Thursday, January 30, 2014

London aku datang !!

Cepat betul masa berlalu dan hari ini adalah hari terakhir RA di Paris.Memandangkan RA mempunyai masa hingga jam 1243tengahhari,maka pagi selepas bersarapan RA melayan kehendak rakan-rakan blog RA ke LaFayatte Mall.Gedung membeli belah terbesar di Paris milik ayah Dodi Al Fayed kedua selepas Harrods di London.Di buka pada jam 9Pagi tapi RA dah tiba di pintu hadapannya seawal jam 830pagi.Di sini menjual pelbagai barangan mewah dari minyak wangi hinggalah barangan elektronik.Ok tak mampu nak beli,jadi "window shopping" jelah.

 Jam 1030pagi RA daftar keluar hotel kemudian menuju ke Stesen Metro "Gare Du Nord" melalui "Gare De'lEst" untuk ke platform "Eurostar",keretapi paling laju di Europah.Tapi sebelum masuk ke dalam kenalah isi kad putih iaitu kad kemasukkan ke London.Setelah melalui pintu masuk , Immigasi dan kastam barulah RA ke platform Eurostar yang sudah lama menunggu kami. 

Haa beginilah kaedahnya ruangan dalam keretapi paling laju ini.Yang lapar dan nak minum tu bolehlah ke gerabak paling hadapan untuk membeli secangkir kopi ataupun sebungkus roti.

Dengan kelajuan 300km sejam ianya  mengambil masa 2jam 17minit sahaja untuk tiba di London.Dan inilah rupanya keretapi yang terlaju itu.

Ding Dong jam 2petang RA tiba di stesen Eurostar London iaitu "King Cross".Bila tiba je di stesen ini tetiba je wifi RA berbunyi.Apa lagi macam orang jakunlah bila dapat wifi percuma.Kami semua duduk di kerusi rehat yang di sediakan di tepi pejalan kaki stesen untuk menghubungi rakan dan saudara mara di Malaysia.Maklumlah hotel kat Paris kalau nak wifi kena bayar.Amik masa 45minit jugaklah nak membalas mesaj di Whatapps & Wechat RA.

 Perjalanan di teruskan ke tempat penginapan RA di Bayswater Inn Hotel.Haa inilah dia kawasan di sekitar hotel RA.Hotel RA terletak berhampiran stesen Tube Bayswater.Kalau di Paris Keretaapinya bernama Metro,di London pulak keretaapinya bernama Tube.Rupanya di London tak ada pas sehari,semua destinasi hendaklah di bayar dengan mengunakan kad Oyster (kad tambang diskaun) atau kad sementara.

Ok dah tahu prosedurnya? Malam ini bolehlah membeli belah di Harrods,gedung membeli belah paling terkenal di London.Cuaca di London ketika ini 3'C dan di sebabkan berangin dan kadang kala hujan renyai-renyai, kesejukkannya memang amat terasa.

RA ke tingkat 4 gedung ini dan adalah terjumpa beberapa rakyat Malaysia termasuk pelajar luar negara yang datang bercuti di sini.Tapi semua buat hal masing-masing dan buat-buat tak kenal je.Amboi sombungnya orang Malaysia bila bercuti di luar negara yea.Malu sangat ke nak balas teguran RA tu.Takpe lah Pingan tak retak Nasi pun tak dingin...wah berkias-kias lak RA nie hehehe.RA sempatlah jugak menyambar dua bag untuk di bawa pulang ke Malaysia.Bag kulit perempuan tu berharga $40Pound dan Bag Lelaki tu pulak $45Pound.Takpelah guna kredit kad dulu lah yea.

Inilah rupanya sebahagian ruangan dalaman gedung membeli belah Harrods.Makan malam RA hari ini adalah di salah sebuah restoran halal milik warga Arab di sekitar station Tube Bayswater.RA makan Nasi Beryani lagi lah.Harga $8.90pound.(tak yah nak tukar ke duit Malaysia lah,kang nanti tak makan pulak).Oklah selamat Malam....Jumpa esok pulak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget