Saturday, July 27, 2013

Iftar di New York Hotel

 Hari ini RA mendapat pelawaan dari seorang teman untuk berbuka di New York Hotel Johor Bahru.Harga berbuka puasa di sini ialah RM60++ .Tapi RA takde lah bayar harga itu sebab teman RA bekerja di hotel ini jadi RA cuma perlu membayar RM30 sahaja.

 Seawal jam 6petang orang ramai dah beratur untuk membuat pembayaran tempahan meja yang di tempah untuk berbuka puasa.RA tidak terkecuali,memang sedikit kelam kabut sebab bayaran di buat pada saat hendak masuk ke dalam restoran hotel.

 Apapun Alhamdulillah urusan pembayaran selesai jam 7malam dan inilah hasil tangkapan yang sempat di sambar oleh RA.Pastinya udang goreng mentega dan durian goreng menjadi pilihan utama RA dan teman-teman yang lain.Nasi Ayam Hainan di sini memang yang terbaik setakat di Johor Bahru lah.

 Macam biasa meja tak boleh nak letak penuh-penuh,lagipun sesejak dah masuk ke 30an tahun ini makan pun tak leh masuk banyak-banyak.hehe.RA amik Nasi Ayam Hainan,Kueh Muih dan beberapa ekor udang goreng sahaja.Air macam biasalah mesti ada air sejuk dan air panas segelas.

Tengok jelah tu habis licin kesemuanya.Selamat Berbuka Puasa semua!!!!


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....