Tuesday, October 28, 2014

Tempat Lepak Terbaik di Johor Bahru

Jika anda ke Johor Bahru atau orang JB yang tak tahu mana nak pergi ke mana, pastikan anda ke tempat-tempat yang RA nyatakan di bawah ini :

KOMPLEK MEMBELI BELAH
1.CITY SQUARE     2.JBCC - KOMTAR
3.RAKAIAN AOEN JUSCO (Tebrau City/Bukit Indah/Permas Jaya/Kulai Jaya)
4.KSL City    5.Plaza Angsana    6.Holiday Plaza    7.Sentosa Mall

8.Plaza Pelangi    9.Sutera Mall   10.Galleria Kotaraya  11.Medini Mall

12.IOI Mall Kulai   13.Skudai Parade  14.Perling Mall   15.Leisure Mall   16.Danga City Mall

JOHOR PREMIUM OUTLET,KULAI ini tempat wajib lawat bagi setiap pengunjung yang ke Johor Bahru.Terletak kat tepi lebuhraya Utara Selatan dengan mengunakan susur keluar "Link ke2".Pelbagai barangan berjenama di jual dengan harga yang murah di sini.

Taman Tema?? Jangan risau di JB kita ada 2taman tema terbesar dan ber taraf dunia iaitu LEGOLAND yang terletak bersebelahan Medini Mall. Manakala Hello Kitty Town , Barney & Friends , Thomas & Friends , Pinggu dan Lats The Kampung Boy terletak di bawah satu bumbung di Puteri Harbour Indoor Theme Park.

Yang terbaru Taman Tema ANGRY BIRD.Akan di buka pada 31October2014 di aras 3, JBCC - Komtar Johor Bahru.

Ok,jangan juga lupa untuk singgah di sini.Puteri Harbour dan Kota Iskandar adalah tempat lepak paling popular di Johor Bahru sekarang.Boleh jugak buat sesi pengambaran di sini sebagai kenangan dan kemudiannya lepak-lepak minum petang di Puteri Harbour yang bersebelahan.Kalau malam terdapat banyak kafe-kafe dan bar yang di buka di sini.Terletak di Nusajaya Johor Bahru.

Boleh juga berehat menenangkan fikiran,lepak-lepak atau makan malam di salah sebuah restoran di Country Garden.Salah satu mercu tanda Johor Bahru.Kawasan yang akan di bangunkan Kondominum bertaraf 5bintang ini di kelilingi oleh taman rekreasi yang cukup indah.Terletak bersebelahan Danga Bay sahaja.Kawasan ini juga romantik jika di lawati pada waktu malam.

Tempat lepak dan wajib singgah ialah di R & F Tanjung Puteri yang terletak berhadapan dengan Hotel Blue Wave.Konsepnya sama seperti Country Garden cuma ruangnya agak sedikit terhad di sebabkan keluasannya kecil sedikit.Tapi pemandangan di sini sangat-sangat indah sebab mengadap tambak Johor yang bersebelahan.

Satu lagi tempat lepak dan santai yang menjadi bualan orang-orang Johor ialah Johor Cultural & Sport Club yang terletak bersebelahan Taman Tasek.Kelab ini terletak tersorok sedikit iaitu di belakang Shell Taman Tasek.Kelab yang mengadap tasik ini sesuai untuk lepak makan malam atau minum petang sambil mengadap kolam mandi dan tasik dari tingkat atas,

Jika lalu di hadapan Istana Bukit Serene jangan lupa untuk singgah di hadapan pintu gerbang Istana untuk bergambar di bawah mahkota gerbang istana.Kalau nak tengok keindahannya datanglah pada waktu malam,tapi hati-hati kalau meletak kenderaan jangan sampai menghalang lalu lintas.Terletak berhadapan Danga Bay

Nak menonton wayang? Jangan risau di Johor Bahru ada pelbagai panggung wayang.Antaranya :

MBO = KSL Mall / U Mall / IOI Mall Kulai

 Cathay Cineplex = City Square Mall

LFS = Skudai Parade / Perling Mall / Plaza Tasek

Cinema 5D  = Wisma Daiman  (5D Pertama di JB)

TGV Cinema = Jusco Bukit Indah / Jusco Tebrau City


Kalau nak main bowling pun ada di sini.Antara tempat bowling yang popular :
ANGSANA BOWLING = PLAZA ANGSANA
AMPANG SUPERBOWL = LEISURE MALL
DAIMAN BOWL = WISMA DAIMAN
DYNAMIC BOWL = DANGA CITY MALL
SKUDAI BOWL = SKUDAI PARADE

"Pantai Stulang Laut".Sapa kata kat JB takde pantai.Anda boleh ke Pantai Stulang Laut yang terletak juma 3km dari Bandaraya Johor Bahru.Cuma tidak di galakkan untuk mandi kat pantai nielah sebab bukan macam pantai Desaru sebab airnya berpunca dari Selat Johor yang di sekat oleh tambak Johor.Tapi nak lepak petang atau malam kat sini amik angin bersama keluarga memang sempoi.Kalau ada duit lebih sedikit cumalah makan makanan laut di deretan kedai sepanjang jalan Stulang Laut ini.Kat sini juga terletaknya sebuah restoran KFC yang betul-betul kat hujung pantai.Pemandangan dari KFC 2tingkat ni sangat-sangat mengagumkan.Anda boleh melihat matahari terbenam atau matahari terbit dari sini sebab ia di buka 24jam dan terletak paling hampir dengan pantai.Selalunya waktu malam tempat letak kereta kat kawasan KFC nie selalu penuh.

Ok ini pulak satu lagi tempat lepak yang sesuai untuk seisi keluarga mahu pun buat mereka-mereka yang "frust" senongeng yang mahukan bersendiri.Anda boleh ke dataran bandaraya yang juga di buka 24jam.Bersebelahan dataran ini anda boleh menjamu selera di gerai-gerai Van Luton yang menjual steamboat yang di buka dari jam 5petang hingga awal pagi.RA panggil Satay cucuk steamboat.Boleh makan sambil rehat-rehat menonton bola petang-petang untung-untung dapat jumpa dengan pemain bola JDT.

Kat Jb juga ada Zoo.Walaupun Zoo kami tak sebaik dan sebesar Zoo Singapura atau Zoo Negara mahupun Zoo Melaka, tapi kami ada Zoo di Johor Bahru.hehehe.Boleh datang bawak kekasih , sahabat handai mahupun keluarga untuk bersantai.Lagipun tiket masuk tidaklah semahal Zoo-zoo lain di Malaysia hanya RM2 dewasa/RM1 kanak-kanak.

Tempat rekreasi pulak anda boleh ke Taman Merdeka di Jalan Kolam Air bersebelahan RTM ataupun ke Hutan Bandar Johor Bahru di Jalan Tasek Utara belakang Court Mammoth.Kalau berriadah waktu pagi ramailah jugak awek awek...tapi kalau datang dah petang ramai makcik-makcik dan keluarga yang datang hehehe.

Aktiviti malam tidak sah kalau tidak lepak-lepak cuci mata,makan atau mengeteh di Bazar Jb (nama lama Bazar karat) atau pun ke Pandan Uptown.Deretan gerai-gerai ala pasar malam menjula pelbagai barangan dengan harga yang murah.Jika anda ke Uptown jangan lupa ke medan seleranya yang menyediakan pelbagai makanan popular tempatan dan juga barat.

16 comments:

Lynn Hamzah said...

lengkap dengan attraction di sekitar johor bahru...good job bro...

siti alfakhishah aman said...

HAHAHA.. saya orang johor pon tak banyak tempat lagi pergi yang macam entry kat atas ni.. banyak jugak tempat sebenarnya boleh di kunjungi.. mohon nak bookmark dulu ye bro.. :)

RioAzzaro said...

silakan

Anonymous said...

Saya dan kawan2 teringin nak ke tanjung puteri n rnf. Boleh tak kalau RA share info through email? Very appreciate it if you can sbb kitorg semua kalau google, mesti jumpa pasal rnf je :(

RioAzzaro said...

rnf nie sebenarnya kawasan yang akan di bangunkan menjadi kondo/service apartment and shopping mall.Buat masa skrg diaorang jual kondo dan service apartment.untuk lebih nampak attraction diaorang dah siapkan taman & cafe2 agar nampak seperti sebuah kawasan peranginan untuk menarik pembeli untuk membeli kondo dan apartment di sini.Dalam masa 3tahun tempat ini akan menjadi salah satu ikon membeli belah beserta apartment termoden di selatan jb...

Anonymous said...

Salam.. ada pertanyaan.. ampang superbowl di leisure mall bukak lagi ke??

RioAzzaro said...

yea..masih bukak lagi

Anonymous said...

Kalau tempat untuk celebrate birthday tgh malam mana yg best?? Kat kota iskandar atau conutry garden tu boleh ke masuk tgh malammm

RioAzzaro said...

tgh malam?? kota iskandar dan country garden tutup tgh2 malam...nk celebrate bday baik kt restauran.Singgah Selalu atau nak lebih baik kt dataran bandaraya...saujana mata memandang

Anonymous said...

Lampu depan mbjb pun salah satu tempat menarik di jb...

Anonymous said...

Bagusnye info ni..sbg rujukan semasa di jb ni..tqvm

jue josman said...

Entry yg menarik.. Byk tempat boleh pegi ye.. Kat area tambak johor ade tak tpt mkn yg best?

jue josman said...

Entry yg menarik.. Byk tempat boleh pegi ye.. Kat area tambak johor ade tak tpt mkn yg best?

One God said...

Don't forget kilang bateri

One God said...

Don't forget kilang bateri

Engku Artini said...

Banyaknye tpt menarik. Thanks info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget