Sunday, October 12, 2014

Mercu Tanda R & F Tanjung Puteri

Jika anda ke Johor Bahru pada bahagian sebelah lagi melalui bawah tambak Johor untuk ke Stulang Laut anda pasti ada nampak banyak papan-papan tanda ala pagar di tepi-tepi jalan raya.Di belakang papan-papan tanda itulah terletaknya salah satu lagi mercu baru Johor Bahru iaitu R&F Tanjung Puteri.Tanah bekas tapak kastam dan immigration ini di bangunkan menjadi sebuah kondominium dan apartment mewah dengan pelbagai kelengkapan 5bintang.

Ok nie kat bahagian pantainya.Pasirnya putih dengar-dengar diaorang bawa khas dari Sabah.Entah ler,ada bahagian-bahagian lah boleh lepak duduk dan ada bahagian yang tak di benarkan langsung.Asal duduk je nanti pengawal bangla akan bunyikan wisel.hehe.

Haa kat tempat nie kalau nak duduk dia kasi.Ia betul betul mengadap Singapura dan dan yang paling hampir dengan Tambak Johor.Boleh nampak tambak johor dengan jelas dari sini.Sebenarnya kawasan bawah di pantai ini tidak lah sebesar mana pun,pusing-pusing kat situ jek.

Ok bergerak di bahagian atas pula,di sini terletaknya unit-unit rumah contoh yang di buka untuk jualan dan juga sebuah restoran,taman bunga dan tempat riadah untuk pengunjung yang datang.

Kawasan ini menuju je dewan menandatangani kontrak jual beli apartmen/kondominum.Dia buat macam dalam taman bunga ala Jepun pulak.

Kolam ini pulak RA tengok dah macam kat Taiwan atau tak pun kat Korea.Depan tu bangunan yang terletaknya unit-unit rumah contoh.

Ini bahagian paling hujung mengadap laut dan tambak Johor.Sofa di letakkan dan bolehlah membeli air minuman yang di jual di bar hadapan.

Haa inilah dia ruangan santai bersebelahan dengan bar yang menjual minuman.Kat sini boleh duduk santai sambil bertemu rakan.

Di tengah-tengah bangunan ini terletaknya permaian mini golf khas pengunjung mencuba.Suasana kat sini memang sempoi dan redup.

Sebahagian gambar dari luar hadapan unit rumah contoh yang RA tangkap untuk tatapan pembaca blog ini.

Nanti rumah RA dah siap nak buat kolam macam nie lah.(berangan tak sudah).Tapi kan cantik kalau ada kolam macam nie depan umah kita.

Jangan tertipu dengan pokok bunga lavender di atas ini.Ianya pokok palsu a.k.a pokok plastik rupanya.

Beberapa keping gambar dari sudut yang berbeza sempat RA tangkap.Jadi model untuk blog sendiri nampak?.Yelah dah terlanjur tiba nie kan,Walaupun tempatnya dekat je dengan rumah tapi kalau nak tunggu ke sini lagi memang lama lagi la.

Ok amik bahagian bergambar untuk gambar 3D terbaru yang ada terpampang di dinding bagunan ini.Nampak macam hidup tak? hehe

Suka amik banyak gambar kat sini.Terasa macam kat Taiwan pulak.

Ok ini gambar terakhir yang RA dapat tangkap dari atas bukit.Cantik kan? macam kat luar negara pulak.Bagi yang belum ke sini,jemput la datang tengok-tengok amik gambar dan kalau ada duit bolehlah beli seunit-dua kondo di sini. 


4 comments:

Anonymous said...

Hi, boleh ambil gambar wedding ke kat sini?

razak razali said...

Untuk siapa semua ni...mampu ker org kita nk layan tmpt 5 star mcm ni..bleh dtg tgk je la...ye..

aKSARAfENDI said...

ruginya aritu pegi saya tak naik atas..rupenya lagi cantik atas tu ye

RioAzzaro said...

betul..atas lagi cantik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget