Sunday, May 18, 2014

Ke Restoran Makanan Laut Saujana Lagi..

 Malam ini ada orang nak belanja RA makan,maklumlah bulan ini rezeki murah katernya.Mula-mula nak bawa ke Senibong,tapi bertukar rencananya ke Restoran Makanan Laut Saujana di Kampung Pendas Gelang Patah.Kami pergi berempat je,jadi makanan yang di pilih pun ala kadar sahaja.

 Antaranya Ikan Siakap masap steam nyonya , Ketam Bunga masak sambal (ingatkan nak belanja ketam Nipah hehe) , Sayur Kailan Ikan Masin , Kangkong Masak Balacan , Sotong Goreng Tepung , Telur Dadar dan Sup Tahu,

 Agak lama juga tak ke sini,terakhir pergi 2tahun lepas, sampai ingat-ingat lupa lokasinya.Bagi yang nak ke sini ikutlah laluan ke Link ke 2 kemudian masuk ke laluan masuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.Bila dah masuk laluan tu cari simpang ke Kampung Pendas.Ikut laluan tu sehinggalah melepas laluan terowong pendik  untuk melepasi Pelabuhan.Dari terowong tu selang 2km dah jumpa papan tanda restoran Saujana Seafood.

 Yang belum pernah ke sana,selamat mencuba,jangan tersesat cari RA pulak,tapi tanya lah orang-orang kampung kat sana yea.Makanan kat sini semuanya menjanjkan & harga Mampu bayar.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....