Sunday, August 25, 2013

Satu Hari 4Rumah terbuka

Masih lagi dalam mood berhari raya.Cuti-cuti hujung minggu ini RA dapatlah mengisi perut di rumah terbuka teman-teman RA.Rencananya nak pergi 2rumah je hari ini,tapi tah macamana boleh terjebak sampai 4rumah hari ini.Ra tahu ramai lagi yang pergi lebih dari RA pergi kan? biasalah raya.Jam 2petang RA sudah menuju ke Taman Dato Onn di Tebrau untuk ke rumah Kak Ros dan Abang Mat.Jalan Kejiranan 11/31 katernya.Kejiranan betul hehe.Memandangkan taman ini tidak wujud di GPS terpaksalah RA mengunakan cara lama iaitu mengunakan papan tanda untuk ke destinasi.

 Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi jam 215petang tanpa kesesatan mencari arah.Segala-galanya mengikut perancangan awal.hehehe.Nampaknya RA lah orang pertama tiba dari gang-gang mengeteh yang lain.Yang lain dalam perjalanan katernya.Inilah suasana hening di kawasan perumahan Kak Ros dan Abang Mat.Yealah kawasan perumahan baru,terjaga dan berpagar.Kak Ros masak Asam Pedas Ikan Tenggiri bersama Lemak kobis dan Kari Ayam.Perghh memang terangkat nak nak bila makan tenghari.Yang lain tiba hampir sejam kemudian dan sebelum pulang acara kegemaran Abang Chu kita iaitu bergambar beramai-ramai.Tak kira walau di mana sahaja hehe.

 Jam lak dah kul 4petang jadi telefun la di Diel tanya dia nak destinasi nak beraya ke rumah mana pulak.Diel nie kawan lama sekolah RA,cadangnya kami ke rumah terbuka Azzah (kawan sekolah jugak) di Kulai,tepi akhirnya mengubah haluan ke Taman kota Masai,rumah seorang lagi teman sekolah kami,Juriah.keluar je masuk ke lebuhraya Pasir Gudang RA,Diel,Jack,Boy,Eddy dan JJ berkonvoi ke sana.

Umah Juriah kat Taman Kota Masai.Menu dia masak hari ini Mee Kari...yummy.Makan jelah kejanya.Ala Ju kalau tak buat juadah pun kami tetap datang jugak rumah kamu.Sambil makan mee kari sambil menonton CD filem Seram Kelakar Thai versi remix "Nang Nak".Tak sangka si Johari dan keluarga datang semasa kami semua tengah makan dan tonton CD.Turun JB sebab ada undangan majlis perkahwinan sedara katernya.Bila dah kumpul ramai-ramai macam ini siap tengok CD alamatnya memang kena tunggu cerita abis lah.Jam 730malam baru kami semua bergerak ke Kulai rumah Azzah dan Lyn a.k.a Merpati Putih

Maaflah Azzah kami tak sempat nak bergambar kat rumah kamu,tengok tuan rumah sibuk melayan tetapi dari siang tadi sampai kemalam.Menu utama rumah Azzah Mee Rebus & Mee Bakso.Makan lagi,sampai ada orang dan anak-anaknya siap sempat tukar baju dalam kereta lagi.Bila ayam goreng datang je tetiba ada orang jerit "Ayam Goreng datang!!!" hikhik...meriah tul lah kalau budak-budak ini ada hehe.Gamat rumah Azzah sekejap bila ada orang nak beli muruku Azzah yang dah di bungkus dalam plastik.Nasib baik takde orang bawak balik dengan dulang-dulang tu sekali.hehe

Rumah singahan terakhir kami semua ialah ke rumah Merpati Putih a.k.a Lyn.Ala Lyn dengan Azzah ini tinggal di satu taman yang sama.Cuma jarang rumah masing-masing je yang jauh sikit.Menu utama rumah Lyn ialah Nasi Ketumbar & Mee Hoon Singapura.Haaa dapat la jugak si Johari melepaskan hajatnya nak makan nasi hari tu.raya punya raya tak sangka jam dah nak dekat pukul 12tengahmalam.Kami semua bergerak pulang sebab esok nak keja yea.maklum kerja makan gaji.yang kerja sendiri tu leh la sempat mengeteh kat mamak sebelum pulang ke rumah masing-masing.Apapun terima kasih tuan-tuan rumah yang kami lawati di sepanjang rumah terbuka hari ini.Moga persahabatan kita berkekalan.Selamat Hari Raya!!

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....