Saturday, September 6, 2014

Jelajah & Walimatulurus Di Port Dickson Hari ke2

Akhirnya hari yang di tunggu pun tiba.Majlis Walimatul Urus pasangan Hazwani dan Ismail di adakan hari ini.Jam 1030pagi RA dah bergerak dari resort ke rumah Helmi.Jam 11pagi tiba orang dah semakin ramai yang datang.Dengar cerita dari mulut Kak Ros , orang Negeri Sembilan kalau buat majlis kawin memang bermula dan berakhir awal.

Peerggh ramai sungguh tetamu yang hadir,maklumlah perkahwinan pertama dalam keluarga ini.RA pertama kali hadir ke masjis kawin orang Negeri Sembilan nie.Nak tengok jugak apa juadah orang belah sini hidangkan pada tetamu,maklum lah petang semalam dah di hidangkan Pucuk Ubi masak lomak tempoyak,hari ini majlis rasmi mesti lebih lagi kot.Sempat lah bergambar dengan adik angkat RA si Shahmi,berbaju kuning menjadi pengapit kakaknya.Makin tembam yea Shahmi.Sambil-sambil tu sempat jugaklah menulis ucapan di buku tetamu dari "Geng Mengeteh Rio'h Rendah"

Menu "special" kat majlis ini ialah ayam golek & daging masak gulai.Pergghh memang terbaiklah.Tengok ayam golek nie je dah terliur.Rasa-rasa ada dekat 300-500 ekor dia bakar.Dah abis menjamu selera RA lelapak kat luar berandar rumah pengantin.Ingat nak tolong rewang tapi RA tengok semua tugas dah ada orang buat.Nak jadi kendarat pun rasa tak dapat sebab diaorang guna khidmat pekerja katering.hehe.Jadi duduk je lah kt berandar tengok orang datang.

  Jam 1petang acara persandingan di mulakan.Masa nie orang tak henti-henti datang.Pengantin pulak dah siap sedia nak berarak.Tidak seperti di Johor,selalunya kalau majlis bertandang di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di arak sementara pengantin perempuan menunggu di  pelamin,Tetapi di sini pengantin perempuan dan lelaki berarak bersama ke pelamin.Mungkin adat di sini berbeza kot.

Jam 130petang banyak lauk-lauk seperti Gulai daging dan Ayam golek kehabisan.Orang datang memang ramai dan masa inilah geng-geng RA muncul.Menunggu anak-anak naik mandi dari kolam renang katernya,hehehe.Apa lagi perut dah lapar terus amik makanan untuk menjamu selera apa yang ada.Menu Gulai daging & Ayam Golek di ganti dengan sotong sambal dan Rendang ayam.Makan memang makan dan sempat lagi menulis ucapan di buku tetamu.

Dah makan,kami pun masuk ke rumah pengantin dan bergambar di pelamin,kecoh dah riuh rendah jadinya.Nasib baik takde pertandingan berbalas pantun kat pelamin.Kalau ada memang "confirm" kami yang kalah.hehehe.

Lama jugak kami melepak di rumah pengantin,Jam 3petang baru RA meminta izin untuk beransur pulang.Keluar je dari majlis kami menuju ke Pantai berhampiran Teluk Kemang.Kat sini kami ke Pulau Burung yang tidak jauh dari pantai.Ada jeti di bina menghubungkan pulau ini.

Sesekali jenjalan amik angin dan lihat keindahan pulau kecil nie dan terjadilah aktiviti senaman rengan dan bergambar.Semua gambar-gambar ini kat Pulau Burung yang secotet kecik nie.

Nie pulak bergambar konsep drama sambung-sambung Korea,"Winter Nak Muntah" dan "Autumn Heart Attack".memang la seronok sebab angin kat sini memang kuat san sepoi-sepoi bahasa,

Dah puas di Pulau Burung rakan-rakan RA ajak ke Pamiran Moto yang kami dah pergi malam semalam tu.RA memang dah keletihan manakala anak-anak diaorang pulak dah merengek nak mandi kat kolam renang.Jadi RA dan anak-anak diaorang ini pulang ke hotel mereka pulak ke Pamiran Moto.Tengok lah si Olie tu bergambar sambil comolot dengan Ular Tedung.Kak Ros & Abang Mat pulak bergambar dengan artis.

Budak-budak nie pulak bergembira di kolam renang.RA pulak masuk bilik resort dan membuta tidur.Letih sangat dengan cuaca yang agak panas.

Bila malam menjelma barulah RA dan kawan-kawan keluar ke Teluk Kemang dan Pantai Tuan.Tengok-tengok apa yang patut.Bila perut dah lapar kami singgah makan di gerai berhampiran.Ada masakan Asam Pedas katernya,tapi masalahnya tiada ikan merah.yang ada Ikan Pari,Caru,Siakap dan Kembung.Jadi RA,Azie , Olie makan asam pedas ikan caru,Abang Mat dan Kak Ros pulak makan asam pedas ikan kembung.Makanlah kami sampai kenyang (walaupun tukang masak masak tak sedap) tapi tetap licin,yealah rezeki jangan di buang.Memang Majulah Pewet kami sepanjang percutian ini.Jam 12tengahmalam kami pulang ke resort dan masih lagi bersambung main UNO hingga ke pukul 2pagi.Bilik kami yang paling riuh rendah malam tu.huhu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget