Wednesday, July 16, 2014

Iftar di Chamek Kopitiam Galleria

Hari ini memandangkan keluarga Kak Ros & Abang Mat berada di Johor Bahru dan bagi memenuhi permintaan mereka untuk ber Iftar/buka Puasa bersama maka RA dan kawan-kawan sepakat memilih Chamek Kopitiam.Alhamdulillah seramai 21satu orang dapat RA kumpulkan untuk berbuka puasa bersama kali ini.

 Kat Chamek Kopitiam, takde menu buffet tapi ada menyediakan menu mengikut paket set.Memandangkan kami mempunyai 21orang,Menu Pakej Set A memang sesuai untuk kami :
2 x Siakap Masak Tauchu
1 x Siakap Masak Kari Thai
1 x Siakap Masak Sweet Sour
4 x Sayur Chapchai
4 x Ayam mentega berkrim Chamek
4 x Udang Butter
4 x Telur Bistik
Buah Potong / Sup Tomyam / Bubur Kacang / Air Kordial

 Penat bekerja di tengah pendang,Fajar menghilang hampir terleka,Makanan berbuka sedia terhidang,Hanya tunggu waktu berbuka..Che wah menjual pantunlah pulak.Haa jawap..jawap RA menjual pantun nie

 Kak Ros cerita,hari ni barulah dia sekeluarga dapat berbuka awal,sebab mereka sekarang dah duduk kat KL dan masa berbuka kat sana lewat 10minit dari JB.hehehe.Tulah untungnya duduk kat JB nie heeee.

Majlis penutup Iftar ini di serikan dengan pemotongan kek hari jadi Aliya , cucu saudara kepada abang Yunus.Wah diam tak diam dah 11tahun yea umurnya.Kek dari "Secret Recipe" lagi.

Bukan anak-anak je yang gembira...mak-mak dan bapak-bapak pun turut gembira , hingga terlebih senyum sampai ke telinga.

Bila dah tiup lilin mulalah bahagi-bahagikan kek tu sama rata sama rasa.Jam pun dah nak dekat azan Isyak,nasib baik RA dah sempat solat Margrib.Nak solat senang je , leh solat kt Masjid Kotaraya belakang Chamek ini.Dah dalam satu bangunan,tak susah pun. 

 Di dalam Galleria@Kotaraya bahagian dalam pulak tersergam indah pentas utama meletakkan dekorasi bersempena Hari Raya yang bakal tiba.Jadi inilah masanya untuk kami semua bergambar sakan macam nak raya di sini.Gamat,riuh rendah jadinya.

 Masing-masing keluarkan kamera sendiri nak rakam gambar,jadi terpaksalah bergilir-gilir tukar tangkap gambar,maklumlah semua takde beli tripod selfie tu.

Jam 9malam semua bergegas pulang hari dah malam,nak buat aktiviti keagaaman dan rehat di rumah setelah penat berpuasa dan bekerja di siang hari.Selamat tinggal Chamek Kopitiam..

2 comments:

Anonymous said...

Gambar siapa ini

RioAzzaro said...

eh eh...tak kenapa? gambar kami la....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget