Saturday, January 17, 2015

Rakaman Asia's Got Talent Di Johor

Ok kalau anda semua nak tahu inilah dia Pinewood Iskandar Malaysia Studio.Studio rakaman cawangan pertama di Asia yang di buka di Malaysia.Kat sini ada pelbagai rakaman filem , drama dan rancangan tv di buat.Tapi hari ini RA berpeluang ke sini mengikuti rakaman untuk siaran realiti terkenal luar negara iaitu ASIA'S GOT TALENT.

Kalau yang selalu tengok siaran luar negara pasti tahu apa rancangan ini yang mencungkil apa saja bakat yang ada di dunia terutama di Asia.Sebab itu ia di panggil Asia's Got Talent. 

Ini adalah pentas utama untuk rakaman filem itu.RA dapat gambar ini pun dari rakan RA sebab kami tidak di benarkan merakamkan video atau gambar di dalam studio.Jika nak ke tandas sekali pun kena tunggu persembahan habis dan mereka berehat sementara menunggu peserta seterusnya. 

Ini adalah barisan juri yang mengadili persembahan peserta.Melanie C bekas kumpulan Spice Girl , Anggun penyanyi tersohor Indonesia , David Foster pelakon dan juga komposer dan akhir sekali yang Vanness Wu panyanyi dan pelakon terkenal dari Taiwan dan pernah popular dalam drama Meteor Garden.

Ini pulak barisan-barisan penonton tegar yang datang bersama RA hari tu.Siap berpeleseran ala-ala carpet merah cam tu.

 Ini pulak aksi-aksi menunggu giliran untuk masuk bagi sesi ke dua.Kitaorang tak sempat nak masuk sesi pertama sebab ada hal pagi tu.Jadi sementara menunggu kemasukkan kami di hidangkan dengan makan malam oleh pihak pengurusan.Menu biasa-biasa je....Nasi Goreng + Sayur dengan ayam seketul.

 Sempat lagi bergambar kat meja pendaftaran.Rakaman ini mengambil masa 3jam 30minit.Masuk jam 7malam dan habis jam 1030malam dan sepanjang rakaman kami tidak di benarkan keluar cuma untuk ke tandas sahaja di benarkan.Ini semua untuk tidak menganggu sesi pengambaran.Peserta dari Filipina banyak yang terpilih untuk malam ini.Apa pun ini satu pengalaman baru buat RA berada di sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget