Friday, August 9, 2013

Salam 1Syawal 2013

 Pejam celik pejam celik Syawal menjelma sudah.Ramadhan meninggalkan kita moga amalan kita pada Ramadhan ini di terima Allah.Pagi 1Syawal hujan turun sebagai hujan rahmat.Pagi-pagi lagi RA dah bersiap untuk Mandi Sunat Aidilfitri dan bersarapan pagi bersama ayah,kakak,abang ipar & anak-anak saudara RA.Menu hari ini RA tak masak,kakak RA yang masak.Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Kari daging dan beberapa lagi lauk tambahan untuk mengisi perut kami semua di pagi 1Syawal.  

Solat Sunat Aidilfitri hari ini bermula jam 830pagi dan hujan renyai-renyai menyambut ketibaan RA di Surau Hj Rahmat belakang rumah RA je.Jangan jeles Surau HJ Rahmat Kampung Pasir RA berhawa dingin occay.hehehe.Setelah sebulan berterawih dan pagi ini RA bertakbir & solat sunat Aidilfitri di sini.Tema baju RA tahun ini ialah Unggu-Lavendar yea...yea orang putih panggil "Purple".Balik dari surau jam 930pagi terus sambung makan ringan-ringan dan bergambo dengan anak saudara RA paling bongsu ini.

Perkenalkan inilah dia cucu saudara RA.(wah muda-muda dah ada cucukan..ermm muda ker? huhu).Cucu kepada kakak RA,Kak Milah.Anak kepada anak saudara lelaki RA.Yang lagi satu dalam proses nak keluar lagi 2bulan lagi dari perut anak perempuan kakak RA ini jugak.Si bongsu ini suka berposing tak macam kakak dia,siap tunjuk jari lagi.

Makan besar keluarga RA mesti di buat pada pagi 1Syawal selepas bersolat sunat Aidilfitri.Lepas tu barulah aktiviti bersalaman dan memohon kemaafkan di mulakan.Acara bergambar beramai-ramai pulak kena buat masa tu jugak sebab selepas tu ramai yang nak balik buat lawatan ke rumah mertua pulak katernya.

Inilah sebahagian keluarga besar Haji Abu Bin Abdul Hamid yang mengambil bahagian di pagi 1Syawal.Yang takde dalam gambar ini maknanya diaorang tak dapat datang la.

Sempena Aidilfitri RA ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf kepada semua pembaca blog  yang membaca blog RA yang tak sehebat mana ini.Terima Kasih juga kepada pelanggan-pelanggan RA yang mengikuti dan mengambil pakej lawatan anjuran RA.Segala kekurangan minta di halalkan.

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN !!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget