Tuesday, June 30, 2015

Buka Puasa Di Dataran Bandaraya

Hari ini nak cuba berbuka puasa santai-santai di dataran Bandaraya Johor bahru.Ini pun atas inisiatif Kak Rovita yang beria-ia mengajak RA dan yang lain-lain ke sini.

 Mulanya sampai jam 6petang takdelah ramai orang kat sini dan mula la hati rasa serba salah takut-takut kami sahaja yang akan berbuka.Tapi bila jam dah menunjukkan jam 630petang seorang demi seorang keluarga datang membentang tikar kan surat khabar di padang dataran.Teruja pulak kami yang pertama kali berbuka di sini.

 Menu makanan yang RA dan Kak Rovita bawa adalah tak lain dan tak bukan dari Bazar Ramadhan.Abang Yunus bawak Bubur Lambuk dari UTM katanya.Dapatlah 4bungkus kesemuanya.

 Seronok bila sesekali berbuka di tanah lapang nie.Angin pulak bertiup khenchang!!! 

Keluarga Kak Mai dan Abang Yem datang selepas waktu berbuka.Yelah bari tiba dari KL petang tadi katanya.Air pulak kami beli di gerai Van Vuton sebelah dataran.Lepas je berbuka amik sembahyang kat tepi tandas kemudian sembahyang jelah Margrib kat atas tikar tu.Tak perlu kot nak cari surau sebab surau memang tak di sediakan.yang perempuan boleh bawak telekong dari rumah dan bersolat terus je kat padang dengan di alaskan tikar je.Seronok tau....nanti nak datang lagi lah.Terima kasih Kak Rovita atas motivasi anda yang menjayakan acara ini hehehe.

Saturday, June 27, 2015

Buka Puasa lagi yok

Hari ini RA nak berbuka puasa dengan rakan-rakan mengeteh Krik-krik di Juara Seafood Tomyam Di Taman Dahlia belakang Pasaraya Maslee jek.Nak cuba makan menu Thai katanya.Tema pakaian adalah baju melayu.Tempahan RA dah buat seawal malam sebelum lagi.Tengok tu berpusu-pusu dan gembira bila semua tiba menanti waktu berbuka puasa.Menu pilihan berbuka puasa hari ini ialah :

Sotong Goreng TepungSiakap 3rasa / Siakap Paprik / Siakap Sweet SourKailan Ikan MasinTelur DadarKerabu MangaTom yam CampurNasi PutihAir Sirap + Buah

Azan Margrib hari ini ialah 715malam.Sementara menanti waktu azan pekena gambar sekeping dua dulu.Banyak pulak yang pakai baju warna purple yea malam nie.Gembira sangat sebab semua ada di sini kecuali Dr Yunus yang terpaksa menghadiri majlis berbuka puasa di tempat lain,katanya.

Sambil-sambil buka puasa sempat jugak tu menjual tudung.Tudung dari Indonesia katanya.Kak Liza bawak untuk tolong kawan-kawan jualkan pada kawan-kawan jugak.Nasib baik dalam kumpulan kami ada pakar dalam bidang jual menjual kenkain nie.Sampai orang makan meja sebelah terjebak membeli gara-gara si Nik yang promosikan.Kak Rovita pulak mempromosikan tahun melawat Sabah dengan berpakaian traditional Kadazan Dusun,satu keluarga lagi tau.

Amboi gelak sakan tul kakak-kakak kita nie.Tah apa lah yang di citer oleh kak Liza nie yea.Dah puas gelak masing-masing tengok telefun bimbit kot-kot ada berita lebih penting masuk.

Malam ini juga malam perasmian Kek kongo yang Kak Ros beli dengan kakak si Geena.Kononnya nak bawak balik makan kat rumah,tapi bila dah bawak ke meja kami memang habislah di sapu makan sampai licin oleh kita-kita jek.

Makan sampai licin,makan sampai habis bila dah habis dan sebelum nak balik mesti bergambar secara berkumpulan.Yang si Olie dan Abang Mork paling tak boleh blah dengan bentuk "love" nya tu.Sukalah tu Abang Mork di apit oleh bunga-bunga yang kembang-kembang kuncup yea.

Jam 9Malam baru majlis bersurai.Alamat ber Terawih kat rumah jelah malam ini.Seronok dapat berkumpul buka puasa ramai-ramai.Tahun depan boleh buat lagi yea.

Friday, June 26, 2015

Buffet Ramadhan 2015 sekitar Johor

SALAM RAMADHAN SEMUA !!!!

Maaf terlambat nak kemas kini blog RA sebab ada masalah komputer.Mesti ramai yang nak tahu mana buffet sempena buka puasa bulan Ramadhan paling murah kan? Jangan risau Blog RA tak macam blog-blog orang lain yang keluarkan buffet-buffet ramdahan di hotel yang mahal tu. 

 Oklah mulakan dengan Restoran Nasi Arab Wadihana ini.Lokasi kat Taman Desa Rahmat je.Ada ala carte dan buffet,jadi boleh la pilih ikut bajet masing-masing yea. 

 Nie kat Restoran Belanga Satu Bistro Taman Adda Height

 Stemboat paling murah di Johor RM19.90.Lokasi di skudai di hadapan Taman Pulai Emas

 Yang ini steambot kat Taman Kebuh Teh.Harga pun tak berapa mahal sangat.

Ok seterusnya di Johor Golf & Country Club.Harga ada dua satu untuk ahli kelab dan satu lagi untuk bukan ahli kelab.

Kalau nak makan makanan laut datang la ke Ninies Restoran di Kampung Senibung.Meniu kat sini memang manjajikan.Ada ketam,sotong,ikan,lala dan macam-macam lagi la.

Abah beriani pun ada buat buffet ramadhan macam tahun lepas.Harga pun taklah mahal sangat.

Buffet paling murah RM12.90 seorang.Harga yang RA rasa paling murah.Walaupun pilihan menunya tak banyak tapi ini sudah bermadai yealah bukan dapat makan banyak pun.Jadi pandai-pandailah memilih dan ikut bajet anda.Jangan nak ikut sangat trand orang makan kat tempat mahal-mahal tapi akhirnya membazir.Selamat berbuka !!!!

Saturday, June 20, 2015

Buka Puasa kongsi-kongsi

 Selamat berpuasa semua.Hari ini RA di jemput untuk berbuka puasa ala majlis tapawer ke rumah pasangan bahagia Kak Mai dan Abang Yem.Memandangkan berkongsi itu lebih berkat jadi masing-masing membawa makanan sendiri dari rumah atau dari bazar untuk di rasa bersama.Ada Murtabak Cheese , Kuih Sri Muka , Kuih talam dan macam-macam lagi lah.

 Menu berat dan paling utama ialah sayur lemak kacang , kari ayam dan Ketam masak cili makan bersama nasi putih.

Alhamdulillah selamat berbuka puasa.Solat Margrib berjemaah di ketuai oleh Ollie..Menu malam ini cepat licin mungkin ramai yang tertinggal sahur kot pagi tadi hehehe.

 Penyedian juadah kita bagi kat budak-budak yang aturkan.Nak bergambar pun boleh suruh mereka.Yang penting lepas berbuka ada sesi minum teh/kopi di sediakan oleh tuan rumah.

 Semua nak bergambar dengan sofa tuan rumah.Termasuk lah Nik , Abang Yunus , Azie , Olie , Fuad (kena sebut nama-nama diaorang ini nanti kena tuntut kat laman mukabuku).

Sambil bergambar sambil buat iklan ubat gigi.Masing-masing tunjuk gigi putih berseri macam putih telur.Seronok bila tengok semua makanan yang di kongsi habis.

Oh lupa hari ini ada hari ulang tahun kelahiran anak ke 2 Kak Mai dan Abang Yem iaitu Harith Arshad.Bila anak dah besar-besar nie memang segan sikit nak bergambar satu keluarga nak-nak bila ada orang luar perhatikan hehe..Apa pun selamat ulang tahun buat Harith.Majlis ini bersurai jam 9malam.Masing-masing dah kepenatan dan kena berehat,sebab esok nak puasa lagi.

Sunday, June 14, 2015

Ulang Tahun di Banafie Village

 Sebenarnya RA tak suka sangat pergi ke Banafie Village nie.Bukan sebab apa,tempat letak kereta di sini sangat-sangat sempit.Kadang tu bila letak kereta di tepi jalan takut kena saman dengan polis trafik.Nak-nak bila hujung minggu memang 100% tak dapat tempat letak kereta.Tapi apa pun atas jemputan Ulang tahun Kak Long Besar iaitu Kak Mai,RA gagahi juga menempuh kepadatan kenderaan di sini.

Sampai dah lambat , jadi RA pesan makan apa yang ada jelah.Udang goreng nestum dah tersedia jadi tambah nasi goreng ikan masin jek.Wajah-Wajah yang selalu mengadu takde keluar dalam blog RA,jadi RA tayangkan di sini.Tu yang bertudung biru cair itulah Kak Mai yang meraikan hari ulang tahunnya malam ini.

 Yang bergambar berkepak tu sapa yea? Gembira sangat nampaknya dia,berkepak dua.Makannya sikit,tapi bergambar yang paling banyak.

 Habis sesi bergambar ,sesi bergosip tentang dunia retis zaman sekarang pulak di bincangkan.Tengok muka masing masing cukup serious. 

Haaa nie gosip apa pulak la nie...sampai tertunduk-tunduk nak dengar.Apapun kamera merakam saat-saat manis makan di sini.Nak bayar duit makan tapi akhirnya Abang Yem yang ke meja bayaran menyelesaikan bil makan kami.Terima Kasih lah Abang Yem belanja kami makan.Malam ini juga sesi penyerahan harta pusaka (cenderamatalah) yang RA beli semasa di Australia di berikan.

Wah gembira yea Kak Mai dapat hadiah ulang tahun dari kawan-kawan.Moga panjang umur , di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yea.

Tuesday, June 9, 2015

Perth Hari Terakhir

Diam tak diam dah masuk hari terakhir RA di Perth.Tengah malam nie dah nak balik ke Malaysia.Jadi hari ini kita semua pergi membeli belah jelah.Tempat yang paling hampir adalah di Mirrabooka Square.Sekitar 7Km dari tempat tinggal RA.

Tu dia pelakon pembantu RA dah kuar gambar dia.hehe.Sempat lagi yea Abang Mat dan Kak Ros bergambar di luar pasaraya.Abaikan mamat yang kat belakang dia tu.

Amboi membeli belah sakan nampak? bawak balik barangan elektronik yea tokeh? Murah katanya lagipun barangan elektronik tu takde jual kat JB.Jadi dah terlanjur sampai dan nampak tu sambar jelah apa yang patut.

Masih tak puas hati lagi dengan barangan cenderamata yang di beli malam semalam,jadi balik dari membeli-belah di Mirrabooka RA serbu ke kilang barangan cenderahati ini lagi.Orang kata,habiskan duit-duit baki yang tak habis tu.Sempat lah jugak bergambar dengan kereta lambogini tokeh kilang ini.Amacam? ada gaya tak?

Pulang dari membeli belah RA bersiap-siap melawat rumah saudara di Edy yang lagi satu nie.Ramai saudara mara dia kat Perth ini.Semuanya orang Melayu kita yang dulunya kerja di Pulau Krismas.Bila dah pencen mereka menetap di Perth.Tapi kali ini di rumah menantunya.
Jauh jugak rumahnya sekitar 20km.Tiba kat sini pun dah nak hampir-hampir margrib.Cantik pulak kan kerusi gantung ini.

Habis kami di jamu dengan pelbagai makanan.Sedap sangat-sangat.Memang dari hari pertama hingga hari terakhir ini makan je lah..Perut memang dah lapar memang ingat makanan je lah.

Jam 8malam kami pulang ke kediaman dan mengangkut barang-barang kami untuk di bawa ke lapangan terbang.Terasa sekejap je dah nak balik.Inilah gambar bersama-sama sebagai kenangan dengan keluarga di Perth.

Haa siap bergambar dalam kapal terbang lagi.Penerbangan tengah malam dan di jangka tiba di KLIA paginya dan Alhamdulillah selamat tiba di KLIA sebelum menukar penerbangan tempatan ke Johor Bahru Senai.Gambar yang kat dalam hutan ada air terjun tu kat KLIA lah.Sempat bergambar sekejap sebelum pulang ke JB.
- RUMAH MANIS RUMAH - 

Monday, June 8, 2015

Perth Hari ke 4

Perrh,diam tak diam dah 4hari pun RA di Perth.Pagi ini katanya nak ke Sorrento Quay.Jadi siap-siap dah berselfie/wefie dulu di luar kediaman.Dari tempat kami tinggal ke Sorrento ini tak jauh sangat pun.Sekitar 15minit perjalanan jek.Sorrento ini tempat lepak tepi pantai dan juga di sini terletaknya Underwater World Perth,cawangan yang sama di buka di Langkawi.

Dulu di sini katanya tempat pemunggahan hasil laut.Tapi di naik taraf menjadi daya tarikkan pelancung dalam dan luar negara.Bot - bot persiaran banyak terdapat disini.Kafe-kafe dan kedai-kedai cenderamata juga banyak.Kita macam kat DangaBay lah gitu.

Berpeleseran dengan kamera sendiri lah gamaknya.Dah masing-masing cari tempat baik untuk menikmati suasana sejuk di sini.

Yang gambar atas tu resort-resort ala rumah persinggahan.Dan gambar di bawah ini antara barangan cenderamata yang di jual di beberapa kedai di sini.

Sekali pandang macam kat eropah la pulak.hehe.Di hujung resort ini lah terletaknya Underwater World.Tapi tak ke sana pun sebab tak dapat sambutan dari ahli ahli majlis rombongan.hehe

Haa ini dia tokeh besar bergambo dengan RA merangkap Pengerusi jawatankuasa rombongan Cik Senah ke Perth.

Pulang dari Sorento , kami ke Pasaraya berhampiran di sekitar penginapan kami.Nak membeli belah sambil tengok-tengok pasaraya di sini katernya.Kalau kat Johor Bahru bolehlah di kenali sebagai Giants Hypermarket.

Sempatlah RA sambar beberapa coklat dan kopi Perth di sini.Jam 6petang mall akan di tutup.Senang betul orang Perth ini.Kalau kat Malaysia memang kena keja lah sampai jam 10malam.Oh yea nama.

Dari sini kami singgah ke kilang menjual barangan cenderamata.Harga yang di tawarkan sangat murah jika beli di luar.Contoh topi Australia ini kalau jual di Bandar mau AUD20.Kat sini cuma AUD5 sahaja.Murah kan? Beli dengan harga kilang a.k.a Borong.

Tiba di rumah kami di jamu dengan makanan istimewa dari keluarga di Perth.

Haaa menu utama malam ini daging Australia bakar.Perrhhh memang lembut daging Australia ini.Masak 'well done' atau apa saja memang menjanjikan.Bakar guna dapur BBQ elektronik yea...Kalau nak beli kat Johor memang berribu harga nya.Tapi kat Perth harga lepas tukar duit Malaysia baru RM500.Murahnyaaa

 Daging dah dah siap di bakar.Makan macam tu je denghan sos BBQ atau tomato.Makan masa cuaca sejuk di luar memang memberikan kenangan yang tak dapat di lupakan.

 Tu dia Kak ros dan anak buah Eddy dah rasmikan dulu makan daging bakar.Tengoklah sosage si Eddy masak sam[ai hangus hangus hehehe.

 Selain daripada daging bakar,kami di jamu pulak dengan Pizza dan Lasagna.Memang betul-betul di jamu sepuas puasnya betul.Rasa dah macam perjumpaan hari raya pulak.

Jam 11malam semua dah kekenyangan.Masing-Masing masuk bilik dan tidur dalam ke dingin cuaca Perth dan kekenyangan perut kami.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....