Sunday, September 7, 2014

Jelajah & Walimatulurus Di Port Dickson Hari ke3

RUMAH API TANJUNG TUAN

Hari ini hari terakhir RA dan kawan-kawan di Port Dickson.Bangun seawal jam 8pagi (awal ke) selepas terdengar sayup-sayup ayam milik Azie berkokok.Kami bersarapan dengan makanan yang di beli di gerai tepi jalan sebelum berkemas-kemas untuk pulang ke JB.Jam 1petang baru keluar hari homestay menuju ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.Nak tengok rumah api katanya...Tiket masuk ke sini RM1 seorang,kanak-kanak bawah 12tahun percuma.

Untuk sampai ke Rumah Api nie memang mencabar.Kami kena berjalan kaki sekitar 1.5km menuju ke atas puncak bukit Taman Negara ini untuk melihat sendiri rumah api.

Di atas inilah di bina Rumah Api untuk mengawasi laluan kapal-kapal laut di Selat Melaka.Cantik kan? sapa kata kat Malaysia takde Rumah Api ala luar negara.

Agak semput jugaklah nak naik sampai di atas,Tapi pemandangan dari atas rumah api ini memang mengagumkan.Dari atas RA boleh lihat semua menandangan Selat Melaka yang sangat-sangat sibuk.

video

Kami berehat sekejap di pondok pemerhati burung kat bawah sikit dari rumah api ini.Sempat lagi berteriak dan menjerit kuat-kuat bagi menghilangkan tekanan.Tengok jelah video kat atas tu yang di rakam oleh si Olie.

Pintu pagarnya di tutup,jadi dapat jalan di luar perkarangan jelah.Amik gambar sepasang dua.Nasib baiklah kat pondok bawah nie ada kedai yang jual air.Mau kering tekak tengah-tengahhari kat sini.

Antara aksi-aksi Ninja Turtle dan Kucing Jalan (Cat Walk) geng-geng mengeteh yang sempat di rakam oleh kamera lensa RA.

Turun dari rumah api perut dah mula berbunyi.Jam 2.30petang kami mencari kedai Asam Pedas.Cari punya cari terjumpalah kedai ASAM PEDAS KASIH IBU.Tengok orang memang ramai,jadi singgah lah makan di sini.

Memandangkan sampai pun dah abis masa orang makan tengahari,lauk-pauk banyak yang dah habis.Yang tinggal asam pedas pari dan kembung sahaja.Makan laa apa yang ada,bersama cecahan sambal belacan yang cukup menjanjikan.

Jam 4petang selesai , kami bersalaman dan mengucapkan salam perpisahan.Kak Ros dan Abang Mat sekeluarga pulang ke Putra Jaya,manakala RA,Olie dan Ozie sekeluarga pulang ke Johor Bahru.Kenangan terindah berada di Port Dickson menjadi satu lagi memori indah dalam diri RA dan kawan-kawan geng mengeteh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget