Tuesday, December 31, 2013

Selamat tinggal 2013

Dalam beberapa jam sahaja lagi tahun 2013 akan meninggalkan kita.Sesungguhnya tahun ini adalah tahun paling manis buat RA.Tahun ini RA banyak dapat kenalan baru,berjumpa kawan-kawan sekolah lama dan menghabiskan aktiviti makan-makan bersama.RA bersyukur di kelilingi oleh rakan-rakan yang memahami.Tahun ini jugak menyaksikan RA ke pelbagai destinasi dan walaupun tidaklah sejauh mana,tapi di setiap destinasi yang RA lawati meninggalkan satu kenangan manis yang sukar di lupakan.Ujian demi ujian , masalah demi masalah juga datang bertimpa-timpa tetapi RA bersyukur dapat menhadapinya dengan tenang dan seterusnya keluar dari permasalahan itu.

 

RA juga mengucapkan terima kasih buat semua pembaca blog RA,para pelanggan atau lebih RA anggap seperti saudara RA sendiri kerana sudi mengikuti pakej-pakej lawatan yang RA telah anjurkan.Bagi yang mengikuti JALAN-JALAN NAK MAKAN dan ingin tahu ke mana lagi restoran dan tempat makan yang RA akan pergi boleh terus mengikuti nya pada tahun hadapan ke tempat-tempat makan yang lebih gempak.


RA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2014


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget