Sunday, May 11, 2014

Kenangan Studio Jalan Ampas

STUDIO JALAN AMPAS 
BERWAJAH BARU !!!

 Siapa yang tidak kenal dengan Studio Jalan Ampas.Studio yang banyak melahirkan ramai pelakon dan filem Melayu sekitar 60 & 70an.Filem Seniman Bujang Lapuk banyak di lakonkan di sini.Kini setelah hampir setengah abad bangunan lama ini masih ampuh di sini.Ia telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan apa yang RA paparkan di sini adalah wajah terbaru Studio Jalan Ampas.

 Barangan antik ini bukan milik Show tapi adalah hasil simpanan Wak Joe dan rakan-rakan.Sejak dua tahun lepas Wak Joe telah menetap dan menjaga kawasan ini agar ianya tidak terbengkalai seperti tahun 1990an dahulu.

 Beginilah keadaannya Studio Jalan Ampas pada sekitar tahun 90 dan awal 2000.Amat terbengkalai dan tidak terurus.

Dan ini adalah wajah terbaru yang setelah di ubah suai dan di kemas oleh pekerja-pekerja Show Brothers yang ingin melihat bangunan ini menjadi salah satu warisan untuk di lihat oleh anak cucu mereka.

Bezanya Studio Jalan Ampas sekitar zaman P.Ramlee dengan sekarang 2014.Bangunan studio yang di sebelah kanan telah pun di pecahkan dan di jadikan kawasan lapang.

 RA kerap juga membaca pelancong dari Malaysia ke sini.Jika anda bernasib baik dan Wak Joe ada di rumah semestinya anda akan di jemput masuk ke dalam kawasan ini.

 Pembangunan di sekitar kawasan studio lama ini menjadikan harga hartanahnya melambung tinggi.Lihat sahaja di belakang kawasan yang di bina pelbagai apartment dan kondominium.

Apa yang pasti Studio Jalan Ampas pasti mengamit kenangan kita kembali ke zaman kegemilangan filem P.Ramlee.Lawatan ke Studio Jalan Ampas adalah termasuk dalam pakej ke Singapura yang RA buat.Lawatan sehari ke Singapura hujung mingu (Sabtu & Ahad) = RM470 MPVLawatan sehari ke Singapura Hari biasa (Isnin - Jumaat) = RM 750 Van Persiaran Hubungi RA 0127709809

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget