Sunday, September 15, 2013

Makan Muai di Rumah Eddy

 Bersempena cuti-cuti Malaysia,rakan-rakan sekolah lama RA merancang mengadakan majlis "PotLuck" di rumah Eddy tokeh kedai hehe.Majlis yang pada awalnya jam 10malam telah di tukar ke jam 8malam atas sebab-sebab yang tertentu (katernya).Apa pun menu utama iaitu Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah siap sepenuhnya jam 9malam saat Malaysia menjaringkan 1-0 menentang Myanmar tadi.Sebenarnya RA baru balik bawak orang jalan-jalan ke Singapura siang tadi,tapi sampai kat JB dah malam di sebabkan kesesakkan teruk di Jambatan link ke 2 semasa nak balik.

 Inilah dia menu-menu utama malam tadi.Antara juadahnya bernama seperti berikut :

Piza Beli Kedai Baru

Nasi Lemak Ayam Goreng menjanjikan

 Ikan Goreng tempe masak tauchu

Murtabak Daging beli 

Pulut Kuning sedap makan macam tu jek

Jagong Bakar Warong Tepi Jalan

Aiskrem Yogurt

Air Jus Epple

Makanan malam tadi boleh tahan banyak jugak.RA dah makan 2pinggan Nasi Lemak terus dah tak larat nak tambah lagi.Ruang halaman rumah baru Eddie sangat besar jadi kami lebih selesa makan di luar halamannya dari di dalam rumah.Kira ala-ala macam mengeteh kat kedai mamak katernya. 

Sambil-sambil menunggu ketibaan dif dif yang lambat sampai,sesi bergosip sambil makan perlahan-perlahan dan membuka kain-kain untuk jualan telah di lancarkan dengan jayanya malam itu.Anak si Jacklah yang menjadi jurukamera mengambil gambar-gambar kami nie semua.

 Si Azmi yang ada kat dalam rumah tu tengah syok tonton Piala Merdeka kat TV9.Nasib baiklah ada main kat tv siaran tidak berbayar,kalau buat kat TV berbayar memang tak dapat tengok lah gamaknya.

 Jam 12 tengah malam RA terpaksa meminta diri kenapa yang lain-lain untuk pulang ke rumah.Maklumlah badan dah berlekit-lekit dengan peluh sejak siang tadi.Sebelum balik acara bergambo beramai-ramai tetap menjadi pilihan dalam blog ini.

Dengan berlatar belakang kan hotel RM40 semalam huhu kami larung je lah amik gambar.Menurut cerita karut dari Jack ada seorang wanita mencari hotel yang paling murah di JB.Jadi si Eddy dengan bermurah hari mempersilakan bilik di belakang rumahnya untuk di jadikan penginapan ala TV 40inci...hehe.Sejauh mana kebenaran kisah itu hanya mereka-mereka yang berkenaan sahaja yang tahu.RA nak tidur daaa....Terima kasih yea tuan rumah yang menyediakan rumah anda untuk mengadakan jamuan ini dan tak lupa pada mereka-mereka yang bersusah payah memasak di dapur bersama-sama.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget