Sunday, August 18, 2013

Mai la Datang Beraya rumah RA

 Ginilah suasana beraya di rumah RA bila kawan-kawan datang.Nak buat majlis besar-besaran memang tak larat lah sebab tak ada orang yang nak menolong.Jadi siang tadi bila rakan-rakan mengeteh nak datang RA buat lah persiapan ala kadar je.Biasalah beraya rumah orang bujang.Kueh raya pun main beli je kalau nak buat memang tak akan buat lah.

 Inilah barisan-barisan serikandi yang sambil bergambar sempat lagi mempromosikan sabun pencuci muka produk keluaran dari "Sengkayu Rendah".Tengok je lah muka masing-masing tu bersih bak buah langsat dan kemerah-merahan bak buah Rambutan.Kalau RA,RA cuci muka guna sabun Feb jek-sambil basuh dengan air wuduk (cehwah).

 Macam biasalah orang pertama yang menepati waktu mesti Kak Rovita.Janji pukul 2petang pukul 155petang dia dah sampai,bagus yea kak amalan kesihatan tu.Yang lain biasalah "Dalam perjalanan - OTW " jadi yang sampai dulu makan lah dulu gamaknya.

Tak masak apa pun sangat,tu yang malu nak amik gambar makanan yang RA masak,cuma RA masak Ikan Siakap bakar + Sayur Kailan Goreng + Sambal Tumis Telur Puyuh + Ikan kering goreng dan bebola isi ikan goreng.

 Biasalah hari ini kan hujung minggu,banyak pelawaan rumah-rumah terbuka di sekitar JB.Tu yang ada tiba lambat sikit.Ada tu baru balik dari Kuala Lumpur lagi terus ke rumah RA.Tak lupa juga yang baru balik dari Batu Pahat & Singapura.Terima kasih yea sanggup datang bertandang.Cuaca ari tu pun boleh tahan panas jugak.Nasib baik ada kipas untuk di kipaskan walaupun tak cukup kuat hehe.

Bagi yang sudi datang bertandang rumah RA siang tadi,RA ucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan anda.Minta maaf jika ada kekurangan (banyak kot kekurangan).Biasalah rumah orang bujang.

 Di ucapkan Selamat Hari Raya!! Maaf Zahir dan Batin.Yang lain-lain tu nak datang beraya telefun je RA ok.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget