Sunday, August 24, 2014

JJNM : Restoran My Steamboat & Grill

J.J.N.M : JALAN -JALAN NAK MAKAN
- RESTORAN MY STEAMBOAT & GRILL - KEMPAS

Jalan-jalan nak makan RA kali ini ialah ke Restoran My Steamboat & Grill yang terletak di kempas.Lokasinya amat senang,iaitu bersebelahan pintu masuk belakang @ Mart Kempas.Lot kedai nya paling hujung di belakang Maslee Mart 

 Menu buffet di sini ialah RM25 seorang dan makan sampai kenyang.Kebanyakkan bahan mentah belum di sapukan dengan sos perisa.Sos di berikan berasingan dah boleh di cecah setelah masakan telah masak.Lagi satu makan malam di sini amat nyaman sebab restorannya terletak di atas bukit dengan pemandagan waktu malam kawasan perumahan di sekitarnya.Memang amat menjanjikan 

Saturday, August 23, 2014

Sepakat membawa berkat

Entah apa-apa tah tajuk blog kali ini.Macam tak kena pulak dengan gambar yang nak di tujukan.Yaa masih lagi dalam mood raya dan rumah terbuka.Hari ini RA ke jemputan rumah terbuka Dr Yunus pulak.Orang nya kacak,bergaya,pandai menyanyi dalam kereta dan kuat tepuk meja.

 Jemputan malam ini untuk kawan-kawan saja katernya.Tapi dia punya menu macam nak buat kenduri tahlil,banyak sungguh dan menjanjikan.Ada mee goreng , Satey , ayam masak merah , lontong , tempe sambal.Banyak sungguh makanannya.

 Sedang kaum adam sebuk menonton bola sepak,kaum ibu-ibu pulak macam biasalah bergossip di satu ruangan tengah rumah.Kusyuk sungguh di Azie mendengar taklimat dari Kak Rovita yea.Haa RA datang beraya kali ini dengan bapak RA.Walaupun ayah RA jalan tak kuat,RA bawak jugaklah sama,dah tu takkan nak tinggalkan pulak yeaa....Apapun terima kasih tuan rumah atas pelawaan makan di rumah anda.Moga ikatan silaturahim ini berkekalan.


Friday, August 15, 2014

Geng mengetah datangggg

Masih lagi dalam mood raya dan hari ini geng mengeteh nak datang rumah berhari raya kat rumah RA.RA pun tak tahu nak buat apa , maklumlah orang bujang jadi RA,pikir punya pikir terjadilah menu Nasi Goreng Kampung dan Kentang Goreng.

 Keluarga Kak Ros dah Abang Mat tak dapat datang.maklumlah diaorang dah pindah ke Putrajaya.Abang Mork dan Nik tiba lambat,tapi takpe,biar lambat asal datang....InsyaAllah tahun depan beraya kat rumah baru RA yea...


Wednesday, August 13, 2014

Lahirnya Luth Firharraz

 Akhirnya saat yang di tunggu-tunggu oleh rakan RA iaitu pasangan Liyana dan Faizal tilah tiba.Anak lelaki pasangan ini selamat di lahirkan dengan berat 3.55kg.Nama pun tak hagak-hagak susah tergeliat-ngeliat Uncle RA nak sebut iaittu Luth Firharraz.Nasib baiklah lidah uncle nie tak pendik nak sebut ree reee tu.Penat yea bapaknya,,,sampai tertidur kat tepi.

Tu dia bapak dia tengah mendokong dan menukar lampin anaknya.Penat pun kena buat yea paknya...sebab mak nya dah tak leh bangun selalu,maklumlah baru lepas pembedahan.

 RA,Mamak dan Adiel sempatlah datang melawat di Hospital Colombia tempat Liyana atau nama ganasnya Jack bersalin.Nak tengok citer sayang awak 200% dulu kat TV3 baru lah leh gerak kata si Mamak.Peminat setia drama tu katernya.

 Beginilah suasananya di dalam wad bila kami-kami je yang menguasai.Budak yang paling kuat gelak tu nak cubit-cubit je dia huhu


Tuesday, August 5, 2014

Kunjungan Mesraaa..

Dah macam Bob Mesraaaa la pulak...inilah gambar-gambar kunjungan mesra RA ke kedai kawan sekolah lama RA bersempena Syawal.Sapa yang tak kenal dengan abang long"Restoran di Abg Simpang". Sebut je nama dia pasti ramai yang teringat dengan "Kueh Tiew Goreng Kongfu" , "Mee Goreng Lincah" dan "Burger Kampung Tunjuk Samudra" yang begitu menjanjikan.(haittt mengampu nampak RA nie).

 Tapi ini bukan mengampu atau cerita bohong.Apa saja hasil air tangan kawan RA nie memang amat-amat menjanjikan.Itu hari kat kedai nya,selang beberapa minggu kemudian RA dan rakan-rakan bertandang raya di rumahnya pulak.Menu yang dia masak Nasi Lemak, Lontong kuah lodeh , rendang ayam nya pulak memang terbaik.Dua kali RA dan rakan-rakan bertambah makan.

Apa rahsia orang tua nie eik?? dulu masa sekolah nak suruh dia ke dapur pun dia malas.Tapi sekarang semua makanan hasil air tangan dia betul-betul menjanjikan.RA harap moga-moga Iwan (kawan RA nie) maju jaya lah yea.Masak lah sedap-sedap lagi,kalau boleh tambah menu-menu baru yang sedap-sedap lagi dalam kedai makan tu yea..Yeaa akhir kata "Majulah Pewot untuk Negara"

Sunday, August 3, 2014

Sedetik di Johor Cultural & Sport Club (JCSS)

Cantik tak? nampak.......(wah tetiba suara Abang Jem kuar).Kalau nak tahu inilah salah satu lagi tempat rekreasi yang di buka kepada ahli kelab JCSS dan juga untuk umum.Kelab nie dah lama di buka tapi baru hari ini RA berkesempatan melawat di sini.Terletak bersebelah Taman Tasek belakang Station minyak Shell & Petronas,kelab ini memang terlindung daripada pandangan awam.Mungkin juga dia mahu menjaga privasinya agar nampak lebih Eklusif.

 Cantik pemandangan tasik dari lobi kelab ini,tenang dan aman.Kelab ini mempunyai 2 kolam mandi yang agak besar.Dewan makan boleh memuatkan sekitar 500 tetamu dan boleh di sewa untuk majlis-majlis tertentu.Ada gimnasium , bar , restoran , ruang tamu khas dan juga beberapa alatan permainan yang boleh di sewa sepeti pinpong,dat ,karom dan pelbagai lagi.

Semua kemudahan di sini di berikan percuma andai anda adalah ahli kelab JCSS.Nak tahu berapa harga keahliannya? Yuran keahlian seumur hidup RM15,000 seorang.Murah kan?? hahaha....untuk orang kaya memang la murah.

 Ini pemandangan dari hadapan kelab , kolam mandi dan dewan makan banquet yang mengadap tasik.Bangunan utama ada dua tingkat.Tingkat atas untuk restoran , kaunter penyambut tetamu dan bar.Tingkat awah pulak tempat rekreasi  selain gimnasium,bilik sauna dan stim.Di luar ada kolam mandi dan tasik.Tapi jangan la pulak gatal-gatal nak mandi dalam tasik tu pulak.

 

Nampak?? nielah dia gimnasium dan ruang reksiasi yang RA cakapkan tu

Amik mood bergambar sekejap.

 Nak juga rasa macam orang ada-ada.Jangan risau jika anda bukan ahli di JCSS anda juga boleh datang ke sini untuk lepak-lepak makan dan menikmati suasana di sini.Cuma harga makanan yang anda makan sedikit mahal la dari ahli kelab ini.


Saturday, August 2, 2014

Rumah Terbuka YB Tan Sri Hj Shahrir

Hujung minggu kembali lagi.Tapi tengah hari ini RA ada temujanji beraya di rumah terbuka YB Tan Sri Hj Shahrir yang di adakan di Stadium tertutup MBJB.Kalau ke majlis macam nie kena datang awal,sebab kalu datang lambat nanti tempat letak kereta dan makanan yang sedap-sedap habis.

Sampai juga akhirnya,Nik dan keluarga pulak datang 30minit selepas tu.Menu utama yang di hidangkan terlalu banyak.Ada Satey,Nasi Minyak , Capati , Sup Tulang , Laksa Johor , Mee Rebus , Rojak , Lontong , Lemang  dan macam-macam lagi lah.Acara di selang selikan dengan nasyid dan berzanji dari wakil-wakil kumpulan di sekitar Johor Bahru.

Nampak?? inilah beberapa makanan yang sempat RA sambar.Banyak sangat makan perut tak leh terima maklumlah kan baru habis berpuasa.Buat puasa sunat lagi semalam.

Meriah tu meriah jugak.Tapi ingatan terhadap kemalangan yang menimpa MH370 & MH17 tetap dalam ingatan.Jam 1230tengah hari masih lagi tak ramai yang datang.Ramai yang balik kampung dan belum habis kerja kot.Tapi bila jam 1petang kereta makin galak masuk ke ruang tempat letak kereta.

Akhirnya dapat jugak bergambar dengan tuan majlis rumah terbuka ini iaitu Tan Sri Hj Shahrir.Tu pun selepas mengambil giliran nak bergambar.huhu.Alamak baru perasan semua pakai baju warna biru la pulak..Team JDT katernya.


Friday, August 1, 2014

Beraya-raya lagi

Hai diam tak diam dah hari raya ke 5 dah hari ini.Dengar-dengar rakan RA nak datang singgah beraya rumah RA malam nie.Jadi selepas saja abis keja RA meluru singgah ke restoran berdekatan pejabat RA membeli juadah untuk mereka makan malam nanti.Maklumlah orang bujang,tak tau nak masak apa.Tup-tup sampai rumah diaorang cakap nak beraya rumah Liana dan Alond dulu.Adoyai penat aku terkejar-kejar balik.

Memandangkan ada masa tu,RA pun ikutlah mereka beraya sama.Yealah bila lagi kan dah terlanjur ramai-ramai inilah masanya.Rumah pertama yang RA lawati rumah pasangan Liana atau nama mat sallehnya Jack dan Faizal a.k.a Boy.(tua-tua pun orang panggil boy lagi).Menu makananannya Mee Goreng (sama la pulak macam menu rumah RA) dan Jemput-Jemput ikan bilis.Kemudian ke rumah Along pulak buat nasi Arab katernya.Pergghhh kenyang giler.Akhir sekali diaorang datang singgah rumah RA walaupun dah pukul 10malam,lawatan tetap lawatan.Dah janjikan?.Terima kasih semua yang sudi datang ke teratak orang bujang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget