Tuesday, February 3, 2015

RCC Hari ke2 Pelabuhan Klang

Selamat Pagi Malaysia....bangun pagi hari ini jam 630pagi semata-mata nak naik keatas dek kapal tengok dah sampai kat mana.Rupanya dah tiba ke Pelabuhan Klang.

Dari atas dek sayup-sayup kelihatan kapal-kapal keluar masuk di Pelabunan Klang.Masa ini matahari baru nak menyinsing.Sayup dan takjub melihat keindahan alam ciptaan tuhan dari arah laut tingkat 14 kapal persiaran ini.

 Dari atas dek turun ke tingkat bawah sikit bukan apa kat bawah ada kerusi sandar.Sambil tengok pemandangan boleh baring-baring.

 Pemandangan dari kiri dan kanan kapal persiaran ini.Masa inilah perut lapar nak makan.Nak tunggu kafe aiskrem lambat lagi pulak nak bukak,Jadi RA terus turun ke tingkat 10 untuk menjamu selera dengan bersarapan di sana.


Saat ini kapal dah mula berlabuh di pelabuhan Klang.Ada penumpang dari India/Japan/Korea awal-awal lagi dah bersiap nak ke Sunway Lagoon dan KLCC.RA duduk dalam kapal jelah menikmati kemudahan yang di sediakan di sini.Lepas bersarapan ingat nak tidur sekejap maklum lah malam semalam tak cukup tidur.

Balik-balik bilik je dah ada orang kemas.Budak "HouseKeeping" bilik RA nie sangat-sangat rajin.Orang Indonesia dari Medan katanya.Bilik RA je 3kali sehari dia kemas.Hari ini ada objek berupa katak yang di lipat dari tuala di letakkan di atas tilam RA.Kreatif betul.Pandai betul dia amik hari tetamu.

Jam 12tengahari RA dah bangun dan menuju ke tingkat 5 dek kapal untuk menyaksikan pertunjukkan Ice Under The Big Top dan pertunjukkan ini di adakah setiap hari.Bagi mengawal kemasukkan ramai tetamu seorang hanya di benarkan ke pertunjukkan ini sekali sahaja.

Sejam selepas pertunjukkan selesai RA melawati bilik makan utama (Dinning Room).Wah besar sungguh dan ada tiga tingkat kesemuanya.Menu yang di sediakan bukan bufet tapi ala carte dan anda akan di layan seperti dalam filem Titanic.Malam ini ada makan malam besar dan kaptan kapal di jangka hadir bersama.Pakaian mestilah pakaian sut atau kod.

Masih lagi berada di tingkat bawah.Masih terfikir-fikir nak buat apa lagi.Akhirnya ke bilik tayangan filem.Tengok filem Edge of Tomorrow.

Ok selesai menonton RA kelihat pamiran lukisan dan abstrek di aras 4.Mahal juga lukisan yang di jual kat sini.Semuanya dalam matawang Dollar US.

Yang ini bilik kasino...Kasino kat sini di buka dari jam 7malam - 3pagi sahaja.RA masuk kat sini nak tengok-tengok je.Mesin slot duit (ala dalam cerita Mr Bean tu) di buka 24jam bagi sesiapa yang berminat.Nie amik gambar pun curi-curi masa takde pekerja dia yang menjaga.

Makan malam hari ini di tanggung oleh bufet.Haha..mana taknya nak ke dewan makan utama dah lambat nak buat tempahan...Oh yea malam ini ada konsert di ruang legar utama.RA malas pulak nak turun jadi tengok dari atas je lah.

 Inilah satu-satunya kafe yang bukak dari jam 12tengahari - 8pagi.Jam 12tengah malam RA turun ke Kafe ini semata-mata nak makan piza dengan segelas kopi.Hehehe...Jam 2pagi baru balik semula ke bilik untuk tidur.Esok - Langkawi

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....