Saturday, January 17, 2015

Rakaman Asia's Got Talent Di Johor

Ok kalau anda semua nak tahu inilah dia Pinewood Iskandar Malaysia Studio.Studio rakaman cawangan pertama di Asia yang di buka di Malaysia.Kat sini ada pelbagai rakaman filem , drama dan rancangan tv di buat.Tapi hari ini RA berpeluang ke sini mengikuti rakaman untuk siaran realiti terkenal luar negara iaitu ASIA'S GOT TALENT.

Kalau yang selalu tengok siaran luar negara pasti tahu apa rancangan ini yang mencungkil apa saja bakat yang ada di dunia terutama di Asia.Sebab itu ia di panggil Asia's Got Talent. 

Ini adalah pentas utama untuk rakaman filem itu.RA dapat gambar ini pun dari rakan RA sebab kami tidak di benarkan merakamkan video atau gambar di dalam studio.Jika nak ke tandas sekali pun kena tunggu persembahan habis dan mereka berehat sementara menunggu peserta seterusnya. 

Ini adalah barisan juri yang mengadili persembahan peserta.Melanie C bekas kumpulan Spice Girl , Anggun penyanyi tersohor Indonesia , David Foster pelakon dan juga komposer dan akhir sekali yang Vanness Wu panyanyi dan pelakon terkenal dari Taiwan dan pernah popular dalam drama Meteor Garden.

Ini pulak barisan-barisan penonton tegar yang datang bersama RA hari tu.Siap berpeleseran ala-ala carpet merah cam tu.

 Ini pulak aksi-aksi menunggu giliran untuk masuk bagi sesi ke dua.Kitaorang tak sempat nak masuk sesi pertama sebab ada hal pagi tu.Jadi sementara menunggu kemasukkan kami di hidangkan dengan makan malam oleh pihak pengurusan.Menu biasa-biasa je....Nasi Goreng + Sayur dengan ayam seketul.

 Sempat lagi bergambar kat meja pendaftaran.Rakaman ini mengambil masa 3jam 30minit.Masuk jam 7malam dan habis jam 1030malam dan sepanjang rakaman kami tidak di benarkan keluar cuma untuk ke tandas sahaja di benarkan.Ini semua untuk tidak menganggu sesi pengambaran.Peserta dari Filipina banyak yang terpilih untuk malam ini.Apa pun ini satu pengalaman baru buat RA berada di sini.

Friday, January 16, 2015

Singgah tengok baby kejap

 Tahniah buat rakan sekolah RA yang selamat melahirkan seorang lagi Umat Nabi Muhammad.Bayi yang di namakan Mohd Rayyan (nama penuh dia panjang sangat ala-ala nama Hero-Hero Novel mak nya).Memandangkan malam ini malam Sabtu dan esok RA tak bekerja jadi apalah salahnya kan meyinggah sekejap di rumah mereka...Lagipun esok hari ulang tahun RA ke tiga puluh jek (perasan muda).Tetamu-tetamu yang hadir termasuklah Artis Rock Veteran 90an Jack a.k.a Liana & suami.Artis Eddy , Noi , Nani , Siti Nor Citot dan beberapa lagi artis yang kurang di kenali.   
Haa yang ini baby besar nak tidur sebelah baby kecik.Mengantuk katanya seharian tak sekolah hari ini.Mak dan ayah nya pulak sibuk tengok TV Astro Maharaja Lawak.Asalnya RA nak gie makan kat luar tengah malam nie tapi terjebak sama tengok Maharaja Lawak sampai ke pukul 12tengahmalam.
Himpunan hadiah buat Baby Rayann hasil sumbangan artis-artis vaterang yang datang melawat,Tempat duduk baby tu boleh letak kat kerusi kereta sebelah yea.
Ini gambar ucapan datang dari Ibunya.Sama-sama...nanti beranak lagi kami datang lagi yea...

Sunday, January 11, 2015

JJNM : Gerai Atap Berlian Hutan Bandar JB

 J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
Gerai Atap Berlian Hutan Bandar Johor Bahru

Taaaraaaaa....muka semua pagi-pagi nie nampak ceria je yea.Mana tak nya masing-masing perut dah lapar dapat jumpa makanan yang sedap-sedap kat sini.Sebenarnya pagi ini RA berada di Hutan Bandar Johor Bahru untuk bersarapan pagi.Nama gerai kat sini ialah medan selera Gerai Atap Berlian.Kat sini ada pelbagai gerai di bawah satu bumbung.Selalunya RA ke gerai Mee kolok dan Char Mee tapi pagi ini RA dan rakan-rakan ke gerai no 13 & 14 untuk makan lontong...

Kat gerai no 13 nie juga ada menjual pelbagai menu antaranya Mee rebus.nasi goreng ,mee goreng,dan pelbagai lauk pauklah.Tapi yang paling sedap kat gerai ini ialah Lontong kuah dan Lontong keringnya.

 Nampakkan ? inilah dia perbezaan Lontong Kering dengan Lontong Kuah.Kasi tambah paru sambal pasti terangkat punyalah.

 Boleh jugak tambah dengan lauk-lauk lain yang ada di sini.Tempeh goreng dia tu pun sedap.Nak makan nasi putih lauk lemak pisang tu pun nampak sodappp...

 Inilah gerainya.Makanan tersusuh untuk di pilih.Kalau takut lauk habis cepat baik datang awal sebelum jam 10pagi.Kalau tidak alamat gigit jari jelah gamaknya.

 Ini mee rebus Johor.di tambah pulak dengan air teh tiga layer.lepas makan memang balik rumah terus tidur.

 Ini menu yang si Olie makan.Mee Hoon goreng campur-campur macam rojak dah tengok.Ada telur sambal burung puyuh , bagedel dan paru goreng sambal. 

 Menu Lontong kering tambah rendang , paru,bagedel dan telur sambal puyuh.Memang pasti sapa yang tengok akan tergoda.

Haa yang ini pulak menu budget nak cepat slim.Mee bakso dengan bebola daging.Balik umah nanti jangan menyesal lapar pulak yea hehe.Ingat makan kat sini jangan cuba-cuba nak mengecek yea.

1Hari Johor Bahru & Lawatan luar Bandar

Pakej Sehari Lawatan Di Johor Bahru 

& Luar Bandar

 Lawatan ini bertolak setiap hari :
Tempahan untuk Isnin - Jumaat hendaklah di buat 4hari sebelum bertolak

Tempahan untuk Sabtu Dan Ahad hendaklah di buat 2hari sebelum bertolak

Pick up dari Lapangan Terbang Senai / Jetty Stulang Laut / Hotel sekitar Johor Bahru , Terminal Bas Larkin & Tambak Johor
Tour bertolak pagi sebaiknya sebelum/pada jam 10pagi
Lawatan ke :
Johor Premium Outlet (J.P.O)
Ladang Nenas Ayer Baloi
Pontian
Kota Iskandar
Putri Harbour
Legoland (Lawatan di luar sahaja)
Danga Bay

 Harga lawatan :
Kereta + Driver + Toll + Petrol + Parking 

= RM 450 (Muatan 1-4 Orang)

MPV + Driver + Toll + Petrol + Parking

 = RM 550 (Muatan 4-7Orang) 

Ladang Nenas Ayer Baloi

Puteri Harbour

 Kota Iskandar


Untuk tempahan telefun : 

012-7709809 - Naz@Adam


Saturday, January 10, 2015

Malaysiaku : Ladang Nenas Ayer Baloi

Tadi siang memang takde apa-apa rancangan,jadi terus bersiap capai kunci kereta memulakan pengembaraan merentasi Ladang Nenas di Ayer Baloi.Masih ramai lagi yang tidak tahu bahawa Negeri Johor ini masih ada banyak kawasan yang belum komersial kan untuk kegiatan riadah.Mula masuk ke lebuhraya Utara - Selatan sebelum keluar melalui Sedenak.Dari sini bermulanya perjalanan merentasi salah satu Ladang Nenas yang terbesar di Malaysia.

 Dari Felda Bukit Batu terus ke Felda Ayer Baloi di sambut oleh pokok-pokok kelapa sawit kemudian selang 5km di sambut pula ladang-ladang nenas bak saujana mata memandang.Lihat sajalah gambar-gambar yang dapat RA rakamkan dari dalam kereta RA ini.

 Langit dan bumi terbentang luas.

Di sepanjang jalan ini memang tak membosankan,tak perlu keluar negeri atau negara untuk melihat keindahan ini.Kat Johor pun adooo.

Ladang Nenas ini kebanyakkannya milik peneroka-peneroka Felda dengan kerjasama Lembaga Nenas Malaysia.

Luas kan ladangnya.Kalau nak berhenti tepi jalan dan bergambar ala-ala America Top Model pun boleh.Tapi jalan lak berbikini kat sini.

Hati-hati yea kalau nak berhenti kat tepi jalan.Pastikan tiada lori di belakang kita,nanti tak pasal-pasal kena hon dengan pemandu lori.Ini kes nak amik gambar ladang lah nie RA berhenti sekejap kat tepi jalan.

Tak jauh dari ladang Nenas ada kilang mengumpul dan memproses semua nenas di sini.Depan kilang ini ada gerai yang menjual Nenas.Memang nenas kat sini sangat-sangat manis dan airnya cukup banyak jika hendak di buat jus.

Nenas Moris paling popular di Malaysia,tapi bilang penjual gerai ini Nenas Moris selalunya dah habis di bolot oleh pemborong-pemborong yang lebih awal membeli.

Nenas Kristal ini banyak tau airnya.Bila potong je kulitnya pasti air jusnya meleleh keluar.Harga pun sangat - sangat murah 4biji = RM5 sahaja.Ada jugak nenas lain yang di jual 5biji = RM5 di sini,cuma jenisnya tak sama je.Lori-lori kelapa sawit dan nenas banyak juga yang lalu lalang di sini jadi pastikan yang membawa anak jaga elok-elok jangan sibuk membeli anak dah lari main tengah jalan.Untuk sesiapa yang dari luar Johor dan nak ke sini RA ada sediakan perkhidmatan ke sini.Nak tau berapa harganya boleh ke muka surat yang lagi satu yea.

Sunday, January 4, 2015

Berzumba Perut di Goreng Pisang Mawar

Tu dia goreng pisang sepinggan RM10. Petang ini memang takde rancangan apa apa pun jadi geng mengeteh merencanakan untuk melepak di Warong Goreng Pisang Mawar yang terletak bersebelahan dengan Thistle Hotel.

Kira perjumpaan hari ini perjumpaan pembukaan untuk tahun baru 2015.Budak-budak pun belum naik sekolah lagi sebab cuti di lanjutkan seminggu.Gerai petang ini cukup mencabar,mana taknya ramai rabak orang petang ini.

 Sambil-sambil menunggu dapat kerusi ahli wanita berirama ada yang kena berdiri menanti meja sebelah habis makan.mesyuarat gosip tetap mesyuarat yea walaupun kena berdiri.heheee

 Orang Johor makan goreng pisang cecah dengan kicap yang dah di campur dengan cili.Bagi yang tak reti makan goreng pisang dengan kucap ini anda bolehlah mencecah dengan apa sahaja yang anda suka.ikut selera masing-masing,klu nak cecah dgn air kopi pun boleh.takde apa yang pelik pun.

 Haa inilah muka-muka tak boleh blah terutama sekali yg paling depan tu...gembira sungguh yea,hati-hati jangan terlanggar hidung.


Saturday, January 3, 2015

JJNM : B.P Cendol Pak O

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
B.P.CENDOL (PAK O) BATU PAHAT

Hari ini RA ke Batu Pahat,hanya untuk santai-santai petang sambil amik bawak balik ayah RA dari rumah kakak RA.Mulannya nak gerak jam 1petang,tapi akhirnya jam 3petang baru gerak ke Batu Pahat tu pun dengan si Jali.Bawak kereta pun santai-santai 2jam kemudian tibalah di Batu Pahat.Perut dah lapar jadi masuk ke Bandar Batu Pahat cari mana-mana gerai yang menjual minum petang.

Tup-tup bila lalu sebelah station bas Batu pahat nampak gerai B.P Cendol Pak O.Apa lagi turun dan singgahlah.Tekak pun dah haus sangat.Inilah dia hasil tangkapan petang tadi.Cendolnya manis guna gula melaka dan santannya tidaklah berlemak sangat.(kalau berlemak sangat nanti tekak cepat haus)

Pekena pulak dengan mee goreng bungkus yang di letakkan kat atas meja.Memang menjadilah menu minum petang RA.Sebungkus mana cukup.

Bila toleh kat meja sebelah ada pulak nasi lemak bungkus.Apa lagi sambar terus dan masuk dalam perutlah.RA oh RA makin gemuklah badan kau hari ke hari.hehehe.Sapa-sapa yang datang ke bandar Pengaram Batu Pahat nie cuba lah singgah di sini.Harganya cukup murah dan memang susah nak dapat harga macam nie kalau kat JB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget