Friday, September 5, 2014

Jelajah Dan Walimatulurus di Port Dickson

Ke Majlis Walimatul Urus kita !!!Kali ini melangkaui tempat hingga kan ke Port Dickson !!!

Atas jemputan majlis perkahwinan adik kawan baik RA, Maka perancangan di buat dan terjadilah percutian sambil meraikan walimatul urus Hazwani dan pasangannya.

RA terpaksa bertolak dari JB jam 230petang di sebabkan halangan yang tidak dapat di elakkan.Dari Lebuhraya Utara - Selatan RA keluar ke tol Seremban menuju ke lebuh raya Lukut-Sepang.Tepat jam 5petang rombongan kami tiba di rumah Helmi(rumah pengantin perempuan).Sementara menunggu rombongan Kak Ros dan abang Mat sampai kami lelepak makan (memamg muka makan) apa yang patut.Tempat bermalam kami adalah di Mimaland - 15kms dari Pekan Port Dickson.Resort paling hujung sekali dari resort-resort yang ada di Port Dickson.Kalau bukan kerana ada Taman Tema Airnya nie memang kami pun tak nak duduk sini.Sebab?? Jauh sangat daaa...

Dah sampai pun,selepas menunaikan apa yang patut (mandi/solat/rehat kejap) kami pun keluar meronda-ronda di sekitar Port Dickson.Dari pantai Teluk Kemang sampailah ke Pekan Port Dickson.Akhirkan berhenti makan di sekitar pantai Tanjung Tuan.Ada kedai makan di situ.Lepak makan sup daging dan tomyam sekejap.Lepas tu singgah ke kedai bundle bersebelahan.Bukan beli pun cuma tengok-tengok suasana kat sini.Memang cukup meriah tapi sekejap je sebab hujan tiba-tiba turun.Memandangkan hujan pun dah turun kami cepat-cepat makan dan bergerak pulang ke resort.Tapi dalam perjalanan sempat lagi singgah ke Nouvelle Resort yang selang 500meter dari resort kami.Ada pamiran dan perjumpaan geng-geng moto besar seluruh Malaysia.Memang banyak sangat moto-moto berkuasa besar melepak dan berkumpul disini walaupun jam dah ke pukul 1230malam.Dengar-dengar esok ada konsert dan aktiviti sosial diadakan di sini.Jalan-jalan cuci mata kejap amik gambar moto mana yang patutlah kan.

Bila dah nak kul 1pagi kami bergerak pulang ke resort.Sampai resort bukan nak tidur pun,kami sambung main UNO sampai berdekak-dekak ketawa tak tidur sampai jam 3pagi.Tu pun tidur bila mata masing-masing dah mula mengantuk.Maka bermulalah episod berdengur katak puru hehehe...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget