Friday, May 29, 2015

Projek Komedi Warna Di Pinewood Iskandar

 Ini adalah salah sebuah rancangan astro terbaru yang di rakamkan di luar Kuala Lumpur secara langsung.Racangan ini ialah Projek Komedi Warna Astro.Sebenarkan ia di tayangkan setiap Jumaat jam 10malam di Pinewood Iskandar Malaysia.RA pun baru je berapa kali ikut ke sini itu pun tiket masuk kawan RA,Nik yang dapatkan.Masuk adalah percuma.

 Artis Jemputan yang menjadi juri ialah Fasha Sanda , Dato Yusuf Haslam dan Ahmad Idham.Dewan studio takdelah penuh sangat sebab ramai yang tak berkesempatan untuk mendapatkan tiket masuk yang di berikan percuma sehari awal dan mesti di ambil sendiri. 

 Rancangan ini sama macam rancangan realiti seperti Bintang mencari bintang dan Maharaja Lawak Mega gitu.Mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan di berikan tugasan mingguan untuk membuat sketsa lawak masing-masing.Seronok jugak sesekali hujung minggu ke sini menonton secara langsung.Sekurangnya ada aktiviti yang di sini oleh RA.

Para peserta yang bergambar selepas berakhirnya sesi rakaman langsung.Minggu ini tema Purba/Mentos

Tuesday, May 26, 2015

JJNM De'Kayu Manis Cafe Nong Chik

J.J.N.M : Jalan-Jalan Nak Makan

DE'KAYU MANIS CAFE

- NONG CHIK HEIGHT -


 Oklah malam ini kita cuba makan Nasi Arab kat sini pulak.Katanya sedap sangat.Jadi RA bersama-sama geng mengeteh singgahlah ke sini sempena meraikan Abg Mork.

 Menu kat sini macam-macam ada.Nasi Arab Ayam dia harga RM12 sepinggan.Boleh tahan berpatutan harganya.Jadi RA pilihlah Nasi Arab Ayam.Yang lain-lain tu ada yang makan lamping , ubi rebus dan ada yang tak makan datang minum je.

 Tengok besar dan banyak kan nasinya.Rasanya sangat sedap dan nasinya sebiji-sebiji dan tidak melekat.Nasi Ayam Penyet pun ada di jual kat sini.

 Makan pulak saat kat luar tu hujan renyai-renyai memanglah lapar sangat.Pekena pulak dengan Air Teh panas memang tangkap lentok la balik rumah nanti.

 Inilah barisan pelakon-pelakon tambahan yang hadir pada malam itu.hehehe.Nasib baik lah datang awal,kalau lambat memang tak dapat tempat duduk.Yang menu biasa-biasa tu untuk orang yang berdiet malam tu,nak jaga badan katanya.RA boleh bagi 4bintang untuk nasi Arab De'Kayu Manis Cafe...Makanan sedap...Layanan ok dan cepat.

Thursday, May 21, 2015

JJNM : Restoran Nasi Arab Al-Attas

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN NASI ARAB AL-ATTAS BBU

Malam nie saja teringin nak makan Nasi Arab.Lokasi pulak masih teragak-agak dan akhirnya RA bersama ayah RA pun singgah lah ke Bandar Baru Uda,Jalan Padi Emas 6/2. nak cuma kat restoran baru ini.

 Makan berdua je jadi ayah RA pilih Nasi Arab Kambing

RA pulak amik Nasi Arab daging.Kedua-duanya di hidangkan dalam dulang sederhana berwarna emas.Macam orang elit-elit makan gitu.Tak banyak yang dapat RA nyatakan di sini.Nasi dan lauknya boleh tahan,cuma daging dan kambing yang kami pinta nampak saya besar tapi isinya kurang.Banyak pada tulang dan isinya memang sedikit.Rasa agak terkilan pulak.Tak seperti restoran nasi-nasi Arab yang penah RA singgah.

 Cuma apa yang boleh RA rasakan sedap cuma Air Katiranya sahaja.Menu Nasi Arab yang dua ini memang indah khabar dari rupa.Tiada masalahnya dengan Nasi Arab dan kuahnya.Cuma isi daging dan kambing tu janganlah di lebihkan tulang untuk di beri makan pada pelangan yea walaupun mungkin pelanggan terakhir.

 Konsep restoran sangat kozi dan sesuai untuk makan malam di sini dengan tenang,Bagi yang nak mencuba boleh lah ke sini 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget