Thursday, May 21, 2015

JJNM : Restoran Nasi Arab Al-Attas

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN NASI ARAB AL-ATTAS BBU

Malam nie saja teringin nak makan Nasi Arab.Lokasi pulak masih teragak-agak dan akhirnya RA bersama ayah RA pun singgah lah ke Bandar Baru Uda,Jalan Padi Emas 6/2. nak cuma kat restoran baru ini.

 Makan berdua je jadi ayah RA pilih Nasi Arab Kambing

RA pulak amik Nasi Arab daging.Kedua-duanya di hidangkan dalam dulang sederhana berwarna emas.Macam orang elit-elit makan gitu.Tak banyak yang dapat RA nyatakan di sini.Nasi dan lauknya boleh tahan,cuma daging dan kambing yang kami pinta nampak saya besar tapi isinya kurang.Banyak pada tulang dan isinya memang sedikit.Rasa agak terkilan pulak.Tak seperti restoran nasi-nasi Arab yang penah RA singgah.

 Cuma apa yang boleh RA rasakan sedap cuma Air Katiranya sahaja.Menu Nasi Arab yang dua ini memang indah khabar dari rupa.Tiada masalahnya dengan Nasi Arab dan kuahnya.Cuma isi daging dan kambing tu janganlah di lebihkan tulang untuk di beri makan pada pelangan yea walaupun mungkin pelanggan terakhir.

 Konsep restoran sangat kozi dan sesuai untuk makan malam di sini dengan tenang,Bagi yang nak mencuba boleh lah ke sini 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget