Sunday, April 27, 2014

Urut Kaki pulak di Bazar Karat

 Dah puas bekerja dan kehulu-kehilir malam ini RA ke Pasar Karat mencuba urutan kaki di sini pulak.Sebenarnya memang tak rancang pun nak ke sini,tapi terjebaklah jugak.Mula-mula nampak iklan kain rentang jual minyak serai tetiba terasa nak mencuba pulak di urut,lagipun lutut kaki memang dah mula sakit sesejak balik Tanjung Pinang ari tu. 

Harga eik?? ooo harga yang diaorang tawarkan pada RA memang tidak boleh RA tolak.Urut kaki untuk setengah jam RM25 dan sejam RM45 sahaja (diskaun RM5 katernya).Mulanya nak amik setengah jam je,tapi dah alang-alang tu amik je lah sejam.

 Inilah dia nama syarikatnya.Dalam bahasa Melayu "Kumpulan geng reflexologi Johor".(yea yea betul ke tak ayat tu).Dengar-dengar diaorang ada 15orang pekerja sepenuh masa dan sambilan.Ada cawangan di Legoland dan Bandar Baru Uda lagi.

Adohai sepanjang sejam tu asik dok menahan sakit kena picit dan tergelak jek tak habis-habis.Inilah dia dua orang budak urut yang mengambil bahagian secara sambilan sebagai Geng Maharaja Lawak.Buat lawak tapi buat muka macam tak bersalah je kan.

Haa kalau kakak-kakak dan mak-mak nak cuba pun boleh datang ke sini sebab diaorang ada pekerja perempuan juga.Kedai diaorang kat mana? datang je kat Bazar Karat lepas tu cari panggung wayang tamil kat depan Jalan Wong Ah Fook tu.Bazar diaorang kat depan panggung wayang tu je.Cubalah...Amboi RA bagi promosi lagi nie ha....Maaf yea kualiti gambar kurang memberansangkan

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....