Sunday, February 1, 2015

Dari Melawat terus Karaoke

 Ini lagi satu cerita yang boleh tahan mengemparkan.Aidil kawan sekolah RA masuk sekali lagi ke hospital.Kali ini di masukkan sebab sakit batu karang.Dapat berita jam 11pagi,tengah sibuk sibuk nak berkemas baju sebab esok nak pergi berlayar jauh naik feri.Fikir punya fikir petang nantilah pergi lawat dia.Jadi pertemuan di buat di Hospital Pakar Johor.Mulanya hanya dua tiga orang je menyahut nak ikut sama,tapi bila tiba di hospital ramai pulak yang datang.Sampai bilik wad jadi perjumpaan kawan-kawan sekolah pulak.

Nasib baik RA tak datang awal.Pembedahan kecil yang di katakan berjalan jam 11pagi di tunda ke pukul 3petang.Waktu RA dan kawan-kawan tiba si Aidil nie baru je keluar dari bilik pembedahan membuang batu karang.Sedih betul si huzaimi tu sampai tekup muka menahan kesedihannya.

Alhamdulillah semuanya selamat , bulan depan katanya nak bukak tiup yang di sambungkan dalam badan dia.Kami semua duduk kat wad sampai jam 730malam.Margrib semua di sana kemudian masing-masing ajak singgah ke gerai di Abang Simpang milik si Iwan kawan sekolah RA jugak.

 Maklumlah lama tak jumpa kawan lama.Sesekali jumpa terus makan berkati-kati.Dah puas makan goreng-goreng sambung makan burger lagi.Aduusss bertambah kalori la gamaknya.

Mulanya nak pergi makan je,tapi si fazli tiba-tiba suruh sambung pergi karaoke pulak.dia nak bukak meja katernya.RA tak kisah sebab esok RA tak keja.Mereka-mereka ini lah yang teruk nanti nak bangun pagi keja hehe.Apapun karaoke 2jam jugak kami di Ali Baba Tampoi.Balik jam dah pukul 130pagi,Apapun seronok sebenarnya bila jumpa kawan-kawan lama nie.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget