Friday, November 21, 2014

Panggilan Pulau kitakkk - Bahagian 1

Teka kat mana RA berada sekarang? Kalau dah nampak nama Batu Ferringhi tu kat Pulau Pinang lah.RA ke sini atas jemputan GTA Malaysia meraikan beberapa syarikat pelancungan dari sekitar Johor Bahru.Tak ramai pun cuma 8orang sahaja.Setibanya RA dengan penerbangan Air Asia kami di jemput dan di bawa ke Hotel Holiday Inn iaitu hotel penginapan RA dan rakan-rakan selama 2malam di Penang.

Lepas dapat kunci bilik terus letak barang dan turun semula untuk membuat lawatan muhibbah (katernya) atau lebih di kenali dengan lawatan kerja meninjau bilik-bilik dan produk-produk yang di sediakan oleh hotel ini.Ruang lobi yang cukup menarik tetapi hotel ini di pecahkan kepada 2bangunan.Satu bangunan di panggil Beach wing dan satu lagi di panggil Feringgi Tower.
Terus terang RA cakap RA tak suka bangunan hotel yang di bahagi-bahagikan sebab kalau duduk kat Feringgi Tower nak mandi pool kena ke seberang jalan di Beach Wing.hehe.

 Ini bilik untuk keluarga.Di buat bilik untuk kanak-kanak dan di asingkan dari ruang tidur orang dewasa.Dalam bilik kanak-kanak nie pulak ada PS3 di sediakan percuma untuk kanak-kanak ini main games.Menarik kan?

Kalau nak bermalam di Feringgi Tower pastikan dapat bilik yang memandang laut dan mempunyai balkoni.Baru la menarik percutian tu.Gambar yang lain nie pulak gambar di sekitar hotel di Beach Wing.

Jam 630petang kami semua selesai membuat tinjauan dan lawatan di sekitar hotel.Sementara menunggu masa makan malam RA rehat-rehat menikmati suasana senja di hadapan kolam renang.Tepat jam 7malam pintu restauran hotel di buka untuk makan malam.Menu buffet di sini hanya di buat pada hujung minggu sahaja,maklumlah rata-rata pengunjung yang hadir lebih suka makan di luar hotel kecuali hujung minggu sebab ramai tetamu.Menu utama ialah resepi kari nasi kandar.Isi ikan yang di masak kari ni memang terbaik dan sangat-sangat sedap.

 Selain itu menu lain seperti satey , roti john , kerabu , kueh muih dan manisan juga di sediakan.

  Menu kebab juga di sediakan.Tapi RA malas la nak tunggu beratur amik giliran.RA makan isi ayam yang macam Mcdonald "FoldOver" , Satey dan nasi lauk kari-kari kandar tu jek.Tu pun perut dah kenyang rabak.Lepas makan ingat nak balik hotel tapi bila nampak banyak gerai-gerai tepi jalan di sekitar Ferringi nie di buka naik teruja pulak nak tengok-tengok.

 Tak balik bilik pun lagi dah sibuk nak berjalan.Bersebelahan dengan hotel Holiday Inn ini adalah sebuah restoran yang makanan laut yang kira agak besar jugalah.Restoran makanan laut ala Thailand katernya.Ada jual Ketam Alaska , Udang Kara , pelbagai ikan dan sotong pun ada. 

Boleh tahan besar jugaklah ruang simpanan aquarium dia ini.Udang Kara dari Australia dan belut pun diaorang ada jual.Cukup puas hatilah orang cakap.(ala-ala kena interview kat TV)

Sebelah restoran makanan laut tu ada satu lagi restoran steak yang terkenal satu Malaya.Restoran "The Ship".Kata Trish (ketua rombongan kami) ini memang restoran asal "The Ship" di Penang sebelum membuka cawangan di Kuala Lumpur.Kat JB restoran ini dah tutup pun..Malam itu di akhiri dengan pulang ke bilik dan bermalam sambil menonton astro...

Bersambung....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget