Friday, May 30, 2014

Luaskan Kuasamu Johor

HARIMAU SELATAN VS SKUAD TOK GAJAH

 Banyak kali kedengaran ayat kat atas tu kan.Sesejak TMJ mengambil alih skuad bola sepak Johor semangat peminat bola Negeri Johor mula membara.Malam semalam RA berkesempatan menonton aksi bola sepak perlawanan suku akhir antara Johor dengan Pahang di Restoran R&R Bistro berhampiran kondo Lagenda Tasek,kawasan berhampiran Tasek Utara.Perlawanan bermula jam 845malam tetapi keriuhan jelas kedengaran di restoran ini.

 Semakin ramai yang datang menyinggah untuk menyaksikan perlawanan ini.RA bersama bekas rakan-rakan sekolah dah pun membuat tempahan awal di sini.Meja kitaorang betul-betul terletak di hadapan skrin besar.Perlawanan belum bermula tapi "selfie" mesti ada...Macam-macam aksi dapat di lihat pada malam tersebut.

Begitu tekun menyaksikan perlawanan dan menunggu jaringan gol keramat dari pemain-pemain Johor,tetapi akhirnya kencundang di tangan Pahang hasil jaringan tunggal mereka pada minit-minit 15minit terakhir.Walaupun pasukan kami kalah,kami tetap dapat menerima kekalahan ini dan berdoa agar beroleh kemenangan di perlawanan yang lain.

Membawa hati yang lara kami semua meneruskan aktivit mengeteh ke Singgah Selalu pulak.Bukan apa saja nak gembirakan hati mendengar persembahan band secara langsung di sini.Pak Din sekeluarga pulak nak bercuti masuk ke Singapura tengah malam nanti.Jadi mengisi perut dulu sebelum masuk yea.

Mentang-mentanglah kasut boot ini untuk perempuan je,bergambar sakan lah yea akak-akak zaman sekarang ini dok tayang kasut boot baru mereka.Ini semua hasil emport-export di Mijot yang membawanya.
Bila hari makin larut dan mata pun mulai mengantuk,RA meminta diri untuk pulang ke rumah.Apa pun buat pasukan Harimau Selatan , kami bersamamu & Luaskan Kuasa MU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget