Sunday, June 7, 2015

Padang Pasir Pinnacles

 Selamat pagi....Hari ini perjalanan RA dan yang lain-lain agak jauh sikit.Perjalanan kami di jangka mengambil masa 2jam.Kali ini kami bergambung dengan keluarga dari Singapura yang bermalam di rumah adik Imran.Sebelum tu amik gambar sikit kat depan kereta adik Imran ini kejap.Sebab apa? sebab suka tengok no pendaftaran kereta dia nie.

Singgah umah Mak Wan dan Pak Wan kejap sebab nanti ada separuh nak tumpang naik kereta Pak Wan.Tu yang semua keluar sekejap bergambar depan Mak Wan nie.

 Ikut lebuhraya di Perth ini had maksium 90-100km/sejam je.Kalau laju memang kena saman lah jawapnya sebab polis mereka ada di mana-mana.Paling di benarkan bawak sampai 110km/sejam adalah lebuh raya yang paling hampir dengan pantai.Kalau mengantuk baik tukar pemandu sebab pemandangan banyak padang-padang lapang jek.

 Akhirnya setelah 2jam menempuh perjalanan dalam keadaan mengantuk , kami tiba di Taman Negara Nambung untuk melihat padang pasir Pinnacles.Kenderaan yang masuk di kenakan bayaran.Lupa pulak harganya,tapi berbaloilah kot.

 Bongkah-bongkah batu ini dulunya berada di bawah tanah,tapi akibat kebakaran hutan dan hakisan angin sejak berjuta tahun dulu menyebatkan hanya batu-batu sahaja.Agak besar jugak kawasan ini kalau jalan kaki mahu jenuh.orang Melayu kt Perth panggil sini padang batu nisan haha.

 Haa tu dia KongFu 3 dah keluar.Siap bertapa lagi.

 Rombongan Cik Kiah tidak melepaskan peluang bergambar dan berpeleseran ala-ala bintang Bollowood di sini.

Nah RA belanja video yang sempat RA rakam.Ada dua Video,leh tengok yang lagi satu kat bawah

Cantik sangat pemandangan kat sini.Angin memang bertiup kencang.Walaupun dah tengahari tapi suhu masih lagi dalam 20'c.Ala-ala sejuk waktu hujan turun kat Malaysia malam-malam.

 Bongkah-bongah yang di tangkap di lensa kamera RA.

 Nak ke galeri boleh lalu di sini Kak Ros dan Putra masih lagi nak bergambar.

 Nampak tak? datang sekali sekali je jadi jangan lupakan peluang untuk bergambar di sini.Biar habis memori dalam kamera tu gambar tetap amik.

 Haa yang ini pulak padang pasir putih yang berkumpul di satu-satu kawasan di tepi lebuhraya.Ini lah akibat hakisan angin yang membawa pasir-pasir ini berkumpul di satu-satu tempat.Kami nak sangat berhenti di sini tetapi terpaksa mengejarkan masa sebelum jam 5petang ke ladang perusahaan Udang Lobster.Tapi akhirnya terpaksa akur dengan masa sebab tiba dah jam 530petang semuanya dah tutup.

 Setelah mengucapkan terima kasih kepada adik Imran , lawatan di teruskan di rumah sepupu Eddy.RA pun tak pasit kat mana,main ikut je belakang kereta diaorang sebab mereka sekeluarga nak jamu kami makan malam.Alhamdulillah murah rezeki tuan rumah.Banyak makanan yang di jamunya kami.Dah macam pergi rumah terbuka hari raya pulak.Ada ketupat,rendang dan kari.menu yang lain seperit mee goreng dan mee kari pun ada.Cuaca bila dah malam mula lah turun ke 15'c,masing-masing makan di ruang dapur belakang rumah yang sangat lapang.Yang lain tu ada makan di dalam rumah sebab tak tahan sejuk.RA ok je sejuk-sejuk nie..lagi sejuk lagi bagus hehe.Jam 9malam kami meminta izin untuk pulang.Esok ada lawatan lain yang akan kami teruskan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget