Tuesday, September 3, 2013

Beraya di Rumah Nik & Fuad pulak

 Hari ini RA di jemput ke rumah Nik & Fuad sekeluarga.Lawatan hari raya dan juga rumah terbuka katernya.Memandangkan hari ini hari Selasa hari bekerja RA ke rumah mereka selepas jam 830malam.Sebab malam ini RA ada nak jumpa kawan sekejap di NusaDuta sebelum terus ke rumah Nik & Fuad.

 Rumah mereka di tingkat 4,jadi jenuhlah mendaki tangga hingga ke atas.Bila dah sampai tengok makanan di atas meja memang menjanjikan.Menu utama Lemak Masak Labu Istimewa warisan keluarga,Rendang Daging yang yummmm,Ayam Goreng Kicap,Mee Goreng istimewa terliur,Lontong dan Nasi putih.Memang menjanjikan Nik...Perut dah la lapar ujan-ujan bila nampak makanan terus je sambar.

 Gang-gang yang lain tiba lambat sedikit,biasalah kan nak tunggu anak-anak balik sekolah dan bersiap dulu.Macam biasalah kan kan kan.Sampai tayar kereta Kak Ros terpancit pun tak perasan sebab teruja nak beraya kat rumah Nik katernya,sedar-sedar dah bau hangit.Adoyai pun....

 "Maaflah pakcik,makcik,kami bising sikit" kata Abang Yunus.maklumlah bila dah berkumpul dan bergosip suara berkekek pun leh kuat.Nasib baiklah jiran sebelah menyebelah tak kuar umah tengok apa yang berlaku.huhu

Sambil makan sambil menceceh sedap katernya.Makan bertambah sampai licin Mee Goreng terliur yang Nik masak.Menjanjikan kater Azie.Lagipun ramai yang belum makan malam lagi,jadi rumah Nik & Fuad malam tu jadi macam dapur kitaorang ler hehe.

 Sambil tu sempat lagi bergambar dan ber MTV di sini sebab Fuad pasang video muzik dari artis luar negara.Dah puas dengan tu pasang pulak citer Pendekar Bujang Lapuk.Tapi tetap tidak menarik perhatian kitaorang dari cerita kacang kuda.

Anak-anak masa nie semua lari masuk dalam bilik tengah.Dah di kosongkan oleh tuan rumah untuk anak-anak bergosip katernya.Wah anak-anak pun suka lah tu.

Tapi apa pun sebelum RA pulang acara bergambar ramai-ramai dengan pelbagai aksi tidak di lepaskan.Kenang-kenang katernya.Tengok je lah aksi berkepak dan berronggeng tu sekali tak kuasa dah hehehe.Terima Kasih tuan rumah atas hidangan makanan yang menjanjikan dan menjemput kami bertandang ke rumah.Moga ikatan silaturahim kita berkekalan.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....