Friday, February 27, 2015

Walimatul Urus Anak RA

Hari ini adalah hari bersejarah buat anak saudara RA dan juga buat RA sendiri.Bukan apa,anak saudara yang RA bela sejak bayi lagi hari ini akan bergelar Isteri orang.RA mempunyai 15anak saudara,tapi anak saudara ini yang paling RA rapat sebab RA bela dia sejak kakak RA bersalin lagi.Bayangkan waktu itu RA berumur 11tahun arwah Mak dah ajar RA belajar tukar lampin (bukan pempers yea), buat susu , tidurkan dia dan macam-macam lagi.

Tak sangka diam tak diam besar dah anak RA nie dan jadi Isteri orang hari ini.Majlis akad nikah di adakan pada malam hari Jumaat dan dengan sekali lafaz Nur Ain Binti Mahat bergelar Isteri.Majlis ini di adakan di Batu Pahat sebab Abang Ipar RA (bapa pengantin) bertugas dan tinggal di sini.

Majlis resepsi di adakan pada keesokkan harinya.RA menaja Kek perkahwinan mereka ini.Amik tempahan dari orang Batu Pahat je,bukan apa senang nak bawak dan sampai tepat pada masanya.

Hari persandingan berjalan lancar cuaca pun baik.RA tengok dari jauh je lah.Tumpang gembira bagi pihak pengantin perempuan.

Ini adalah gambar selepas nikah dan selepas bersanding pada hari itu.Bapa RA turut hadir meraikan majlis pernikahan cucunya.Buat Ain dan suami , Ucu doakan Selamat Pengantin Baru moga bahagia hingga ke anak cucu.Jaga dan taat pada suami.

Thursday, February 19, 2015

Alumni Sekolah Kg Pasir 26Tahun

ALUMNI KELAS BIRU SEKOLAH KEBANGSAAN KG PASIR 

 Diam tak diam dah 26tahun RA meninggalkan sekolah rendah.Hari ni adalah hari yang penuh bersejarah sebab kami semua berkumpul setelah lama tidak berjumpa.

Inilah gambar sekolah terkahir yang sempat di rakam untuk Kelas Biru.Masing-masing masih muda belia dan ramai yang masih kurus kering hehe.Tak sangka bila perjumpaan kali ini di buat semua badan makin membesar.

 Dari StarBuck Setia Tropika kami ke Bandar Baru Uda.Nak makan tengahari katanya.Hari ni cuti tahun baru Cina jadi kedai di BBU masih di buka sebab ramai peniaga di sini orang Melayu.Ramai jugak yang datang hari ini.Ada Ijal,janah,Cham,Ridzwan,Huzaimi,Zaidi,Aidil,Fazli,Borhan,Iwan , Lenny dan Azlan.

 Dari BBU terus ke DangaBay berkaraoke di Suara OK.Amik bilik VIP dapatlah besar sikit dan senang nak karaoke sambil borak panjang-panjang.

 Dah macam sewa satu bilik besar untuk meraikan hari jadi la pulak.Masing-Masing bila bergambar memang tak ingat dunia.Baju tu semua tukar kat bilik air je.Baju tu di reka orang abang Ridzwan kita.Bawak dari KL turun JB tu.

 Sesekali pakai baju seragam.Tengok tu Aidil,Ridwan Lenny Pewot masing masing dah naik ke depan dah.Borhan dan Azlan pulak dah botak rambut.

Cham dan Jannah memang tak leh lari.Maklumlah sepupu.RA kenal mereka berdua sejak sekolah tadika kat Batu 5 lagi.Tadika Happyland.Haa yang pakai cermin mata hitam tu tengah tunjuk nama dia kat kain rentang tu.

 Tu dia wajah-wajah gembira bergambar tak ingat dunia hehe.RA cukup berterima kasih di atas kehadiran korang-korang semua.Buat yang berusaha untuk menjayakan perjumpaan ini RA ucapkan 100% terima kasih banyak-banyak.Kenangan mengusik kalbu,Insyallah akan ada ramai lagi yang akan datang dalam perjumpaan akan datang.


Monday, February 16, 2015

JJNM : Pancake House International

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL

 Sebenarnya dah lama RA nak makan di sini,tapi hari ini baru sempat merasai menu istimewa ini.Kali terakhir RA makan Pancake ialah ketika di KL 10Tahun dulu bersama geng-geng Ally.Masa tu kawan RA si Ally nie yang belanja kitaorang makan pancake kat Kota Damansara.(tempat orang ada-adalah katakan)

 Hari ini RA membawa anak-anak Nik dan Fuad menerjah merasai menu ini pulak,memandangkan kami baru je keluar dari Legoland Waterpark petang tadi dan tak tahu nak makan apa.Jadi singgah ke Medini mall bersebelahan dan masuk ke restoran ini.Pancake ini atasnya di letak kan aiskrem dan di dalamnya di salut dengan susu pekat dan madu.Memang menjanjikan.

 Kalau orang lain boleh di suapkan air dengan straw,apa kurangnya RA kalau ada yang nak suapkan pancake ke mulut kan.Menunpang kasih katernya.

 Ini antara menu-menu yang di pinta oleh kami.Ada roti ada pancake yang di letakkan madu lebah di cawan kecil.Nasi goreng dengan ayam dan pancake juga roti.

 Ini khas istimewa milik RA..Lupa pulak apa nama menu ini.Tapi sangat-sangat menjanjikan atasnya di letakkan majerin + Butter kacang.Di taburkan dengan kacang dan coklat cair.Yang kat dalam cawan kecik tu ada madu tau.Makan cecah dengan pancake amatlahh mamaaaamiahhhh...
Cuba lah hanya ada di Medini Mall Nusajaya bersebelahan Legoland.


Sunday, February 15, 2015

Berjumba di Legoland WaterPark

 Nama jer RA ni ada pas tahunan ke Legoland.Masuk ke taman tema air nie pun baru sekali.Macam rugi pulak tak gunakan selalu.Jadi hari nie RA masuk lagi sekali ke sini dan kali ini dengan anak-anak Nik dan Fuad. 

 Naik boya ini paling RA takut punyala berpusing-pusing.Tapi seronok bila main gelongsur air guna karpet lunsur.Tengok sapa yang laju sampai ke bawah dulu.Datang hari biasa orang tak ramai sangat.Nak santai-santai pun senang.

 Tetapi taman tema air ini memang boleh di banggakan.Lebih-lebih dia terletak di Johor bahru.Tak perlu nak jauh-jauh ke Singapura atau Kuala Lumpur ataupun Melaka lagi.

Thursday, February 5, 2015

Hari Terakhir di Royal Caribbean Cruise

Hari ini hari terakhir RA berada di atas kapal persiaran ini.Sepanjang hari ini aktiviti kapal hanya tertumpu di dalam kapal sebab ia berlayar di lautan sahaja.Bagi RA inilah masa yang di gunakan untuk berehat sambil memenuhi perut dengan makanan.Mula dengan sarapan pagi yang di sajikan Mee kari.Pencuci mulutnya pulak pan kek.

Ini menu makan tengahari RA bermula dengan pencuci mulut iaitu Tiramisu.

Kemudian menu utama ialah Nasi dan Ikan Salmon.Sup ketam sebagai menu berasingan.Sesekali di layan seperti orang kaya-kaya nie teringat macam dalam filem Titanic.

Ini pulak menu terakhir untuk makan malam RA.Sedikit Italian didalam menu.

Isi udang besar yang di goreng dengan nasi dan puding roti yang sangat-sangat menjanjikan.Sudah tentunya di layan seperti orang-orang kenamaan.

Memandangkan menu malam ini adalah menu terakhir RA, kesemua pelayan restoran yang melayan meja kami mengucapkan salam perpisahan.Yang berada di tingkat atas semua berkumpul di tepi balkoni manakala yang di bawah berkumpul di tengga utama sambil menyanyikan lagi Mandarin.

Inilah video yang sempat RA rakamkan tadi.

Malam nanti ada pertunjukkan terakhir dan semua pengunjung di jemput hadir ke teater utama kapal ini yang boleh menempatkan 2000 orang.Kami di bahagikan pada 2sesi siapa yang mahu makan malam jam 6petang boleh hadir ke pertunjukkan terahir inijam 8malam.Dan siapa yang mahu makan malam lewat boleh hadir ke persembahan jam 6petang dan makan malam jam 8.

Inilah dia ruang teater utamanya.Kami di persembahkan dengan Video rakaman dari hari pertama hingga hari terakhir.Persembahan kugiran,silap mata dan nyayian dari artis jemputan.Sedih pulak bila pengacara mengucapkan selamat tinggal untuk esok.Esok pagi selepas bersarapan segala kenangan manis RA di sini akan berakhir.Selamat tinggal Royal Caribbean Cruise!!!! Kenangan yang tidak dapat di lupakan.

Wednesday, February 4, 2015

Hari ke3 Royal Caribbean Cruise - Langkawi

Subahanallah!!! itu je yang dapat RA gambarkan setibanya di Langkawi pagi ini.Cantik sungguh Pulau Langkawi di tambah dengan terbitnya fajar pagi.Jam 730pagi Kapal persiaran kami tiba di pelabuhan Resort World Langkawi.

Cantik sungguh Langkawi yang di kelilingi lebih 99pulau-pulau kecil di sekelilingnya.

Saat ini matahari baru saja terbit.Semua penumpang naik ke atas dek untuk melihat sendiri keindahan Langkawi pada waktu pagi termasuk RA sendiri.

Hari semakin pagi, Alhamdulillah selamat tiba di Langkawi.Lama dah RA tak ke sini,paling terakhir RA tiba 20Tahun.Masa tu masih muda belia lagi hehe.

Sarapan pagi di restoran dulu sebelum bersiap-siap untuk turun berjalan di Langkawi.Makan sambil menikmati pemandangan indah lautan Langkawi.Menu masih buffet lagi.

Jam 930pagi RA mengambil keputusan untuk turun dari kapal dan menuju ke pekan Kuah.Nampak tak kapal persiaran RA gah berlabur di Pelabuhan Langkawi.Giler besar kan?? 3000 nyawa berada dalam kapal ini.Tiba di tempat letak kereta RA menahan Teksi untuk membawa RA ke Pekan Kuah tetapi terpaksa jalan-jalan ke Makam Mahsuri dan Padi terbakar sebab terlalu awal pagi lagi. 

Tawar menawar bermula ketika mahu menyewa teksi dan akhirnya pemandu teksi meminta di bayar RM80 hanya dengan membawa RA ke Makan Mahsuri , Padang Maksirat dan akhirnya meletakkan RA ke Pekan Kuah.

Inilah dia makan Mahsuri.Lagenda utama di Pulau Langkawi.Rasanya semua tahu cerita mahsuri kan? Kawasan ini sangat tenang, ada sawah pagi di belakangnya dan berlatar belakangkan gunung ganang.Ada juga perigi di sini,kalau nak minum bolehh la cuba.Airnya sejuk.

Tak jauh dari makan Mahsuri terletaknay rumah melayu Kedah yang di jadikan sebagai tarikan pengunjung.RA tak lama di sini,adalah dalam 30minit dah selesai melawat.Panjang sungguh makan mahsuri.

Meneruskan lawatan ke padang beras terbakar.Di sinilah beras di bakar bagi mengelakkan menjadi rampasan tentera Siam.

Kawasan ini terletak di salah sebuah rumah keturunan penghulu mukim.Memang traditional Melayu kedah 100%.Dapat lihat tapaknya sahaja sebab tapak-tapak yang lain banyak yang dah di bangunkan.

Sempat lah juga RA singgah membeli mintak Gamat disini sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Kuah.Teksi yang membawa RA meninggalkan RA di sini.Dia cakap nanti nak balik telefun la dia.Tak ada apa yang menarik di pekan Kuah pagi-pagi Rabu.Banyak bazar hanya akan mula di buka malam jek jadi yang ada cuma lot rumah kedai yang menjalankan aktivit harian.Bosan dengan pekan Kuah RA menuju ke Pantai berhampiran dataran Helang.Dekat 10 minit jugaklah berjalan untuk ke sana,panas pulak tu,nasib baik pakai topi.Ini salah satu pantai yang terletak paling hampir dengan pekan kuah.Pantai apa nama pun RA lupa.

Dah bergambar di tepi pantai RA meneruskan perjalanan ke dataran helang.Nampak macam dekat tapi bila jalan dari tepi pantai ke dataran helang tu mau 20minit.Nasib baiklah banyak pokok-pokok di tepi pantai.Kalau tidak mau kering kontang RA jalan panas-panas.Tiba di dataran helang terus amik gambar sendiri (selfie-kata orang putih) .

Jam 3petang RA dah pulang semula ke kapal.Bukan sebab takde tempat lain yang nak pergi tapi tak tahan sangat cuaca panas sangat di Langkawi.Sampai ke kabin RA terus mandi dan tidur.Jam 6 petang dah siap-siap nak makan makan dengan penuh bergaya di Dek 5 di "Main Dinning Room".

Nampak tak menu yang di sajikan? Di sini bukan makan ala buffet tapi makan di sini di layan seperti tetamu terhormat.Ada pelayan yang datang mengambil pesanan makanan.Menu pulak memang eklusif sangat-sangat.Terasa seperti dalam filem orang putih pulakk...hehe.

Sambil makan sambil menikmati matahari terbenam,sangat-sangat menjanjikan.Kalau tak bergambar di sini memang rugi.

Ini pulak menu untuk pencuci mulut pulak.RA amik pie kacang dengan aiskrim je tapi kawan RA amik puding.Dua-dua memang sedap dan manjanjikan.

 Hari makin malam dan selesai sahaja makan malam RA ke Dek teratas untuk menikmati suasana senja di atas kapal.Angin memang bertiup kencang dari sini dan pemandangan cukup-cukup romantik.

Lepas solat Magrib di bilik RA ke Dek 4 melihat bilik luncur ais di sini.Bukan nak luncur pun,sekadar melihat gelagat mereka di atas ais. 

Dah puas di situ RA bergerak untuk menikmati Jaguzi pulak.Masa-masa macam nie takde ramai orang sangat.Lihat?? memang tepat dugaan RA takde orang pun di sini.Jaguzi ini RA yang punya. 

Lama jugak RA berendam dalam jaguzi tu.Jam 11malam baru keluar dan perut mula pula lapar.Apa lagi teruslah ke Kafe bawah bilik hotel menikmati menu ringan dan secangkir kopi di sini.Semuanya percuma.Balik ke bilik jam 12tengahmalam dan masa untuk berisitirehat.Jumpa esok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget