Sunday, April 20, 2014

USS Terjebak Lagi

 Untuk ke berapa kali RA ke sini lagi.Mana lagi kalau bukan Universal Studio Singapore.Tapi kali ini melayani adik-adik RA dari Port Dickson & Pasir Gudang.Mereka semua baru pertama kali ke sini,jadi kenalah bawa dan tunjuk-tunjuk kawasan nie.Haa tu dia awal-awal lagi dah bergambar dekat depan kedai Sesame Street.

Tempat pertama yang mesti di masuki ialah Transformer Rides,tapi kali ini RA lihat takdelah kena beratur lama macam dulu-dulu.Dalam masa 30minit je kami semua dah dapat naik kereta 4D.

Amboi sukalah tu dapat masuk sampai 2kali.Cantik seluar Shami? Beli kat mana? Kalau abang RA kurus nak jugak pakai suar macam tu.

Tempat di lawati seterusnya ialah Mummy Rides & Jurassic Park.Habis basah lecun baju si Haziq kena air kolam yang melimpah masuk dalam bot kami.Amboi Shahmi melamar Merlyn Monre yea.

Jam 1petang perut dah berbunyi dan makan tengahari kami di taja oleh USS dengan mengunakan kupon makanan yang dapat percuma sebab kami beli sebulan awal.Lawatan RA kali ini berkesempatan menonton perarakan berkumpulan yang menjadi acara penutup di USS.

Antara yang muncul siang tadi ialah Elmo & Sesame Street , Shrek & Puteri Fiona , Alex & kawan-kawan dari Madagaskar , Mummy & Scorpion King , Fairy GodMother ,Betty , Artis-artis dari Hollywood , Kru-kru dari Jurassic Park dan macam-macam lagi lah.

Empat wajah Optimus Prime yang muncul untuk sesi bergambar pada hari ini.Masa nie budak-budak yang ikut RA sibuk bergambar kat bandar New York & San Francisco.

Bila dah puas bergambar kami mencari tempat rehat yang paling dingin.Suhu di USS ketika itu sangatlah panas.Mana taknya tengahari hujan renyai-renyai,bila hujan berhenti dan suhu menguwap dengan cukup panas sekali.Tempat yang menjadi magsa ialah di dalam restoran Transformer.

Ok tengok perarakan pun sudah , main rides pun sudah , makan pun sudah jadi masa untuk pulang ke JB.Tapi sebelum pulang kenalah amik gambar kat depan pintu USS dan juga mercu tandanya.Kami bertolak pulang dengan bas jam 8malam dan selamat tiba di JB Sentral jam 845petang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget