Saturday, January 10, 2015

Malaysiaku : Ladang Nenas Ayer Baloi

Tadi siang memang takde apa-apa rancangan,jadi terus bersiap capai kunci kereta memulakan pengembaraan merentasi Ladang Nenas di Ayer Baloi.Masih ramai lagi yang tidak tahu bahawa Negeri Johor ini masih ada banyak kawasan yang belum komersial kan untuk kegiatan riadah.Mula masuk ke lebuhraya Utara - Selatan sebelum keluar melalui Sedenak.Dari sini bermulanya perjalanan merentasi salah satu Ladang Nenas yang terbesar di Malaysia.

 Dari Felda Bukit Batu terus ke Felda Ayer Baloi di sambut oleh pokok-pokok kelapa sawit kemudian selang 5km di sambut pula ladang-ladang nenas bak saujana mata memandang.Lihat sajalah gambar-gambar yang dapat RA rakamkan dari dalam kereta RA ini.

 Langit dan bumi terbentang luas.

Di sepanjang jalan ini memang tak membosankan,tak perlu keluar negeri atau negara untuk melihat keindahan ini.Kat Johor pun adooo.

Ladang Nenas ini kebanyakkannya milik peneroka-peneroka Felda dengan kerjasama Lembaga Nenas Malaysia.

Luas kan ladangnya.Kalau nak berhenti tepi jalan dan bergambar ala-ala America Top Model pun boleh.Tapi jalan lak berbikini kat sini.

Hati-hati yea kalau nak berhenti kat tepi jalan.Pastikan tiada lori di belakang kita,nanti tak pasal-pasal kena hon dengan pemandu lori.Ini kes nak amik gambar ladang lah nie RA berhenti sekejap kat tepi jalan.

Tak jauh dari ladang Nenas ada kilang mengumpul dan memproses semua nenas di sini.Depan kilang ini ada gerai yang menjual Nenas.Memang nenas kat sini sangat-sangat manis dan airnya cukup banyak jika hendak di buat jus.

Nenas Moris paling popular di Malaysia,tapi bilang penjual gerai ini Nenas Moris selalunya dah habis di bolot oleh pemborong-pemborong yang lebih awal membeli.

Nenas Kristal ini banyak tau airnya.Bila potong je kulitnya pasti air jusnya meleleh keluar.Harga pun sangat - sangat murah 4biji = RM5 sahaja.Ada jugak nenas lain yang di jual 5biji = RM5 di sini,cuma jenisnya tak sama je.Lori-lori kelapa sawit dan nenas banyak juga yang lalu lalang di sini jadi pastikan yang membawa anak jaga elok-elok jangan sibuk membeli anak dah lari main tengah jalan.Untuk sesiapa yang dari luar Johor dan nak ke sini RA ada sediakan perkhidmatan ke sini.Nak tau berapa harganya boleh ke muka surat yang lagi satu yea.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget