Sunday, October 13, 2013

Terminal Feri Puteri Harbour

 Terminal Pelabuhan Feri Puteri Harbour yang baru sahaja di bukak tapi RA baru berkesempatan ke sini hari ini.Besar dan cantik tempatnya.Tapi sayang,kidmat feri ke Batam telah di tamatkan operasinya dan hanya mula beroperasi semula pada 1 November2013 nanti.

 

Persis lapangan terbang pulak dah tempat ini.Luas dan selesa.

Sekali pandang tak rasa macam kat terminal feri pulak.Ada skrin TV yang besar dan jadual perjalanan feri.Kurangnya pengangkutan awam dan jauh dari bandaraya Johor Bahru menjadikan tempat ini sunyi.Buat sementara perjalanan Feri dari sini ke Batam dan ke Singapura hanya akan beroperasi sepenuhnya pada 1November13.

Di harap tempat ini akan popular dan setanding dengan yang di Stulang Laut.Mungkin pihak pengurusan kena menyediakan pengangkutan awam yang lebih kerap ke sini.

Jambatan Link ke2 yang dapat di lihat dari luar Terminal Feri ini.Perjalanan ke Singapura paling hampir sekali cuma mengambil masa sejam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget