Saturday, February 1, 2014

Selamat Tinggal London Selamat Datang Swiss

Selamat Tahun Baru Cina bagi rakan-rakan Cina yang membaca blog RA!! Hari ini ialah hari terakhir RA di London.Sekejap lagi RA akan ke Zurich jam 1.05petang.Jadi pagi ini RA amik sedikit masa untuk membeli belah di saat-saat akhir di Primark.Gedung membeli belah terkenal di kalangan pelancong.Di sini kebanyakkan barangan di jual dengan harga yang cukup murah dari serendah $2Pound ke $100pound.Sempat jugaklah RA beli 2 pasang kasut yang cukup cantik.Satu tu berharga $4pound = RM22 dan satu lagi berharga $12Pound = RM66.Tu RA tak tengok baju lagi,kalau tak ingat dunia abis satu kedai RA beli.Tiba dah pukul 845pagi.Jadi ada masa 1jam sahaja sebelum RA bergerak ke Lapangan Terbang Heathrow London.Nasib baik tiba tepat pada masanya walaupun saat itu cuak kalau-kalau kaunter daftar masuk dah tutup.

Alhamdulillah penerbangan British Airways 716 selamat tiba di Zurich pada jam 3.50petang.Keluar sahaja menghirup udara Switzerland,rakan RA Helmi sudah siap menunggu kehadiran RA.Kami ke stesen kereta api untuk ke rumah Helmi di Bern,salah satu bandar Warisan Dunia milik Switzerland.

Kereta api bergerak jam 5.13petang dari Zurich ke Bern teruja bila melihat deretan kereta api di platform-platform yang lain.Kereta api di sini 2tingkat yea dan tidak perlu melalui proses tempahan.Dengan mengunakan tiket Swiss Rail Pass yang RA beli di Malaysia sebelum tiba di sini ,RA boleh ke mana sahaja sesuka hati mengunakan perkhidmatan ini.

Perjalanan dari Zurich ke Bern mengambil masa 1jam sahaja mengunakan keretapi 2tingkat ini

Setiba di Bern Helmi singgah ke Pasaraya Migros,kalau kat Malaysia nie macam pasar Mydin lah gitu untuk membeli barangan untuk di masak nanti.Sempat lah juga RA singgah beli pelbagai coklat Swiss yang murah di sini.

Ok dah sampai pun kat rumah dia.Ini pandangan dari jendela studio apartment umah si Helmi nie.Pagi tadi salji turun katernya.Waktu tiba kat rumah hari pun dah nak malam.Tunggu lah Helmi masak lauk untuk makan malam.Menu makanan laut katernya.Tak sampat pulak RA nak tangkap gambar sebab dah penat sangat.Lepas makan semua membuta...jumpa esok...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget