Friday, August 1, 2014

Beraya-raya lagi

Hai diam tak diam dah hari raya ke 5 dah hari ini.Dengar-dengar rakan RA nak datang singgah beraya rumah RA malam nie.Jadi selepas saja abis keja RA meluru singgah ke restoran berdekatan pejabat RA membeli juadah untuk mereka makan malam nanti.Maklumlah orang bujang,tak tau nak masak apa.Tup-tup sampai rumah diaorang cakap nak beraya rumah Liana dan Alond dulu.Adoyai penat aku terkejar-kejar balik.

Memandangkan ada masa tu,RA pun ikutlah mereka beraya sama.Yealah bila lagi kan dah terlanjur ramai-ramai inilah masanya.Rumah pertama yang RA lawati rumah pasangan Liana atau nama mat sallehnya Jack dan Faizal a.k.a Boy.(tua-tua pun orang panggil boy lagi).Menu makananannya Mee Goreng (sama la pulak macam menu rumah RA) dan Jemput-Jemput ikan bilis.Kemudian ke rumah Along pulak buat nasi Arab katernya.Pergghhh kenyang giler.Akhir sekali diaorang datang singgah rumah RA walaupun dah pukul 10malam,lawatan tetap lawatan.Dah janjikan?.Terima kasih semua yang sudi datang ke teratak orang bujang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget