Wednesday, August 21, 2013

Ke Thistle lagi?

 Ke Hotel Thistle lagi ker? baru dua hari lepas pergi ke majlis Malaysia Airlines di sini nie nak pergi lagi?.Hari ini ada jemputan rumah terbuka oleh Iskandar Malaysia di hotel Thistle,jadi mereka menjemput semua pekerja di tempat RA bekerja untuk menghadirkan diri di sana.Sebenarnya RA macam malas nak pergi memandangkan hari ini hari terakhir RA berpuasa 6 Syawal.Tapi setelah di racuni fikiran oleh abang Mork yang juga di jemput ke majlis itu maka RA pergi lah jugak.Sekurang-kurangnya adalah kawan berbual nanti,takde lah macam duduk sensorang.

Haaa inilah dia abang Mork yang meracuni dan mengerakkan hati RA untuk sama-sama ke majlis tu.Amboi makan banyak nampak?.Sambil-sambil berbuka puasa tu dapat lah menjamah pelbagai makanan yang menjanjikan di sini.

Wah kaya betul Syarikat Iskandar Invesment Berhad ini yea,sampai sanggup mengadakan majlis di ballroom utama hotel Thistle dengan pelbagai juadah.Ada Mee Rubus,Nasi Ayam,Nasi Beriani Gam,Buah-buahan tempatan seperti Durian,Rambutan,Manggis.Kacang Pool,Satey,Durian Goreng,Laksa,Samosa dan pelbagai lagi lah.Alhamdulillah rezeki orang berpuasa 6 kot....Kenyang sekenyangnya RA hari ini.Ingatkan bila puasa dapatlah berdiet sikit,nie makin bertambah gamaknya berat badan hehe.

 Apapun terima kasihlah IIB yang menjemput kami ke majlis rumah terbuka anda.Memang terbaik dan menjanjikan.Tahun depan jemputlah lagi yea.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget