Saturday, September 7, 2013

Country Garden di Danga Bay


Akhirnya hari ini dapat juga RA ke sini.Sejak perasmiannya di buka bulan lepas RA tak berkesempatan lagi masuk ke dalam kawasan ini hanya lalu di luar sahaja.

Apa yang dapat RA katakan RA kagum dengan pembangunan di Teluk Danga di bahagian tengah ini.Kawasan tambakkan pasir yang di bangunkan untuk menjadi Kondominium Mewah bertaraf 5bintang beserta deretan marina,kedai makan dan komplek membeli belah ini kini menjadi mercu tanda Bandaraya Johor Bahru.

Sebahagian daripada kawasan ini akan di bangunkan menjadi marina terbaik di Johor Bahru dengan berlatar belakangkan kondo-kondo mewah dan Selat Johor.Cukup mempersonakan dan harga seunit kondo di sini juga cukup menjanjikan.

 

 Kat sini ada pantai buatan dan kolam renang untuk orang dewasa dengan kanak-kanak.

 Sambil-sambil tu rehat lah kejap kat depan rumah contoh.Bukan selalu dapat rehat kat buai macam ini.Ada orang tu nak naik buai bukan nak duduk kat buai katernya.

 Memang RA suka tempat ini.Kalau RA ada duit banyak mesti dah beli seunit kondo di sini.Tapi apakan daya harga seunit kondo je dah hampir mencecah satu juta ringgit.

 Paling suka tengok pokok-pokok kaktus yang ada kat sini.Gemuk-gemuk dan cantik.Kalau dapat bawak balik dah amik dah.Pak kal jek.

 Taman-taman di sini di hiasi dengan patung yang comel-comel belaka.Telefun UK pun ada,pendik kata macam-macam ada.

 Banyak gambar yang RA amik di sini,Ada lebih kurang 50keping kesemuanya.Gambar-gambar yang lain tu RA letak kat dalam Facebook.Yang di Blog hanya yang terbaik untuk tatapan anda semua.

 Paling suka tengok ukiran itik dan beberapan patung buatan berupa hidupan laut di sini.Terasa macam di luar negara pulak.Ini esok-esok ramailah bakal-bakal pengantin yang masuk dan nak buat pengembaran album perkahwinan di sini.Nasib baik lah RA masuk awal pagi,masa orang tak ramai lagi.Kalau masuk petang memang kena letak kereta tepi jalan la gammaknya.

 

 Rasanya kalau amik gambar waktu malam lagi cantik kot.Tapi tak kuasalah RA nak berkuyun-kuyun dan sesak untuk mencari tempat letak kereta nanti.

Tengok tu ketam gergasi pun ada,nanti boleh tangkap buat masak cili yea.

 Kalau lapar dan nak makan steak,di sini ada restoran steak terbaik.Halal atau tidak tak pasti lah pulak RA.Mungkin dagingnya halal cuma takut bahannya mengunakan Wine.Oh yea cakap pasal Wine kat sini ada 2-3 Bar untuk orang mabuk dan minum.Yang kaki minum tu pergi la sini,ada jual yea.

 Dari pintu hadapan pejabat jualan Country Garden.Ada pancutan air lebih kurang 3kolam kot.jangan risau tentang kawalan keselamatan di sini.Ada polis bantuan dan pondok polis di sini.Tak cukup dengan tu Country Garden ada mengaji pengawal-pengawal keselamatan dari kalangan Gurga dan warga India untuk menjaga dan memberi keselesaan pengunjung.

Olie,Azie dan anaknya pun ada bersama RA sekali pagi tadi.Selepas bersarapan pagi di warong sebelah pejabat Menteri Besar kami singgah di sini.Ishhhh geram tul la RA dengan bebudak yang meremput hadapan rumah RA ini.orang nak karang blog pun tak senang.Ketuk kang kepala tu baru tau.huhuhu.Maaf yea kengkawan ada iklan marah lak...

 Kedai Aiskrim dan kedai Bar yang RA cakap tadi pun ada di sini.

 Yang nak mabuk tu ingat-ingat yea sikit.Jangan memandu ketika mabuk dan jangan minum jika anda orang Islam.

 Iklan Jus perawan DeHerbs terlajak laris pun tetiba kuar kat TV masa RA nak karang Blog ini.Potong stim tul.hehehe.Haa inilah dia antara kolam air pancut di depan pejabat jualan.

 Apa lagi nak citer eik...tengok je lah gambar-gambar yang menjanjikan ini.tekan bawah lagi untuk tengok banyak gambar.Yang baru bangun tidur sebab tengok Tennis malam semalam tu jangan marah haa RA ke sini dulu.

Air pancut je banyak kat sini,cantik pulak tu abtrak pancutannya.

Jangan marah kedai Candy Crush pun ada di sini yea.Tapi masa RA datang kedainya tak bukak lagi.Nak tunggu petang la tu baru nak bukak.

 Adik-adik,abang-abang,kakak-kakak,mak-mak ayah-ayah kat ruah tu jangan tiru aksi mabuk salah seorang kawan RA ini yea.Dia memang pantang nampak tong air arak nie,hampir2 di tadahnya dengan tangan.Nasib baik tong tu buat hiasan je.Kalau tidak tu pun dia nak bawak balik.Jadi setakat ini sahajalah untuk tatapan pembaca blog RA yea.Nanti ada cerita dan gambar Baru RA masukkan lagi.

2 comments:

arda said...

Slm en. Rio.

Waaa..tak sangka ya danga bay dah jd tmpt xclusive. ramai org dtg waktu mlm. kete pun byk kat tepi jln. dah jd mcm icity.

RioAzzaro said...

yea betul..sangat2 menarik klu di lihat waktu malam cuma tak sanggup mlm2 ramai nak cari parking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget