Friday, October 25, 2013

JJNM : Kafe Mariners Pasar Karat

JALAN - JALAN NAK MAKAN (J.J.N.M) : KAFE MARINERS

Ini kali ke dua RA ke sini.Tapi kali nie nak makan lebih sikit,sebab datang semata-mata untuk makan malam.Nak tahu kat mana kafe nie? senang je kat Pasar Karat je.Cuma perlu letak kereta di hadapan pejabat pos bersebelahan Bank HSBC,kemudian jalan kaki tak sampai 5minit ke deretan rumah kedai dari depan HSBC tu.Kafe ini paling hujung dari deretan Bank Islam.

"Sirlon Stick"menjadi pilian RA,pilihan Azie "Chicken Chop".Pilihan Abang Mork "Lamb Chop" ber sama "Onion Ring".Harga kat sini memang berpatutan dan sesuai bagi yang mahukan suasana yang santai dan kozi.

 Kerusi yang kami duduk pun mengunakan kerusi lama kapal terbang.Klasik sangat kan.haha.Bolehlah,sebab RA suka dekorasi di kafe ini,macam dalam drama bersiri "Friends".

 Sempat lah juga berpelesiran dan bergambar di sudut-sudut kafe yang menarik perhatian RA.Nak guna kamera sendiri tak berapa cantik sangat,jadi kamera Azie dan Abang Mork lah yang jadi mangsa.

Pesanan RA kalau nak ke sini , kena datang awal sebab kalau lambat attau kalau hujung minggu memang susah nak dapat tempat letak kereta,maklumlah Pasar Karat menjadi tumpuan pengunjung berlibur di hujung minggu.Makanan kat sini jangan risau,memang menjanjikan.Wah promosi nampak?? untung lah tuan kafe ini dapat promosi percuma dari RA kan hahaha...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget