Tuesday, September 16, 2014

Heritage Race Kembali

 Ia kembali lagi tahun ini.Kali ini dia hadir saat badan RA rasa macam nak dapat demam.Bertempat di DoubleTree by Hilton 16Sep bersempena Hari Malaysia,RA,Sharon dan dua lagi ahli baru Azie & Fitrah mengantikan ahli lama Siti dan Mork.Tahun ini hadiah lebih besar dan lebih mencabar.

Yang duduk di bahagian belakang tu datang untuk sesi pemanasan badan sahaja.Dino menjadi juru latih pemanas badan dengan tarian Zumbanya.Ini bagi memastikan kesemua peserta berada di tahap sihat.

 Sesi pemanasan badan ini berjalan selama 10minit dengan rentak muzik Zumba dan Techno berkumandang.

Pertandingan kali ini jauh berbeza dari tahun lepas.Jarak perjalanan jugak dah macam orang main Triton.Dari Hilton ke Jalan Trus, masuk ke Jalan Tan Hock Nee , Pejabat Pos , MBJB , Jotic , Jalan Gertak Merah , Mahaad Johor , Jalan Mahmudiah ke Dataran Bandaraya.Adoi mak lepak betul.Giler jauh gaban pusing satu JB.

 Ini antara ujian yang perlu kami lalui.Ujian membawa tarian "HAKKA" iaitu tarian kaum Maori New Zealand dan juga menjadi tarian pembuka "ALL BLACKS" pasukan ragbi New Zealand. 

 Jam 1230tengahari semua kumpulan sudah sampai di Dataran.Keputusannya pulak akan di beritahu jam 230petang.Sikitla punya lama nak tunggu huhu.Cuaca pulak boleh tahan panas,terpaksalah duduk bawah khemah menanti keputusan sambil makan tengahari di sediakan oleh penganjur.Lauk kari + 1 ayam + sayur goreng kobis + air kordial.Nasib baik diaorang sediakan,kalau tidak mau menjerit kelaparan hehehe.

 Tidak seperti tahun lepas,Acara habis di Jotic dan kami menunggu didalam bangunan yang berhawa dingin,tidak seperti hari ini.Betambah demam la RA gamaknya.Keputusan pertandingan di umumkan tepat jam 230petang.Ada yang berjaya dan ada yang tidak (termasuklah geng RA) adalah dekat 9 soalan kami salah jawap.Apa pun,RA dapat rungkaikan Heritage Race tahun ini tidak sebaik tahun lepas.Tu jekkk.....Bukan sebab RA kalah,tapi sebab teruk kena menapak dari Jotic hingga ke Dataran (tengah-tengahari pulak tu)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget