Saturday, August 24, 2013

Kali ini Umah Olie & Azie lak

Rumah terbuka lagi? Haa yealah,makan kat luar lagi lah gamaknya.Hari ini Azie dan Olie menjemput RA dan rakan-rakan ke rumah di Taman Tun Aminah untuk majlis rumah terbukanya.Nampak tak makanan yang di sediakan? Menjanjikan tak? hehe.Ada pulut kuning sekali tu.

Tapi menu paling menjanjikan untuk RA petang tadi ialah Daging Salai.Mana tak nya lebih kurang 10keping kot RA telan masuk dalam perut RA tadi.Hehe nasib la orang yang datang lambut ari tu.maklumlah hari ini ramai Ibu bapa yang sibuk menguruskan anak ke sekolah ganti sempena cuti panjang hari raya lepas.Jam 6petang tepat RA dah sampai di sini manakala yang lain-lain datang bila matahari menutup tirai.(wah sesekali nak juga ayat-ayat puitis katernya)

Makan jam 6petang sekadar ala cecah-cecah je,tapi bila jam 7malam baru kira makan penuh.RA tak boleh makan banyak-banyak sebab ada satu lagi rumah terbuka di Larkin jam 830malam nanti.

Ika,Anwar,Abang Yunus,Kak Yati sekeluarga , Lyn sekeluarga menyusul selepas itu dan rumah menjadi gamat dengan hilai tawa dan guruan macam rumah sendiri hehehe. 

Banyak juga jemputan yang Azie dan Olie jemput hari tu.Maklum lah tokeh buat kek,mesti lah ramai kenalan yang hendak di jamu.Dengar cerita orang datang tak putus-putus sejak jam 5petang sampai lah ke 1pagi.Untunglah.....hehehe....Apapun terima kasihlah atas jemputan ke rumah terbuka anda.Moga di murahkan rezeki pada tahun-tahun akan datang dan di iratkan silatulrahim kita yea.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....