Sunday, April 6, 2014

Angsana Malaysia persis Sakura

 Jika di Jepun & Korea ada pokok Sakura atau lebih di kenali dengan "Cherry Blossom",di Malaysia pula sekarang terkenal dengan Pokok Angsana yang tidak kurang hebatnya jika di bandingkan dengan Sakura.Pokok Angsana yang hanya berbunga dua kali setahun dan sekarang sedang berbunga lebat di jalan-jalan sekitar Malaysia.Lihat sahaja model budak lelaki dari Melaka di bawah pokok yang tengah berpura-pura membaca buku.Perasannya seperti dia berada di luar negara gitu.hehe.

RA tertarik dengan 2 warna yang keluar dari pokok Angsana tahun ini iaitu Putih dan Merah Jambu,tidak seperti pada tahun-tahun sebelumnya ia berwarna Kuning.Paling banyak RA dapat lihat di Taman Molek.Anda sendiri dapat merasai suasana seperti di Jepun atau Korea walaupun berada di negeri sendiri.

Gambar di atas ini di ambil dari sekitar Bandaraya Johor Bahru sementara gambar di bawah ini di sekitar Pandan,Taman Molek & Tampoi.

 Pokok Angsana ini jika di komersialkan dan di taman di dalam taman tapak rekriasi pasti boleh menjadi salah satu tarikkan kunjungan pelancong setiap tahun ke Malaysia seperti Sakura di Jepun & Korea.

  Tahun ini hampir setiap batang pokok Angsana mengeluarkan bunga,tidak seperti tahun-tahun yang dulu yang mana hanya sesetengah pokok sahaja yang berbunga.Faktor cuaca Malaysia tahun ini yang mengalami suhu sejuk & panas mungkin juga penyebab pokok-pokok Angsana ini berbunga lebat.Apa pun RA rasa sangat-sangat bertuah dapat menyaksikan keindahan Pokok Angsana atau lebih di kenali AngSakura Malaysia.  

1 comment:

Rovita said...

The view was great. ....musim bunga di Malaysia...wewewe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget