Sunday, November 24, 2013

Melaka,Port Dickson aku datang!!

 Bertemu kembali...Tapi kali ini RA berada di Melaka & Port Dickson menghabiskan cuti hujung minggi RA di sini.Asalnya nak ke PD dulu baru ke Melaka,tetapi rancangan di tukar pada saat-saat akhir.RA dan Abe Yunus ke Melaka menemui sahabat sekolah lamanya di Taman Bukit Rambai.Dalam suasana hujan renyai-renyai kami bertolak dari JB jam 10pagi.

Jam 1230tengah hari sampai di Taman Bukit Rambai.Memandangkan Taman ini berdekatan dengan Tanjung Kling kami nak bersantai-santai lah katanya di tepi pantai.Makan tengahari kami di taja sepenuhnya oleh Abang Samsuddin.Terima kasih Abang Sudin (ala-ala buat suara Si Ayu -Bujang Lapuk tu).5ekor ikan caru bakar + 1 ekor Ikan keli, Asam Pedas Ikan pari 1 ketul (perrghh sedap giler asam pedas ini), 1ketul bahagian ekor Caru masak lomak cili api.Ulam-ulam+ Air semuanya RM80.00 yang di beli di Medan Selera Tanjung Kling dan kemudiannya di bawa ke Pantai untuk makan di sana.Kenyang sekenyangnya nak nak bila makan kat tepi laut di tiup angin pantai.Menjanjikan tul.RA berani cakap asam pedas ikan pari dari gerai tu memang terbaik setakat ini.Lawatan di teruskan ke Pantai Klebang untuk menikmati "Klebang Coconat Shake" (pasti singgah tiap kali RA ke Melaka).Dari ini kami melalui perjalanan menerusi tepi pantai untuk ke PD.Singgah sebentar di Pantai Klebang yang sudah di tambak bagi menyaksikan kapal selam lama yang sekarang di tayangkan kepada umum di sini.Kat sini juga RA dapati terlalu banyak bas-bas lama yang tersadai di tepi pantai.Rupanya ini adalah salah satu lagi projek kerajaan Negeri Melaka menbuat hotel penginapan mengunakan bas-bas lama ini.(ala caravan).Bagus kan Idea ini kalau di JB pun ada.

 Jam 530petang selamat tiba di Pantai Teluk Kemang Port Dickson dan pastinya akan singgah ke Jeti yang sudah di naiktaraf ini.kali terakhir RA di sini bersama Helmi dan adik-adiknya.

 Ia menghubungkan sebuah pulau yang kecil di seberang.Jika air laut surut kita boleh berjalan kaki di bawah jambatan di Jeti ini.Tengok tu dah tak larat nak bergambar jadi amik gambar duduk sahaja lah gamaknya.

Jambatan yang menghubungkan pulau ini dengan pantai Teluk Kemang.

  Haa inilah pemandangan di pulau kecil yang terletak di tengah laut tu.Pulau Paya Bakau bagi burung-burung menghinggap.

Jam 630petang RA ke rumah Pakcik Jaafar,rumah keluarga si Helmi , kawan baik RA.Nak melawat pakcik Jaafar yang baru sahaja keluar dari wad kerana kekurangan darah.Pada masa yang sama mengambil kunci hotel.Malam ini RA akan bermalam di Gloria Beach Resort.Apartment 2bilik RM180 semalam.Di sebab kan seharian berjalan malam itu RA hanya bersantai-santai di apartment sahaja.

 

Pagi lepas solat subuh RA sambung tidur semula.Sadar-sadar je dah pukul 830pagi.Perut dah mula meragam lapar,jadi RA dna Abang Yunus mencari lah sarapan di gerai-gerai yang berhampiran.Jumpa sahaja terus pesan makanan 1 Roti canai kosong + 1 Roti Canai Telur.Abang Yunus Nasi Lemak paru dan telur + Teh O suam + Teh Tarik.Jumah RM10.50 (macam mahal jer-gelak yea Abang Yunus)

 

Tak puas berjalan semalam pagi ini kami ke Pekan Port Dickson,melihat pembangunan yang cepat berkembang di PD Waterpark.Tapi sebelum ke sini ternampak satu Kafe yang menjanjikan.Singgah minum dan sempat memesan makanan di atas ini.Inilah French Toast katernya.Tapi pada RA ianya lebih kepada roti gorang telur.Menjanjikan sangat-sangat.

 PD Waterfront yang masih lagi dalam pembinaan.Separuh daripada lot-lot kedai telah pun di buka.Termasuklah Restoran Mcdonald,StarBuck (ada pandulaju lagi ok) dan deretan hotel-hotel butik serta bar-bar.Pemandangan mengandap laut yang pasti menjanjikan para pengunjung ke sini.

Pemandangan seperti ini memang susah nak jumpa kat JB.hehe

 Balik je dari Pekan PD,RA ke apartment tengok dari atas sikitlah punya umat mandi kat kolam renang Resort ini.Ini pemandangan dari balkoni apartment yang RA sewa.

Resort ini juga ada membuat kolam bagi pemuliharaan Penyu.Ada lebih kurang 10ekor penyu di bela di sini.Waktu RA ambik gambar ini adalah waktu makan mereka.Penyu belimbing katernya.

Jam 12tengah hari RA dan Abang Yunus daftar keluar dan pulang ke Johor Bahru mengunakan laluan lebuh raya Utara Selatan.

Sunday, November 17, 2013

JJNM : Wadihana Islamic SteakHouse


 J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN 

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE 

- BANDAR BARU UDA -

 Assalamuaikum & Hai kepada semua pembaca yang suka cari kedai-kedai makan,Kita lupakan dulu kisah pasal CRISTINE PALACE A.K.A Villa Nabila yang dok kecoh sana sini tu.RA malas nak buat liputan pasal kes tu,sebab cerita pasal villa tu dah banyak yang RA dengar sejak umur 11tahun lagi.Kalau dulu masa villa tu mula-mula kena sita oleh bank,RA selalu gak mandi bilas badan kat kolam kecik depan villa tu lepas mandi kat Lido.Apapun RA singgah ke restoran ini selepas pulang dari membawa pembaca blog yang mengambil pakej RA ke Singapura.Jam 830malam RA dah pun tiba di sini.

 Lot kedai baru paling hujung belakang Jakel Bandar Baru Uda.Kawasan ini tak lama lagi penuh lah dengan pelbagai kedai di sekelilingnya.Menu di sini kebanyakkannya menu barat dan di hidangkan dalam bentuk yang halal terutama daging steak.Nancho,Pizza, Spegetti , burger , sandwich, daging steak hinggakan Menu Udang Kara pun ada.

 RA dah lama tak makan Sirloin Steak,jadi malam tu RA lepas dendam makan menu ini.Muka memang tak leh blah masa si Azie amik,yelah penat berkerja masuk bawak orang ke Singapura dari siang tadi tak hilang.

 Barisan pelakon-pelakon tambahan yang hadir pada malam itu.Model iklan Jam tangan pun ada tu haa duduk paling tengah sekali tu.(saja takmo cakap nama dia).Orang Putrajaya pun datang singgah makan di sini sebelum pulang ke sana nanti.

 Maaf lah RA tak dapat duduk lama,badan dah letih sangat dan mata pulak dah layu.Entah kenapa balik dari keja ari ini letih sangat.Faktor usia ke? oppsss tidakkk masih bertenaga nie hehe.Secara keseluruhan RA dapat katakan makanan kat sini RA bagi 4bintang sahaja.Harga masih lagi pada tahap yang sedikit mahal tapi berpatutan.Dengan harga dan makanan yang RA dapat,pemilik restoran ini kena buat konsep berhawa dingin untuk menjaga jenama agar nampak berada di kelasnya yang tersendiri.

Apapun selamat mencuba buat mereka yang ingin merasa makanan di sini.Silakan mampir

Sunday, November 10, 2013

JJNM : IMANO'S CAFE PLAZA ANGSANA

JALAN JALAN NAK MAKAN  (JJNM) :

IMANO'S CAFE - PLAZA ANGSANA

 Wah berkeudara kita kali ini dalam rancangan "JALAN-JALAN NAK MAKAN".Kali ini RA bersama pelakon-pelakon tambahan RA telah menyinggah makan malam merangkap makan tengahari di Kafe Imano's yang terletak di tingkat 2 Plaza Angsana.Ala Kafe ini betul betul mengadap tangga bergerak utama Plaza Angsana.Inilah menu-menu utama pilihan kami semua. Ada Chicken Cop,Ikan Salmon goreng kuah lada hitam (saja je takmo cakap nama englishnya),Nasi Ayam Penyet,daging kayu.Lasania dan Ubi Rebus.Jika malu nak makan dengan Nasi ayam penyet dan ubi rebus sebab takde kelas,anda leh pilih untuk duduk kat meja hadapan dekat dengan kaunter bayaran yea.hehe.Kafe kepunyaan kakak pada adik ipar Ozie katernya

Ini menu utama yang ada dalam kafe ini.Laksa Johor pun ada okkay.Makanan Melayu pun dah antarabangsa tau.Heykau hado jang??

Walaupun Imano's ini kafe tidak se-gah Dome KLCC...makanan-makanan kat sini memang menjanjikan dan setanding dengan yang di Dome yea.Nak datang makan kat sini pakai pakaian yang biasa-biasa pun ok,tak perlu bergaya sangat.Ada seluar panjang sukan dan guna selipar pun boleh je.Janji selesa kan...(katernya).Harga di sini berpatutan dengan menu pilihan yang RA makan.Cuma di sini di kenakan cukai perkhidmatan sebanyak 10%.Tahun depan bila GST di kuat kuasakan kita tak payahlah bayar 10% lagi,cukup dengan 6% sahaja.

Keceriaan petang itu RA sajikan dengan gambar-gambar ceria dari RA dan pelakon-pelakon tambahan blog RA iaitu Ozie,Olie,Syahadah,Mork,Yunus dan juga Sofea.Penuh yea meja dengan makanan.

Pada hari itu juga di Plaza Angsana di adakan pamiran dan pertandingan pengantin dan ini adalah pentas utama kucing berjalan (cat walk) pada hari tu.Siap ada model yang jatuh tergolak kat tangga pentas tu lagi.Maklumlah pakai baju ketat.

Tuesday, November 5, 2013

JJNM : Restoran Absolute Thai - JPO

Jalan-Jalan Nak Makan dan membeli belah :

RESTORAN ABSOLUTE THAI & Johor Premium Outlet

Hari inikan hari cuti bersempena Maal Hijrah.Jadi rencana malam semalam dari informasi yang di beritahu oleh abang Mork ada jualan murah di Johor Premium Outlet.Bertolaklah kami segerombolan askar menaiki Toyota Inova Kak Rovita pagi itu ke JPO.Sampai je terus cari kedai Padini.Biasalah budget kita-kita kan- takkan nak masuk kedai MK,sebab barang-barang kat butik MK kita beli online je (katernya - sebab murah).Amboi makin debabnya badan RA dalam gambar ini.

Opppss,amik gambar pintu depan JPO yang terhadang dik tiang tingkap kereta.

Dah berhabis duit membeli pakaian,masa untuk makan pulak.Kali ini RA ke Restoran Absolute Thai yang berada di tingkat dua JPO.RA nak cuba makan kari hijau dia dengan nasi putih.Si Azie pilih kangkong masak belacan,ayam goreng pandan dan Nasi daging paprik.Kak Rovita Nasi Goreng seafood, dan sotong goreng.Clady pulak tomyam meehoon.Memang terangkat dan sedap makanan di sini.Harga pun boleh tahan mahal jugak.Kalau sesekali nak manjakan diri bolehlah,tapi tak leh selalu,memang sah gulung tikar nanti.

Sempatlah juga RA membeli 2helai seluar dan kami berkongsi hadiah membeli mintak wangi Victoria Secret sebagai hadiah ulang tahun Lyn.Ada orang tu katanya tak mau membeli belah,tapi bila dah nampak RA dan yang lain-lain membeli dia pun nak jugak.Dah jadi hari "shopping" sedunia pulak


Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435 semua

Waktu Margrib jam 652malam hari ini adalah hari terahkir tahun 1434hijrah.Alhamdulillah RA selamat tiba di Masjid Sultan Abu Bakar jam 640petang sebelum doa akhir tahun di baca dan di aminkan bersama-sama Baginda Sultan Ibrahim Sultan Negeri Johor dan Jajahan takluknya,ahli keluarganya dan kami-kami semua rakyat negeri Johor.Selepas menunaikan solat berjemaah bersama,doa awal tahun pun di baca.Majlis di teruskan dengan solat Hajat berjemaah di susuli bacaan Yassin dan zikir.

  Alhamdulillah dapat berkat dari majlis maal Hijrah kali ini.Naskah Yassin edisi Maal Hijrah 1435 ini di berikan secara percuma pada setiap jemaah yang hadir di Masjid Sultan Abu Bakar.Selesai bersolat Isyak kami semua ke dewan makan di luar masjid untuk makan malam.Menu di hidangkan oleh katering yang di tempah dari Bandar Baru Uda.Sedap betul daging masak kurma yang di hidangkan.Di sebabkan majlis makan bersama jemaah-jemaah masjid yang tidak RA kenali maka tak dapatlah RA nak amil gambar hehe.Apapun Salam Maal Hijrah 1435 buat semua pembaca blog RA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget