istimewa di Kafe Krave katanya.Kentang goreng pulak di letakkan dalam baldi comel tu.Ranggup dan besar-besar saiznya.

Inilah muka-muka yang hadir pada malam perjumpaan tadi.Yance,Raymond,Elgiees , Badoni , Basnet , Kathy , RA , Saufern , Hanni dan Christina.Kozi tempat ini tapi tulah penghawa dingin kat tingkat atas tu rasanya rosak atau nak kurangkan kos.Sebab kami makan di tingkat atas tu sedikit kepanasan. 

 Gembira dapat berjumpa dengan yang lain-lain.Walaupun perjumpaan ini cuma setahun sekali dan ramai antara kami dah buat haluan masing-masing setelah syarikat ini jatuh muflis, tapi semangat "THE AMBASSADOR" tu tetap ada.Badoni dah pulang dan bekerja di India.RA sendiri pulang dan bekerja di Johor dan yang lain-lain masih lagi di Singapura bekerja di syarikat-syarikat yang berasingan.

 Jam 930malam kami bergerak ke Bugis Junction, tak tahan panas makan kat The Krave tu.Kalau kat JB boleh lah ke mamak mengeteh,tapi kat Singapura terpaksalah kami ke "Toast Box".Mengeteh ala orang Singapura di sini.Tapi tak leh lama kat sini sebab kedai di tutup jam 1030malam dan kami cuma ada sekitar sejam sahaja untuk duduk lepak minum. 

 Jam 1030malam masa untuk bersurai,tapi sebelum tu kami semua bergambar sebagai kenangan.Tahun depan kalau ada umur boleh berjumpa lagi.Menu kos makan malam ini di The Krave SGD22.00 = RM66.00.Mengeteh di Toast Box Basnet belanja YEHHHA.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....