Saturday, June 20, 2015

Buka Puasa kongsi-kongsi

 Selamat berpuasa semua.Hari ini RA di jemput untuk berbuka puasa ala majlis tapawer ke rumah pasangan bahagia Kak Mai dan Abang Yem.Memandangkan berkongsi itu lebih berkat jadi masing-masing membawa makanan sendiri dari rumah atau dari bazar untuk di rasa bersama.Ada Murtabak Cheese , Kuih Sri Muka , Kuih talam dan macam-macam lagi lah.

 Menu berat dan paling utama ialah sayur lemak kacang , kari ayam dan Ketam masak cili makan bersama nasi putih.

Alhamdulillah selamat berbuka puasa.Solat Margrib berjemaah di ketuai oleh Ollie..Menu malam ini cepat licin mungkin ramai yang tertinggal sahur kot pagi tadi hehehe.

 Penyedian juadah kita bagi kat budak-budak yang aturkan.Nak bergambar pun boleh suruh mereka.Yang penting lepas berbuka ada sesi minum teh/kopi di sediakan oleh tuan rumah.

 Semua nak bergambar dengan sofa tuan rumah.Termasuk lah Nik , Abang Yunus , Azie , Olie , Fuad (kena sebut nama-nama diaorang ini nanti kena tuntut kat laman mukabuku).

Sambil bergambar sambil buat iklan ubat gigi.Masing-masing tunjuk gigi putih berseri macam putih telur.Seronok bila tengok semua makanan yang di kongsi habis.

Oh lupa hari ini ada hari ulang tahun kelahiran anak ke 2 Kak Mai dan Abang Yem iaitu Harith Arshad.Bila anak dah besar-besar nie memang segan sikit nak bergambar satu keluarga nak-nak bila ada orang luar perhatikan hehe..Apa pun selamat ulang tahun buat Harith.Majlis ini bersurai jam 9malam.Masing-masing dah kepenatan dan kena berehat,sebab esok nak puasa lagi.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....