Monday, February 2, 2015

Bercuti 5Hari di Royal Caribbean Cruise

Kali ini RA mahu berkongsi pengalaman menaiki salah satu kapal persiaran yang termoden dan terbesar di Lautan Caribbean iaitu "Mariner of The Sea" salah satu kapal persiaran milik syarikat The Royal Caribbean Cruise.RA pergi pada harga promosi iaitu RM1050 seorang untuk 5Hari 4Malam berlayar ke Port Klang dan Langkawi dari Singapura.Yeaaa memang teruja sebab inilah kali pertama RA menaiki kapal persiaran terbesar.Kali terakhir RA naik Sun Cruise bersama rakan-rakan setugas di Ambassador Singapura.Kapal tu pun dah karam di Pulau Pinang kira - kira 10tahun yang lalu.Opps jangan terpedaya bukan kapal persiaran yang kat belakang tu,tapi yang kat sebelah lagi satu.Yang dalam gambar tu "Celebrity Cruise" sama besar dengan Royal Caribean cuma lebih baru kot.

Jam 315petang selesai urusan daftar masuk di kaunter.RA di beri satu kad kapal sebaguna.Selain berfungsi sebagai kunci pintu bilik penginapan ia juga merupakan kad kredit untuk anda berbelanja dan membeli belah di dalam kapal tanpa mengeluarkan wang tunai terlebih dahulu.Harus di ingat semua makanan di dalam restoran dan kafe kapal persiaran adalah percuma kecuali di pub,disco atau minuman keras.Masa dah suntuk tiba masa untuk RA berlayar dan menikmati suasana di dalam kapal ini.

Pergghhh,teruja sekali bila berada di dek paling atas kapal ini.Ada 2kolam renang air tawar , 1kolam renang air masin , 5 Jaccuzi , skrin TV besar dan ratusan kerusi rehat untuk melepak dan ada juga 3 bar dan kafe yang menjual minuman dan makanan ringan.

Jam 5tepat , kapal mula berlayar meninggalkan Kota Singa.Sayup-sayup kelihatan dari lautan merentasi pelabuhan dan kapal-kapal yang lain.

Inilah kolam renang dan jacuzi yang RA bilang tadi.Jangan terperanjat ada satu lagi jacuzi terletak di dalam bilik Gim.

Ini pulak di dek terbuka bahagian belakang kapal.Ada aktiviti panjat tembok,"flying fox" , Bola Keranjang dan mini golf.

Menu makanan pulak memang menjanjikan.Dari Makanan Korea , Jepun , India dan jugak Singapura di sediakan.Perlu hati-hati sebab ada menu Babi yang di asingkan dan di label oleh pihak restoran.Konsep makanan ialah Buffet.RA dengar mereka menyediakan makanan untuk 3000 penumpang kapal ini.Wow ramaikan?.Restoran ini terletak di tingkat 7 dan di buka dari 7pagi - 11pagi,12tengahari - 4petang , 5petang - 10malam , 11malam - 12tengahmalam.Haa makan lah lantak lah makan sebanyak mana nak.hehehe. 

Dah puas makan kat restoran RA lepak makan aiskrem di Artic Zone yang di buka dari jam 3petang - 6petang.Ianya percuma!!!!

Studio gim dan kelas tarian.Tingkat atas pulak ada bilik spa.Kalau nak ke spa memang la di kenakan bayaran.Tapi kalau nak main peralatan gim dan berendam di jacuzi dan masuk stim room adalah percuma.Cuma pastikan masuk sebelum jam 10malam.

Yang ini adalah ruang legar utama di dalam kapal persiaran ini.Ada pelbagai kedai berjenama di sini.Dari bag tangan,jam , kasut , baju , minyak wangi dan barangan kemas.Harga adalah harga tanpa cukai duti.

Tengoklah betapa mewahnya suasana dalam kapal ini.Bilik RA mengadap ruang legar nie lah.tingkat 7 jek.hehe.

Masa ini semua orang tengah sibuk nak makan malam.Jadi ruang legar kat sini agak lengang.Di anggarkan ada 3000 penumpang menaiki Kapal Persiaran dan salah seorangnya RA lah.

Kat belakang kapal ini juga ada arked permaian video dan restoran hamburger.Makan kat sini macam dalam video klip "Up Town Girl" la pulak.Kat restoran nie kalau nak makan ada bayaran minimun iaitu USD7.90 untuk menu set.

Ini pulak aktivi malam pertama.Kami di sajikan dengan pertunjukkan dari karektor karton Dreamwork.Ada puss the cat , farry Godmather,Shrek , Princess Fiona , Penguin of Madagascar dan banyak lagi.RA tak larat nak tengok dari bawah,ramai sangat orang,jadi tengok dari tingap bilik RA jelah.

Agak-agak bila persembahan dah abis dan orang dah tidur baru lah RA keluar amik angin di atas kapal.Mula ingat nak duduk kat perpustakaan je,tapi bosan pulak tu yang terus naik ke tingkat atas amik angin sambik tengok filem di skrin besar.Masa ini angin tiup memang kencang.Maklumlah kat tengah-tengah laut.Esok kapal ini akan singgah ke Pelabuhan Klang.RA nak tidur dan sambung esok pulak yea.

RA sediakan video ini untuk tatapan pembaca.Ruang dalam Kapal Persiaran

10 comments:

zila@akulovetravel said...

menariknya

RioAzzaro said...

ye betul...di layan seperti VVIP

Kak UJie said...

best.. mane bole dapat offer yg best mcm tu??

RioAzzaro said...

tunggu akhir tahun ini...cruise ini akan datang lagi di sini

che mat said...

Maaf tanya makanan nya tu halal x

che mat said...

Maaf tanya makanan nya tu halal x

RioAzzaro said...

makanan dalam cruise nie xde halal certificate.
Tapi mereka ada asingkan makanan vegetarian denngan yang tiada babi berasingan dan berlebel.

alizal said...

perghhh syok dapat naik cruise.. Insya Allah giliran kami sekeluarga naik mediterranean cruise tahun depan

Izzy said...

Boleh x share mcm mna nk booking ?

RioAzzaro said...

kena booking melalui agent...tapi lebih baik amik dream cruise sama besar sebab dream cruise ada halal meal...apa2 leh contact saya 0127709809

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....