Sunday, April 13, 2014

Jelajah Rumpun Melayu Hari ke3

Pagi ini cuaca di Tanjung Pinang agak cerah,tidak seperti semalam.Aktiviti hari ini ialah aktiviti paling di sukai oleh kaum perempuan dan juga lelaki.Aktivit yang memang tidak lain dan tidak bukan ialah membeli belah sambil pusing-pusing keliling pasar/pekan Tanjung Pinang.Sekali pandang pekan ini teringat RA kat pekan Batu Lima Tampoi sekitar tahun 1980an dulu.Deretan kedai menjual pelbagai barangan basah dan kering.

Di satu sudut berhampiran hotel Tanjung Pinang terdapat deretan kedai-kedai yang menjual barangan tekstail ,kain , baju jubah , kurung dan macam-macam lagi.Harga kat sini kena pandai-pandai tawar,sebab kalau tak tawar nanti harganya sama je macam kat Malaysia.Menjanjikan juga barangan yang di jual di sini.Mau habis duit rupiah kalau tak kawal nafsu. 

 Rata-rata peniaga kain di sini pandai bercakap Melayu,ada tu memang orang Melayu Riau juga.Kalau nak beli telur penyu pun banyak di jual kat tepi-tepi jalan.10biji kalau tak silap RP10-20ribu.Ada yang sudah di rebus dan ada yang belum.Bila ditanya dapat kat mana , mereka jawap dapat di sekitar pulau-pulau Lingga. 

Ini jelah tangkapan yang dapat RA beli pagi tadi.Ini pun memenuhi pesanan kakak angkat RA,Kak Rovita yang nak kain biasa-biasa je katernya.4meter setengah = RM 60.RA kena bergegas pulang ke hotel dan berkemas untuk pulang sebab feri bertolak jam 1230tengahari.

 Yang ini pulak kain yang biasa-biasa jugak,tapi takde manik.Harga sama je macam kat Malaysia 4meter = RM40.Yang warna macam emas tu nampak macam kain Vietnam la pulak.

Barang dah beli jadi RA balik semula ke hotel dan kemas-kemas barang untuk berangkat pulang ke Johor Bahru.Oh yea selain kain-kain di atas,dapat juga RA membeli 2buku sejarah semasa di Pulau Penyengat.Satunya buku "Sejarah Di Pulau Penyengat" dan satu lagi buku "Gurindam 12 karya Raja Ali"

Masa di jeti sempat lagi penduduk di sini menjual ikan Kerapu Merah dan Udang kepada kawan-kawan rombongan.4ekor Ikan Kerapu Merah + Udang (anggaran 40ekor) dalam dua kotak di jual dengan harga RP$400,000 = RM120.Itu kalau mintak kurang boleh dapat murah lagi tu bang oiii.Baiklah Ikan dan udang pun dah dapat jadi kami menuju ke dalam terminal feri.Feri bergerak tepat jam 1230tengahari (130 petang waktu Malaysia).Sekali lagi mata terpukau melihat keindahan kepulauan-kepulauan kecil di sekitar Pulau Bintan dan Batam ini. 

Mee Pop perisa Ayam (mee segera) menjadi menu makan tengahari kami di dalam feri hehe.Bila agak-agak cuaca dah redup kami ke atas dek feri untuk bergambar ala-ala filem Titanic.Pelbagai aksi telah di pamirkan menunjukkan keceriaan untuk pulang.

Kenangan kali ini pasti di rakamkan untuk tatapan semua.Dan semestinya pakej baru dengan harga baru akan menyusul di dalam pakej Jalan-jalan ala RA.jadi tunggu.....

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....