Sunday, March 9, 2014

Coconat Milk Shake Penghilang Dahaga

 Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan panas terik nie kalau pekena air batu campur atau Coconat Milk Shake bagus jugak kan?.Nasib baik tak payah jalan jauh sampai ke Melaka sebab kat JB pun banyak dah jual Coconat Milk Shake.

Macam petang tadi RA,Mamak,Pak Din & Eddy sekeluarga menyinggah lepak kat warong tepi susur Jalan Tun Abdul Razak 1/1 (yang mengadap belakang sekolah St Joseph tu).

 Warong ini terletak kat kawasan yang agak tinggi jugak lah.Dari belakang warong leh nampak tapak lama Flat Bukit Cagar dan Jalan Tebrau.RA tak makan pun kat sini sekadar membasah tekak dengan Coconat Milk Shake.Din pun nak balik ke KL semula selepas bercuti hujung minggu di JB menghadiri perasmian Padu Teguh S/B syarikat perusahaan Eddy.

 Tengoklah masing-masing sibuk main telefun bimbit.Kira agak lama jugalah melepak kat sini,dari jam 530petang sampai la Margrib baru balik umah.Amik angin udara yang kencang di sini katernya.Dok pun bual-bual hal tentang kapal terbang MAS yang hilang.Dah nama Jurnal perjalanankan,kena lah catat sikit.Nak kuar tengahari tak larat pulak cuaca panas nya pun adoyai...

1 comment:

Anonymous said...

Thp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget