Wednesday, July 30, 2014

Kunjungan orang jauh

Raya ke 3 RA dah mula bertugas.Yelah tahun nie Hari Raya jatuh pada hari Isnin,bila habis je cuti dua hari terpaksalah mulakan tugas.RA amik cuti sehari sebelum raya aritu,nak bagi rakan setugas yang berkeluarga amik cuti panjang.Kerja kat pejabat hari nie memang sunyi,sebab masih ramai yang bercuti.

 Tup-tup dapat panggilan telefun dari kawan baik RA , Ally dari KL cakap dia ada di JB dan nak datang beraya di rumah RA.Apa lagi kepala dok pikir juadah apa nak bagi dia makan petang nanti.Nasib baik pasar borong pandan dah mula beroperasi hari ini dan kedai makan yang di buka ialah kedai Capati Pakistan.Nampaknya malam ini Ally dan keluarga makan malam ala Bollywoodlah yea.Kebab Pakistan,Capati dan kuah kimah menjadi menu utama juadah malam ini.Terima kasih "TEMAN" sudi datang beraya rumah RA.Dia tidur rumah bapaknya di Johor Jaya malam nie,Esok nak sambung beraya kat JPO pulak katernya.Besar dah si Lysha nie yea.Belajar rajin-rajin tau.

Tuesday, July 29, 2014

Syawal ke 2 beraya lagi

 Syawal ke 2 hari nie lebih kepada melawat saudara mara terdekat.Pakcik RA yang RA panggil Pak Andak mengajak kami adik beradik ke rumahnya.Dia buat rumah terbuka katernya.Memang setiap tahun rumah terbuka Pak Andak betul-betul menjanjikan.Kalau tak ada satay mesti ada ayam percik,sebab tu menu utama terbaik dari pakcik RA nie.Dulu pakcik RA ni meniaga satay,tapi sekarang dah pencen.Kalau tengok muka pakcik RA nie dia penah berlakon bersama dengan Badol dalam filem Prebet Lapuk.Dia lakon jadi Sarjan bersama-sama A.Galak,

 Haa ini dia kakak-kakak dan adik sepupuku,anak kepada Pak Andak.Mereka inilah yang memasak juadah sampingan Nasi Beryani,Mee hoon goreng,Mee Rebus, Kueh tiew goreng,Ayam percik , Ketupat segera dan macam-macam lagilah.Kenyang giler RA siang tadi.Nak diet pun tak boleh.

Haa ini pulak sebahagian anak & cucunya yang ada pada hari ini.Meriah jugaklah cuma kawan-kawan terdekat anak-anak dia banyak yang tak dapat hadir,maklumlah ramai yang masih balik kampung lagi.

 Jam 4petang RA bergerak pula ke rumah kakak RA di Permas Jaya dan berkenalan dengan si kucing tembam milik anak saudara RA.Jam 7malam pulak RA ke rumah abang RA di Kangkar Pulai

.Sedar tak sedar beraya jam dah ke pukul 1030malam.Ikutkan nak pergi rumah kawan RA,tapi ayah dah bising ajak balik umah nak tidur katanya.Jadi hanya 3rumah saja lah hari nie yang sempat di singgah.

Monday, July 28, 2014

1 Syawal kembali lagi

Alhamdulillah , 1 Syawal kembali lagi hari ini setelah setahun menghilang..Macam tahun-tahun sebelumnya biasalah ziarah menziarahi,amik gambar,makan ketupat.(mengumpat sikit-sikit) hehe

Haa yang nie bukan anak,tapi cucu yea...Anak kepada anak saudara RA.Jadi dah jadi atuk lah RA nie kan.Atok saudara katernya.

Ini pulak bergambar dengan kakak no 2 RA dan ahli keluarganya.Nak amik gambar baju sama warna katernya.Tapi baju raya RA warna hijau biru.hehe

Nie dia mak kepada budak muka ketat nie hehe.Masam je muka dia bila orang dokong dia.Pelik agaknya tengok muka-muka yang dia tak kenal.Yelah bawak datang jumpa pun setahun sekali.Mana budak tu tak pelik....(haa dah mula dah membebel)

Menu utama hari raya pertama umah RA ialah ketupat , rendang , lodeh ,sambal kacang & udang..Agak-agak kalau nak datang makan Nasi goreng ke Pizza ke sila datang lain hari yea.

Tahun ini 4keluarga je.Yang sorang tu di Mekah buat umrah sambil sambut raya di sana.Yang sorang lagi kat Singapura,cuti umum kat Singapura satu hari je.Jadi tak dapat nak balik.

Siang tadi cuaca memang sangat panas.Berpuluh-peluh jugaklah nak-nak bila dah ramai.Tahun depan nak pasang "aircon" katernya.yea yea je lah.

Jam 3petang keluarga Pak Andak datang bertandang pulak.Nasib baik belum sempat tidur.Kalau RA dah tidur memang tak bangun la jawapnya.Hehe.Barisan anak-anak & cucu-cucu Pak Andak yang datang siang tadi.

Haa nie pulak gambar keluarga sebelum semua nak balik beraya rumah mertua diaorang pulak.Nasib baik lah mertua duduk kat Johor jugak.Ramai kan? memang ramai pun.
Selamat Hari Raya dari RA dan keluarga untuk pembaca blog RA.Maaf Zahir dan Batin andai ada penulisan RA yang menyinggung perasaan anda.


Friday, July 25, 2014

Iftar di Ali Baba Karaoke pula

Alhamdulillah hari ini Jumaat Terakhir di Bulan Ramadhan pada tahun ini.Rasa seperti masa berlalu dengan begitu cepat kan.Lagi 2 atau 3 hari lagi dah nak raya.Nampaknya hari ini RA berbuka puasa lagi di luar dan kali ini berbuka puasa kat Ali Baba Karaoke Giant Tampoi bersama rakan-rakan sekolah lama RA.Haaa yang baju merah tu bukan yea,dia tu bekas guru besar kitaorang kot hehe....En Abang Yunus di mana-mana yea.

Menu buffet di sini RA19.90 untuk dewasa dan RM17.90 kanak-kanak.Hidangan utama mereka ialah udang masak lemak,ayam masak kicap dan beberapa lagi menu yang RA dah lupa makan masuk perut. 

Tempahnya untuk 15orang tapi yang hadir cuma 9orang sahaja.Takpelah janji majlis berbuka puasa kami ini tetap meriah walaupun ada yang terlajak memandu sampai ke Larkin Bomba kedai Salsabilah.Maklumlah bunyi pun ada 1001malam punya kedai.Ali Baba dengan Salsabilah kan arab jugak katernya.Adeehhh nasib baik sempat sampai berbuka puasa.

RA rasa dalam banyak-banyak gambar majlis berbuka puasa,gambar ini RA rasa sangat-sangat cantik.Terasa betul-betul macam kat padang pasir dengan berlatar belakangkan bintang-bintang bersinar, pokok tamar dan unta lagi.

Raya dah nak dekat,baju raya jangan lupa beli di Plaza Angsana yea..hehe (untuk yang dah kesuntukkan masa je lah)


Thursday, July 24, 2014

Penangan Nasi Arab Lagi - JJNM

J.J.N.M (JALAN-JALAN NAK MAKAN) + IFTAR

- RESTORAN ZAFRAN NASI ARAB - 

Gara-gara penangan nasi arab di Shah Alam minggu lepas , hari ini geng mengeteh pulak mengajak RA untuk mencuba nasi arab di JB pulak.Mereka semua nak rasa macamana rasanya Nasi Arab yang di khabar-khabarkan sedap itu.Setelah mesyuarat whatapps bersependapat jadi kami memilih Restoran Zafran di Bandar Baru Uda.Kira dekat lah untuk semua orang ke sini.Lagi pun raya hanya tinggal beberapa hari jek lagi,inilah masa nak berkumpul beriftar bersama.

Menu promosi sempena bulan puasa di sini ialah Nasi Arab Mandy Ayam dengan Nasi Arab Mandy Kambing.Harga promosi untuk bulan puasa yang Ayam RM12/Kambing RM19.Apa pun memang berbaloi sebab sepinggan penuh nasi nie dia letak.Memang kenyang giler.Chef pulak di bawa dari Yemen.

Sesi bergambar sebelum dan sesudah cukup santai dengan suasana kedai yang bersih dan tersusun walaupun kecil.Rasa macam makan kat luar negara la pulak.


 Mana taknya ada yang datang dengan baju kot,baju gaun Puteri Frozen,baju kurung,seluar tentera,mapla pun ada.Kedai makan malam tu memang penuh dan walaupun sempit RA suka dengan susunan dekorasi kedai ini.Manalah tak sempit geng RA je dah 21orang,hampir separuh kedai ini kami tempah..hehehe.Meriah dah macam hari raya. 

 Amboi cik habang berbaju oren,berkaca mata tu makan dah tak pandang kiri-kanan.Orang panggil nak amik gambar pun dia tak toleh dah,sebab asik toleh makanan depan mata jek.Penangan Nasi Arab dari Shah Alam tak habis lagi kot.

 Sama jugak dengan abang yang sorang ini.Balun terus makan ,nie kalau mak mertua lalu pun tak perasan.hehe.Buah duku tu dia yang bawak dari kampung katernya.

Yaaa Habibi,Alhamdulillah kenyang sudah,semua makanan selesai di masukkan dalam perut dalam masa 30minit sahaja.Pinggan masing-masing licinnnn.....hehe.Kurma dari Arab pulak menjadi pencuci mulut kami selepas itu.Si comel Amely nie pun pandai makan Nasi Arab.

 Haa betul tak RA cakap,suasana dalam kedai ini macam makan kat luar negara lah pulak.Cantik mainan lampu-lampu di kedai ini.

Sambung amik gambar kat cermin dan luar kedai pulak.Habislah satu kedai kami berpeleseran.Masing-masing tunjuk bakat joget setempat.

Macam biasalah sesi bergambar bersama sebelum pulang ke rumah.Alamak Kak Ros dan keluarga takde lah pulak kali ini,tu yang rasa macam kekurangan je dalam gambar ini.Apa pun selamat berpuasa dan selamat penyambut hari raya yang tinggal beberapa hari je lagi.


Tuesday, July 22, 2014

Iftar di Hospital Colombia

Sesuatu yang tidak di duga menimpa keluarga Nik apabila anak sulongnya Shahmi di masukkan ke wad kerana hidung berdarah tidak henti-henti.Sehari selepas pembedahan membuang polip yang mula membengkak di dalam hidungnya di buat.RA sempat singgah ke hospital Colombia membuat lawatan bersama Kak Rovita dan Abang Yunus.Rancangan di saat terakhir kemudiannya di sertakan dengan Iftar sekali di Kafe hospital ini.Inilah menu yang sempat di sambar oleh kami tadi.


Tak makan apa pun sangat,90% beli makanan kat kafe Colombia Nasi Goreng,Kueh Teow Goreng,Rendang ayam ,ulam ulaman dan manakala kueh mueh pulak RA beli di bazar.Satu je yang tak bagus dengan kafe di sini,walaupun tidak ramai pengunjung jm 7malam mereka dah nak tutup kedai,sampai mintak untuk gorengkan satu pinggan Nasi Goreng pun mereka cakap "order dah tutup bang".Hai tahulah kamu tu nak tutup & nak balik ikut masa,tapi kalau lah awak tu orang Islam dan berpuasa takkan tak boleh amik order satu je lagi makanan untuk orang yang nak berbuka puasa.Lagi pun memang takde orang lain lagi dah cuma kami dan satu lagi keluarga yang berbuka di kafe itu.Tak pe lah yea kami kongsi-kongsi makanan je dengan Habang Yunus yang sampai lambat tadi.

Jam 720malam masa berbuka untuk Johor Bahru maka bermulalah sesi makan memakan kami di sini.Walaupun sederhana tapi tetap meriah dapat makan ramai-ramai macam ini,apatah lagi makan di kafe hospital.

Dah makan,dah solat Margrib kami semua ke tingkat 1 bilik no 90 untuk melawat dan melihat kesihatan Shahmi,anak Nik.Alhamdullilah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan polip yang menyebabkan hidungnya berdarah.

Macam biasa sesi bergambar menjadi keutamaan kami semua.Setiap inci dan sisi wad hospital ini kami nak bergambar dalam suasana yang tidak formal.hehe.

Menu-menu makanan yang telah di terjemahkan ke dalam perut kami tadi.Wah ayat tak leh blah.hehe

Sunday, July 20, 2014

Iftar Nasi Arab di Shah Alam

Masih lagi di Selangor.Hari ini selepas bersahur RA sambung tidur sampailah jam 10pagi.Lepak-lepak sampailah jam 2petang sebelum bersiap-siap ke Shah Alam.Rencananya nak ke Komplek PKNS tapi akhirnya ke Plaza Masalam.Tapi sebelum ke sana RA dan Abang Yunus singgah ke Restoran Nasi Arab yang terletak di perkarangan Masjid Sultan Sallahuddin untuk membuat tempahan berbuka puasa.

Tu dia Nasi Arab tempahan kami sudah tiba.Satu talam Nasi Mandy Ayam,satu talam lagi Nasi Mandy Kambing boleh makan 4orang.

Bila tengok je dah menyelerakan.Jam 6petang kami semua dah tercongok di perkarangan Masjid.Pergghhh cuaca memang agak panas hari ini,tekak memang amat kering dah tu berbuka kat KL lewat 10minit dari JB hehe.Punyalah dugaan hehe.

Apa lagi kalau dah sampai tak bergambar di hadapan masjid ini memang rugi.2sesi kami bergambar,satu sebelum berbuka dan satu lagi selepas berbuka.

Jam 730malam masa berbuka bagi Shah Alam tapi sebelum tiba waktunya kenalah bergambar lagi.Nasi Arab 2 talamm marriiiiii....Rami juga yang berbuka di sini termasuk murid murid dari sekolah tahfiz yang berkiamulail di masjid sejak dari semalam lagi. 

Ini adalah pertama kali RA merasa penangan Nasi Arab.Memang terbaik.Lepas nie balik mesti cari Nasi Arab di JB pulak.Lepas berkuma RA ke Puncak Alam menghatar pulang anak saudara abang Yunus pulang ke kolej.Malam itu jugak kami bersiap pulang ke JB,sebab kalau nak balik esok pagi takut tak larat mengantuk.Kenangan tahun ini di KL memang betul-betul menjanjikan dan satu pengalaman yang amat manis.Terima Kasih Kak Ros,Abang Mat dan keluarga yang turut serta bersama-sama kami.Buat tuan punya kereta dan rumah juga - Abang Yunus.


Saturday, July 19, 2014

Kemeriahan Jalan TAR & Masjid India

 Alhamdulillah RA selamat tiba di Petalang Jaya jam 1230Pagi tadi selepas bertolak dari JB jam 8Malam semalam.Selamat Pagi Petaling Jaya!!!! Inilah pemandangan Petaling Jaya dari tingkat 8 Park Regency 51 Apartment rumah abang Yunus.

Sahur jam 5pagi RA makan di salah sebuah gerai medan selera berdekatan sebelum menyambung tidur selat solat Subuh,maklumlah letih mengantuk memandu tak hilang lagi.Nak makan bungkus kat rumah memang bukan "style",kawan RA yang sorang tu..hehe.Sadar-sadar je dah pukul 12tengahari,habislah kurang pahala puasa RA.hehe.Rencananya petang ini nak jalan-jalan tengok bazar raya sambil membeli belah di Jalan Tun Razak (TAR) dan Jalan Masjid India.Jadi jam 130petang RA dan abang Yunus ke UITM Puncak Alam menjemput anak saudara dia untuk di bawa bersama nanti.


Cepat betul masa berlalu jam 3petang RA dah tersangut kat jalan nak masuk ke Jalan TAR.Maklumlah minggu terakhir puasa,semua orang nak berbelanja.Dapat tempat meletak kenderaan pun di bawah bangunan KWSP bersebelahan Sogo.Harga tempat letak kereta, mak aii mahal giler.Sejam pertama RM3.00 dan setiap jam berikutnya RM3.00.Tapi apa nak buat , setahun sekali je..hehe.Bila dah berada di Jalan TAR, RA dah mula teruja tengok deretan kedai-kedai baju,bazar dan umat manusia seramai tidak.Perghh meriah sungguh kat sini,lebih meriah dari kat Bazar Geylang Serai Singapura dan Bazar Plaza Angsana JB.

Pelbagai pakaian dari Baju kurung, Baju Melayu, Kurta,songkok,tudung,mercun,jubah dan macam-macam lagilah di jual dengan harga yang sangat-sangat murah.Tak percaya gie tengok gambar kat atas tu.Murah kan....Beli satu dapat percuma lagi.

 RA sempat membeli baju melayu di kedai ini,harga bajunya cekup berpatutan dan mempunyai corak yang begitu unik.Harga baju di atas ini dengan samping + seluar cuma RM150 sahaja...yea,..RM150.Nie kalau kat Plaza Angsana harga mesti dah cecah 2ratus lebih.Sekali ganda dari harga asal. 

 Yang ini pulak berharga RM100 jek dengan seluar dan samping yang cantik.

 Inilah antara aksi-aksi mencuba pakaian di dalam bazar.Nasib baiklah cuaca petang tadi sangat redup dan tidak panas.Kalau tidak mau pengsan RA.

 Meriahnya suasana di sini memang tak dapat di gambarkan.Rata-rata peniaga menegur pelangan yang lalu lalang di hadapan kedai mereka.Kalau lah peniaga-peniaga ini ada persatuan,apa kata buat Hari Raya Shopping Fair di PWTC, macam Travel Fair atau PC Fair tu.Memang 100% dapat sambutan di bawah satu bumbung dan tak berpanas atau berhujan.Pikir-pikirkan lah,untuk kebaikkan pelanggan dan peniaga jugak kan...hehe.RA bagi pendapat jek kalau nak dengar. 

 Jam 6petang kami terserempak dengan kedai makan mamak di "Semua House".Memandangkan orang masih tak ramai,kami masuk dan amik tempat duduk."Nanti kalau lambut orang dah ramai" , kata Abang Mat.Bila tengok meja sebelah ada sorang India makan Nasi Briyani,selera RA dan Abang Mat terus terbuka.Kami memilih Nasi Briyani untuk berbuka malam ini.

Tuu dia menu-menu makan berbuka kami tadi.Yang dalam lidi tu ayam dan daging yang di masak ala BBQ.Harga secucuk untuk ayam RM5 & RM6 untuk daging.Yang tu takde jual kat kedai mamak nie.Yang tu RA beli kat Bazar dekat dengan baju-baju.Mee Goreng Mamak abang Yunus yang punya dan Roti Nan Kak Ros yang punya.

Ingatkan nak sambung lagi membelibelah,tapi bila kaki RA mula sakit dan tengok tsunami manusia di waktu malam melebihi waktu siang RA dan yang lain-lain mengambil keputusan untuk keluar dari kawasan ini dan singgah minum di kedai Pelita sebelah KLCC.Jalan raya KL sesak di mana-mana sahaja pelusuk malam ini.Jam 1130malam kami pulang dan tiba di rumah jam 1pagi. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget