Sunday, September 8, 2013

Lagi Cebisan Syawal

Cebisan-cebisan cerita ini adalah yang tidak sempat di masukkan pada blog-blog yang lepas.Tapi apa pun RA berterima kasih kepada semua rakan-rakan RA yang sudi menerima kunjungan berhari raya sampaikan ada yang terlalu sibuk hinggakan terpaksa membuat jamuan dan perjumpaan di awal bulan Zulkaedah pulak.

Terima kasih kepada Tuan rumah Salina,suami dan keluarganya yang menerima kunjungan RA dan rakan-rakan di malam hari.Menjamu kami dengan Nasi Ayam Istimewanya.

Juga buat abang-abang & kakak RA juga yang menjemput kami adik beradik beraya di rumahnya.Menjamu dengan makanan Soto,Pizza Domino's,Mee Goreng dan Nasi lauk sambal telur puyuh.

Buat Aidil sekeluarga yang menjemput kami semua warga sekolah rendah ke rumahnya selepas bermaharban,di ucapkan juga terima kasih yang tidak terhingga.Banyak dan pelbagai makanan dia jamu RA dan rakan-rakan.Tapi perut RA tak leh makan banyak sangat sebab baru pulang dari beraya 2 rumah.

Buat Iwan yang ikhlas menjamu kami di malam minggu walaupun Syawal sudah 2hari berlalu.Majlis itu menjadi majlis kenduri dan perjumpaan kawan-kawan lama katernya.

Di sini kami semua di jamu dengan nasi ayam masak merah dan daging rendang yang sungguh menjanjikan.Walaupun ada yang tersesat tak jumpa jalan tapi kami semua akhirnya tiba juga di rumahnya sebelum hujan turun.

Terima Kasih daun keladi,tahun hadapan berjumpa lagi.Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas dan keluarga kan...Moga Syawal yang di rai ini akan dapat di raikan lagi pada tahun hadapan.Buat rakan-rakan yang tidak sempat RA datang bertandang berhari raya,RA mintak maaf di atas kesibukkan dan tugasan yang lain.Moga di tahun yang akan datang InsyaAllah RA akan lapangkan masa.Nampaknya lepas ini dah tak adalah jemputan rumah terbuka lagi.Jadi semua masa untuk mengempiskan perutttttt...hehehe

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....