Thursday, February 19, 2015

Alumni Sekolah Kg Pasir 26Tahun

ALUMNI KELAS BIRU SEKOLAH KEBANGSAAN KG PASIR 

 Diam tak diam dah 26tahun RA meninggalkan sekolah rendah.Hari ni adalah hari yang penuh bersejarah sebab kami semua berkumpul setelah lama tidak berjumpa.

Inilah gambar sekolah terkahir yang sempat di rakam untuk Kelas Biru.Masing-masing masih muda belia dan ramai yang masih kurus kering hehe.Tak sangka bila perjumpaan kali ini di buat semua badan makin membesar.

 Dari StarBuck Setia Tropika kami ke Bandar Baru Uda.Nak makan tengahari katanya.Hari ni cuti tahun baru Cina jadi kedai di BBU masih di buka sebab ramai peniaga di sini orang Melayu.Ramai jugak yang datang hari ini.Ada Ijal,janah,Cham,Ridzwan,Huzaimi,Zaidi,Aidil,Fazli,Borhan,Iwan , Lenny dan Azlan.

 Dari BBU terus ke DangaBay berkaraoke di Suara OK.Amik bilik VIP dapatlah besar sikit dan senang nak karaoke sambil borak panjang-panjang.

 Dah macam sewa satu bilik besar untuk meraikan hari jadi la pulak.Masing-Masing bila bergambar memang tak ingat dunia.Baju tu semua tukar kat bilik air je.Baju tu di reka orang abang Ridzwan kita.Bawak dari KL turun JB tu.

 Sesekali pakai baju seragam.Tengok tu Aidil,Ridwan Lenny Pewot masing masing dah naik ke depan dah.Borhan dan Azlan pulak dah botak rambut.

Cham dan Jannah memang tak leh lari.Maklumlah sepupu.RA kenal mereka berdua sejak sekolah tadika kat Batu 5 lagi.Tadika Happyland.Haa yang pakai cermin mata hitam tu tengah tunjuk nama dia kat kain rentang tu.

 Tu dia wajah-wajah gembira bergambar tak ingat dunia hehe.RA cukup berterima kasih di atas kehadiran korang-korang semua.Buat yang berusaha untuk menjayakan perjumpaan ini RA ucapkan 100% terima kasih banyak-banyak.Kenangan mengusik kalbu,Insyallah akan ada ramai lagi yang akan datang dalam perjumpaan akan datang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget