Saturday, June 6, 2015

Perth Kami datang Hari 2

Pagi-pagi kucing nie dah duduk depan kereta sewa RA.Kucing kampung je tu tapi gemuknya bukan main lagi.Sewa kereta di Perth nie guna lesen memandu Malaysia je cukup.Lagi satu stering keretanya sama dengan Malaysia (belah Kanan).Jadi takde masalah.

Hari ini kami nak gerak ke Cavesham Wildlife Park.Kalau mereka yang naik keretaapi tu bolehlah berhenti di hentian Whiteman Park.Jauh jugak tempat letak kereta dia dengan taman haiwan ini.Ada lapangan tempat lepak yang luar bersebelahannya.Nanti keluar dari taman haiwan ini bolehlah lepak makan di situ.

Tiket masuk untuk dewasa AUD$26/Kanak-kanak & warga emas AUD11.50.Jadi sediakan wang secukupnya yea.

Kat dalam ini ada macam-macam binatang yang kita tak dapat di Malaysia.Kanggaroo lah , Wombet lah , Beruang Koala lah , Tasmanian Devil la dan macam-macam lagi.Lihat dan sentuh sendiri binatang ini sebab pengunjung memang di berikan kebenaran untuk masuk ke dalam kadang mereka.

Nak bagi makan kangaroo pun takde masalah.Binatang ini memang di biarkan melata di dalam taman yang luar di kelilingi pagar.

Wombat ini sekali pandang macam khinzir...tapi ia adalah sejenis binatang yang sangat comel tapi cepat sensitif.Beruang Koala lagi lah kekwat.Masa dia tidur kita tak leh pegang dia.Nak amik gambar pun ikut masa dan saat dia dah bangun tidur.Selebihnya dia tidur je kat dahan pokok.

Budak ini sangat untong wooo...nasib baik cepat seminit je kalau lambat memang tak dapat bergambar dengan Koala ini.Tu pun malu-malu miow pulak,suruh pegang dia segan macam ayahnya hakhakhak.

Ok,ini adalah antara binatang-binatang yang terdapat di sini.Leh jumpa dan amik gambar dekat-dekat tapi jangan sergah nanti ke cakau.

Ular antara binatang yang sedap di pegang.Sebab kulitnya lembab dan sesuai untuk terapi.

Tu dia....sesi memberi makan kangaroo.Nasib baiklah tak kena tinju dengan kangaroo.

Macam yang RA cakap tadi.Kat dalam ini sesi berkenalan dengan binatang memang terbaik.Pengunjung bebas bergambar dengan binatang di sini (yang tak buas lah)

Eh...?? apa polak abang eddy kita nie buat dengan mat salleh kat depan pentas pertunjukkan memotong bulu kambing ini? Oooo sesi mengoncang air susu mengunakan baldi.Pandai ker abang Eddy cakap orang putih tu?? takpelah "little little bit" pun ok jugak tu janji paham.

Amik gambar dengan Wombat memang wajib amik.Binatang ni macam anak patung je.Sedap klu dapat peluk,tapi diaorang kasi pegang kaki dia jek..hampeh.Perut dah lapar dah nie...jam 2petang kami keluar dari wildlife park ini menuju ke taman readah bersebelahan.

Taman riadah dah rekriasi ini sangat bersih.Bekalan makanan dah pun di sediakan dari rumah tadi.Memang masing-masing dah kelaparan tahap Koala dah nie,dalam 10minit semua menu dalam bekas makanan abis di sapu.Maklumlah sejuk-sejuk ini cepat lapar.hehehe

Perut dah kenyang kami meneruskan perjalanan ke Kilang Coklat Margaret River  dan Ladang Anggur terkenal iaitu Hunter Valley.Di sini pastikan jika nak ambil gambar dekat moto-moto besar jangan di pegang moto itu.Cukupkan bergambar di tepi sahaja.Kang tak pasal-pasal kena jerit dengan pemilik moto.tak gitu Kak Ros? hehe 

Pergh coklat-coklat kat sini memang sedap-sedap.Harga pun boleh tahan mahal.Bayangkan beli dekat 5biji coklat harga dah mencecah RM20.Kat Malaysia coklat pun jarang makan hakhak.

Nie dia ladang anggur Hunter Valley yang terletak bertentangan dengan Kilang Coklat Margaret River.Nak lintas kena hati-hati sebab laluan agak sibuk juga.

Hai Kak Ros dapat anak angkat baru lagi satu ke? Abis kangaroo tu di per kangarookan oleh kak ros.Korang tak aci kan gambar aku kat Hunter Valley nie korang tak bagi-bagi.Nie muat naik gambar korang je...buat bentuk hatilah apa lah...hehe.Cerita nie ber sambung ke malam pulak.Selepas di wildlife park kami pulang berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke King Park.Nak lihat suasana kotaraya Perth di waktu malam katernya.

Inilah dia King Park , salah satu tempat wajib lawat jika ke Perth.Malam ini cuaca jatuh ke 6darjah celsius.Sejuk wooo.

Dari sini dapat lihat kotaraya Perth dengan jelas sebab King Park ini terletak di atas bukit.Kalau nak berendut pun boleh kat sini. 

 Antara aksi aksi lagak ngeri yang dapat di rakamkan tadi.Muka penat terus hilang dek kedinginan malam.

 Kak Ros Oh Kak Ros, mana-mana anda pergi mesti dapat anak angkat.Nie anak angkat mana pulak yang terlebih aktif bergambo dengan kau yea kak.

 Aksi bercumbu-cumbuan di tempat awam.Maklum lah kat obersea , tak kena tangkap basah katernya hehehe.

Apapun inilah dia cerita di King Park.Cukup indah,cukup dingin dan wajib dilawati.Jangan lupa singgah ke sini jika ke Perth.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget